Pengisian : " apabila kita berbuat baik kepada ibubapa nescaya akan datang,anak-anak kita pula akan berbuat yang sama kepada kita"...
Bismillah..
Alhamdulillah...saya kira saya sudah lulus! Entri ke3 berjaya saya publishkan.
Kali ini kita akan buat apam 3 dimensi pula.
Masih guna resepi asas yang sama cuma pengakhiran sedikit berbeza.
Cabaran utama adalah menghadap wap kepanasan dari periuk kukusan!
Boleh?
Cara: Ikut seluruh proses step by step apam polkadot seperti yang diterangkan dalam entri 3-cuma jangan buat dot-dot dulu.
Kukus apam yang plain selama 8 minit sahaja. Selepas tu buka penutup dengan hati-hati- kecilkan sedikit api (jangan pula yang paling kecil).
Mula buat dot-dot macam gambar dibawah.
Lakukan dengan cermat dan sabar.Picit dengan tekanan yang sekata. (mula-mula memang tak dapat nak agak,lama-lama skill akan datang.)
Kenapa tak boleh tutup api terus? Kalau api ditutup,batter yang baru dipicit akan meleleh ketepi apam.Bila ada sedikit kepanasan,maka proses memasak masih ada,,jadi ia akan kekal terbentuk.Bila dot-dot ini timbul,ia akan kelihatan seperti kelopak bunga. Sangat cantik!
(memang agak leceh...tapi.kalau ada kemahuan mesti boleh buat).
Kukus semula 5 minit lagi.
Comel sangat....tak sia-sia muka kena wap free kan?
Gebu dan halus.
(Jangan ingat buat sekali terus jadi ya! kali pertama hanya 1/4 saja yang menjadi. Yang lain- tak elok....comot....hudoh...semualah..tapi sebab nak sangat-saya cuba lagi sehingga agak mahir...sesekali kantoi jugak..lebih-lebih lagi kalau dah lama tak buat.)
Selain bentuk kelopak,boleh juga buat tulisan,corak-corak apa saja ikut kesukaan.
Lubang-lubang kecil yang ada dipermukaan apam tu disebabkan adunan terdedah lama kepada udara. Sebab itu kena cepat-cepat kukus atau masuk dalam piping bag pun dapat kurangkan masalah kemasukan udara ini.
Sekian... liputan lengkap saya mengenai apam polkadot.
Next entri saya akan kongsikan resepi inti kelapa. Benda yang simple pun ilmu.juga..
Sekian.
No comments:
Post a Comment