Pengisian : Bila kita berbuat kebaikan..kita akan mendapat kebaikan...
Bismillahirrahmanirahim...
Tekak saya tekak Melayu tulen! Tak boleh terima perasa-perasa luar,macam tak kena.
Tidak pelik pun. Rasanya orang-orang lama kebanyakannya begitulah. Lebih menggemari inti kelapa berbanding inti perasa blueberry....strawberry...
Inti kelapa macam macam kegunaannya.Boleh buat inti kuih koci,inti kuih badak berendam,kuih pau,roti bun and of course lah untuk filling apam polkadot...
Resepinya sangat mudah.
7 sudu gula merah (yang berderai tu)
4 sudu gula pasir
1/2 cawan air
2 helai daun pandan
200 gram kelapa parut putih
2 sudu kecil tepung jagung
Antara bahan yang diguna untuk membuat inti kelapa
Masak gula merah,gula pasir,air dan daun pandan dalam satu periuk.
Kacau sempurna agar tiada lagi gula merah yang berketul-ketul .
Tapis masuk kedalam kuali.
Masukkan kelapa parut putih ( iaitu kelapa yang diparut tanpa kulit luarnya-lagi sedap kalau dapat buah kelapa yang tak berapa tua/tidak terlalu muda...isinya lebih lembut dan lemak) dan juga tepung jagung ( sebagai ejen pemekat).
Masak hingga agak kering. Lepas itu bolehlah disejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara. Boleh simpan lama dalam petisejuk.
Tips : kelapa parut boleh disimpan dalam peti sejuk bahagian beku selama berbulan-bulan. Bila nak guna,cuma letak diluar tanpa perlu direndam. Perlahan-lahan ia akan lembut sendiri.
Sekian.
No comments:
Post a Comment