Pengisian: "Allah hanya mahu mendengar doa hambanya hanya setelah hambanya itu sentiasa mendoakan kedua ibubapa mereka "...
Bissmillahirahmannirrahim....
Asalnya memasak bukanlah minat..tapi sesudah berkeluarga automatically ia berubah. Kerana takkan selamanya hendak bergantung kepada orang lain. Selama mana hendak mengharap mak atau mak mertua atau bibik pada yang mampu atau lebih parah,-tukang masak di kedai-kedai makan kegemaran.Bayangkan jika anak-anak melihat ibu malas ke dapur...atau geli hendak siang ikan.....atau tidak pandai menanak nasi..?
Parah!
Dengan kemudahan internet, sudah tiada alasan mengapa tidak mahu belajar.Berusaha sendiri di rumah lebih santai.Pengurusan.masa lebih flexible.
Ini adalah antara air tangan dalam tempoh 2 tahun pertama,masih jauh dari kesempurnaan.
Simpan sebagai kenang-kenangan.
Pernah juga terdengar orang memperlekehkan mereka yang belajar memasak menerusi internet ...
Wujud kepelbagaian medium untuk mendalami ilmu,jika hasilnya bagus...apa salahnya?
Selagi ada minat...belajarlah dengan cara yang kita paling selesa.
Sepanjang tempoh ini ,sudah terlalu banyak kesilapan...kecuaian. Itulah guru sebenar.
Melalui pembacaan,disertai minat yang mendalam..kita boleh improve .Baca juga pengalaman orang lain ..the do and the don't...Percubaan kurang menjadi,itu lumrah..Ia akan jadi pengalaman paling berharga yang tidak dapat dijual beli.Percayalah!
" Ilmu itu lebih baik dari kekayaan kerana kekayaan itu harus dijaga,sedangkan ilmu menjaga kamu".
Sekian.
No comments:
Post a Comment