Pengisian : Kesusahan tidak semuanya siksaan dan yang pahit itu tidak semuanya racun.Adakalanya ia lebih berguna dari kesenangan yang terus menerus.
Bismillah...
Saya mulakan hari indah ini dengan memikir-mikir. Mahu cuba resepi apa pula ya?
Akhirnya,keputusan dibuat,saya hendak buat kuih XXY.
Seperti biasa perkara pertama dibuat adalah merancang masa kerana jika diikut resepi itu, bahan utamanya - S mesti direndam selama 2 jam.
Calculation dibuat- jika rendaman bermula pada jam 1.30 tengahari,maka jam 3.30 petang saya sudah boleh mula mengukus. Ah molek dah tu. Lagipun resepinya agak simple. Dahulu pernah sekali saya cuba buat,tapi gunakan resepi lain,dari blog seorang doktor. Memang menjadi, namun untuk kelainanlah konon teringinlah cuba resepi lain pula. Iyalah,sudah tergoda dengan gambar-gambar yang dipaparkan!
15 minit sebelum 3.30 petang,saya sudah bergegas ke dapur untuk memanaskan periuk kukusan.
Bahan S kelihatan telah betul-betul kembang.Keadaan sebelum dan selepas ia mengembang pon telah saya rakam. Begitulah!
Tepat 3.30 saya mula menapis bahan tersebut. Menyemak resepi semula,letak gula dan pewarna. Semua lancar setakat ini. Benar bagai dikata- bila minat,semua boleh jadi-sayalah chef, sayalah food photographer, food stailing...
Agak mudah resepi kali ini. Setiap langkah telah diambil foto. Sudah separuh siap,tinggal sudukan saja kedalam acuan yang telah dilengser dengan sedikit minyak. Kemudian kukus 15 minit.
Masa seolah berlari
Mana kamera ? Kuih sudah masak.
" Adiiikkk...cepat!! bagi ibu telefon tu,kuih ibu dah nak masak!..."saya bertempik.
Berlari sikecil yang sedang asyik bermain photo grid .Gajet berwarna merah terang itu pantas bertukar tangan. Cepat-cepat saya setkan apa yang perlu.OK semua sudah sedia!
...it's the time....... tadda..... sambil membuka penutup periuk kukusan...
O.-.O...!..kenapa?
Kenapa macam lain...?
*******
Kena delete semua gambar ?
Ya, habis tu?
Penatnya.
Monyok.
Termenung 3 minit. Post mortem dibuat.
Apa yang silap? Semua aturan diikut.
Ah daripada melayan perasaan,ada baiknya saya layan drama korea-'Syndrome'.
Lagi best, good bye kengkawan kat dapur, nanti-nantilah I kemas ya.
Pisau tajam dihulur pembantu kepada doktor bedah bertaraf pakar itu,darah mula memancut dari kulit kepala yang ditoreh. Ah tidak sanggup pula hendak tengok,mata terus terpejam. Dalam hati berdetak detik, perlahan-lahan kelopak mata dibuka.
Kuih XXY muncul di skrin. Kenapa tak jadi ? Apa masalah sebenar. Fikiran menerawang jauh. Bersimpang siur trafik dalam otak memikir-mikir haram jadah kenapa kuih itu tidak mahu jadi.
Itulah! Kenapa tidak ikut sahaja resepi mula-mula?
Bukankah sudah bazir masa dan tenaga,hendak cuba cara lain konon ...
Demikian nasib yang belajar menerusi internet. Tidak semua resepi yang dipaparkan akan menjadi 100 peratus. Kalau nasib sebaik sabut, timbullah . Jika jadi batu,tenggelam terus-masuk tong sampah.
Dr Cha Yeo Uk seakan teragak-agak,mahu masuk atau pun tidak kebilik professor bertaraf dunia itu. Pintu dikuak perlahan. Professor berkaca mata kelihatan tenang.merenung doktor pelatih muda yang berdiri betul-betul dihadapannya. Emosinya memberat. Sayu kerana tidak dapat memegang, mendakap anak kandungnya sendiri. Dengan muzik yang syahdu begitu,hati terbuai pilu. Pilu lagi bila mengenangkan si kuih XXY itu,dimanakah salah dan silap saya? Adakah bahan utama direndam terlalu lama? Mungkin juga tidak ditiris kering? Atau apa?
Heh! otak saya yang harus dibuka oleh pakar bedah saraf itu kot!
Eh eh cerita korea dah habis!
Sekian.
No comments:
Post a Comment