Tuesday, 15 April 2014

ENTRI 6 : MARI BUAT KARIPAP

Pengisian: " Ya Allah..Ampuni aku...sayangi aku....cukupi kekuranganku....tinggikan darjatku....berikan rezekimu....tunjuki aku....sihatkan aku..... dan maafkanlah aku..."


Bismillahirrahmanirrahim....

Alkisah seorang jiran....anak cuma seorang..Saya masih ingat,dari pengamatan-skill memasak lauk pauk memang dia sudah ada,cuma bab kuih muih nampaknya dia masih belum berapa pandai kecuali agar-agar.Sebab apa?  Sebab hanya itulah yang selalu dihulur bilamana ada keraian dan kenduri kendara.
Air laut lagikan berubah!
Sejak melanggan internet segalanya bertukar.Sentuhan tangannya telah dikomersialkan.
Jual agar-agar?...Ceh ape kelas!
Disebabkan minat yang mendalam,disokong subsidi kewangan setiap bulan tanpa miss dari pihak suami maka dia sekarang semakin handal.Dapurnya serba lengkap.Oven 2..3..biji.....breadmaker.....mixer yang canggih...semua tersedia.Tempahan diterima tidak menang tangan.Sebut apa sahaja. Durian crepe?..cheese cake?chocolate cake? nak deco macamana? ada bunga gump paste ? nak letak taburan keju satu badan cake.?..you just name it!..Polkadot?..dah lama tak buat.Saya sendiri sangat bangga dengan pencapaiannya.Malah selalu dengar dia berkata,dia cuma belajar melalui internet AJE!
        
So apa kaitannya dengan saya?
        Tuhan menurunkan rezeki dalam bentuk yang berbeza.Anak saya 4 orang. Semuanya bersekolah. 2 dari mereka tinggal di asrama,lalu apakah maknanya? Betul! Mereka ibarat mesin ATM yang hanya tahu menelan duit (sudah tentu bukan untuk memenuhi kehendak peribadi mereka semata mata) Kita faham itu (kerana anak adalah anugerah dan amanah Allah). Kerana itu,budget sangatlah terhad. Moto hidup kami sekarang...'anak didahulukan,yang lain-lain tak payahlah kan'.Sebagai ibu,saya tidak memandang kekangan itu sebagai alasan kerana saya masih boleh mencuba resepi-resepi berbudjet rendah,tanpa perlu meminta minta.
      
Moral of the story?Ukur baju dibadan sendiri.Kita buat karipap sajalah..belanja pun tak rendah...


Ada banyak pilihan dalam internet,saya cuba yang ini...

   Resepi  KULIT KARIPAP

    500 gm tepung gandum
      50 gm  tepung beras
       50 gm tepung ubi
       1 sudu besar gula
        1 sudu kecil garam
        4 sudu besar marjerin
      1/4 cawan minyak masak (panaskan bersama marjerin )
         1 cawan air (tuang sedikit-sedikit )


Pastikan setelah minyak dan marjerin mula mencair dan panas dalam kuali,terus tuang sedikit sedikit kedalam campuran tepung,gula dan garam yang telah digaul rata dengan garfu.


Tuang air sedikit dahulu,ratakan...tambah lagi sedikit air...buat sampai terbentuk doh yang tak melekat kat tangan.




Ambil sedikit doh,bulat bulatkan sebesar duit syiling 50 sen.
Buat sampai habis. Ambil satu dan mula gelek sampai agak nipis.


Bentangkan  keatas acuan karipap,rata-rata (jangan melengkung ).Letak inti( saya guna inti kentang ) Jangan letak banyak sangat sebab akan menyebabkan kulit karipap kelihatan tidak licin..Sebelum acuan karipap diketapkan,sapu sedikit air dikeliling bulatan doh yang telah nipis,agar melekat kejap.

           
 Inilah maksud saya..kulit karipap kelihatan licin,bandingkan dengan yang dibawah


Nampak tak kulit kelihatan berbonjol-bonjol,sebab inti diletak banyak sangat.


Goreng dalam minyak yang banyak.Toskan atas tisu serap minyak.

                                     
Resepi kulit karipap ada banyak versi.Tidak salah kita cuba satu persatu dan stick pada yang kena dengan selera.
      

Nanti saya share dalam entri seterusnya,inti karipap pula.

Sekian.
 

No comments:

Post a Comment