Friday 28 August 2015

ENTRI 133: SERASI.

Bismillah.


Saya suka memerhati dalam diam. 
Perhati pasangan disekeliling, yang ada ikatan suami isteri. 
Cara mereka berkomunikasi. 
Cara pakcik bercakap dengan makcik.
Paklong dengan maklong....
Pak uteh dengan mak uteh....
Atok dengan nenek..
Tengok tahap keserasian mereka.
Tinggi atau rendah,
..atau tidak serasi langsung?

Adakah bila suami bercakap, memandang wajah isteri?
Atau si isteri pandang ke lain. 
Bila isteri bercakap memandang kearah suami, suami pula yang pandang ke lain, tapi mereka masih berbual. 
Itu tipikal malay culture.
No eye contact!
Tidak seperti mat dan minah saleh bercakap, mereka saling memandang anak mata.
Itu yang datangnya istilah lelaki melayu tidak romantik!

Keputusan dalam ahli keluarga saya sendiri, tahap keserasian mereka rata-rata around 75%.
..ada yang lebih rendah dari itu.
Tidak tipu.

Pasangan yang tinggi tahap keserasian mereka akan lebih mudah dalam segala hal, lebih senang menyelesai masalah . Hidup berkeluarga memang akan sentiasa diuji dengan seribu macam dugaan. Suka atau tidak, itulah hakikat sebuah kehidupan.

Jika melebihi 80% itu adalah anugerah tidak ternilai dari Tuhan. 
Patut bersujud syukur, berjumpa soulmate. 

Kenapa boleh stick dengan bestfriend yang sama bertahun lamanya? Sebab kita sekepala, pendapat pon sama, minat hampir serupa, menyokong pula apa yang kita kata.
Seronok dapat jumpa, lepak bersama. 
Sebab sekepalalah kita boleh get along.
..compare dengan kawan yang tidak sebulu, tidak ngam, 
Macam itulah jika dapat suami yang serasi.
Ibarat Tuhan menganugerah seorang bestfriend!

Jika kurang serasi, sebenarnya masih dapat bertahan tapi bersedialah hidup dalam keadaan tidak berpuas hati seumur hidup.
 Itu bukan sesuatu yang indah, juga bukan mudah. 
Perasaan bahagia  tenggelam timbul.
Kena pula pasangan tua. 
Bila atok mula bercakap ABC, nenek mencelah XYZ. 
Atok kata putih. nenek berkeras mahu hitam.
Pening!. 
Hairan sungguh masih boleh bertahan berpuluh tahun lamanya dalam keadaan begitu. 
Ibarat hidup dengan pembangkang!

Saya teringat satu couple yang agak berusia. 
Bila bersembang berdua, ditengah keriuhan sanak saudara, mereka macam dalam dunia yang lain. Wajah suami sentiasa tersenyum betul-betul mengadap isteri yang sedang bercakap. Matanya sentiasa dalam keadaan merenung redup si isteri.
Hati saya yang masih anak dara masa itu betul-betul terusik. 
Kita disekeliling pun dapat merasa aura cinta mereka. 
Sangat hebat!

Maka apabila jodoh kita ditentukan Tuhan, serasi atau tidak, terimalah dengan redha. 
 Hanya dengan REDHA sahaja jiwa boleh tenteram. 
Jika tidak, sress akan melanda.
Berpijaklah dibumi yang nyata.
Tuhan beri tekanan dan dugaan supaya kita mencari Dia.
Supaya kita bergantung harap kepadaNya.
Supaya mengalir air mata mengadu dumba padaNya.

Tidak serasi tidak apa.
Janji tidak bodoh.

Akhir sekali, seawal proses perkenalan, pertunangan, kita sudah dapat merasa adakah sekepala atau tidak dengan si dia. Pilihan ditangan sendiri.


Sekian.




Thursday 27 August 2015

ENTRI 132 : GUBAH BUNGA TERPAKAI.

Bismillah.


Selain membawa dulang dan barangan hantaran, mak pengantin turut membawa bunga-bunga yang sudah diguna semasa majlis bertunang dulu. Mana tahu kot-kot saya hendak pakai katanya. Daripada bunga-bunga itu terbiar, sebab saya beli bunga baru untuk majlis kawin, ada baiknya saya gubahkan semula. At least boleh juga diguna untuk hias bilik pengantin atau meja pengantin.
Memandai-mandai saja kan.


Selongkar barang lama, jumpa vase plastik warna hitam ini. 


  Saya ada balance gabus kering. 


Potong bucu gabus ikut muncung vase. Besar sikit tidak mengapa agar betul-betul ketat .


Tekan dengan tapak tangan. Kalau rasa masih besar, adjust lagi saiz gabus.
Cuma ada 3 jenis bunga saja yang diberi. Semua sudah dipotong pendek.


  Bunga ros berwarna ungu.


 Bunga carnation putih.


  Last sekalibunga kecil-kecil putih dan ungu.


Saya hendak guna tangkai bunga dari gubahan sebelumnya ini, gunakan playar.


Untuk disambung kepada bunga-bunga diatas yang sudah dipotong pendek. Saya perlukan bunga yang panjang tangkainya  dalam anggaran 5 atau 6 inci. Kalau tidak ada dawai ini, kadang-kadang saya rembat saja  lidi penyapu.


  Cucuk bunga ros betul-betul pada bahagian tengah gabus.


Cucuk pula pada bahagian penjuru pada jarak dan panjang yang sama. Selalu check dengan memandang dari pandangan atas.


Cucuk pada bahagian bawah pada sudut yang lain pula pada jarak yang sama juga.


Sebab bunga sampingan lain tidak banyak, maka jarak tidak bolehlah terlalu luas. Jadi masukkan lagi bunga ros
Jaga jarak agar sentiasa sama.


Sudah nampak full. Saya gunakan 17 kuntum bunga ros ungu.


Masukkan pula carnation putih. Pastikan daun untuk semua bunga ditolak hingga betul-betul berada dibawah bunga supaya nampak lebih rimbun.


Sebanyak 13 kuntum bunga carnation putih telah diguna. Masukkan pula bunga kecil-kecil. Selitkan juga pada bahagian paling bawah supaya tidak nampak gabus dari arah bawah.


Tengok dari pandangan atas nampak penuh dan rimbun.
Adjust kedudukan daun untuk mengelak dari nampak gabus.


Daripada membazir, dapat juga kita gunakan semula.


 Letak diruang tamu, menambah seri pada ruang.


Gubahan bunga adalah subjektif dan pelbagai.



Sekian.
Semoga perkongsian membawa manafaat.

Wednesday 26 August 2015

ENTRI 131 : GUBAH BUNGA UNTUK HANTARAN.

Bismillah.


Kali ini kerja saya tidak banyak. Sebab barang yang diberi sudah cukup presentable. Tidak perlu gubah atau lipat. Kerja saya cuma menghias.
Kita lihat salah satu cara menggubah bunga untuk hantaran kawin- versi saya. 


Ini dulang yang diberi oleh mak pengantin. Siap dihias dengan renda manik berjurai-jurai lagi. Sudah pakai masa bertunang hari itu. Pintanya- masukkan saja warna pink
Dulangnya pun sudah siap beralas gabus yang dibalut dengan kertas crepe berwarna silver. 
Bagus. Menyenangkan kerja saya.

Mula sekali, kenalah beli bunga. Kombinasi warna adalah pink dan purple.
Saya suka gandingan ini. Nampak sweet dan ceria.


Saya pilih English rammonhes bush dengan harga RM 3.95 seikat. Saya beli 2 ikat. Setiap jambangan ada 5 kuntum.


Mulanya takut juga hendak ambil Satin orchid ini sebab tidak pernah guna. Ah sesekali kena juga keluar dari kebiasaan, harganya RM 3.10 setangkai. Saya ambil 4 tangkai sebab ada 4 dulang.


 Bunga kewai bush ini nampak lawa dimata saya, jadi saya ambil setangkai dengan harga RM 5.25


Rose bush ini pun ok juga, saya gunakan setangkai dengan harga RM6.30.


Bila buat gubahan bunga tidak kira bunga hidup atau tiruan, kenalah selitkan bunga kecil-kecil untuk merimbun dan menutup antara ruang. Saya ambil 3 tangkai lily bush ini dengan harga setangkai RM3.10.


Selonggok bunga yang telah saya pilih. Kos keseluruhan berjumlah RM 41.15 
Agak sedikit sebab dulang tidak banyak.


Gabus basah ( wet foam ) untuk sireh junjung dan gabus kering ( dry foam ) pun kena beli juga. Setiap satu harganya RM 2 dan RM1.40


Saya pilih reben organza pink berharga RM 9.90, yang purple berharga RM 3.95 dan reben polkadot berwarna pink,purple dan cream berharga RM1.95 setiap satu.

Total kos yang saya keluarkan untuk beli semua barangan diatas adalah RM64.25.

OK kita mulakan dengan barang yang pertama.
Sebuah kotak misteri berwarna gold.
Kotak apakah itu?


Kotak apakah?


   Oh kotak berisi perfume.


Cuba letak atas dulang. Kena nampakkan apa yang ada didalam, jadi penutupnya kenalah letak dibelakang. Gamkan supaya kukuh.


Ada sedikit space didepan dan belakang. So apa pilihan yang saya ada. Letak bunga kat mana pun, gubahan tetap kelihatan besar sebab saiz kotak ini pun sudah besar.


Potong gabus kering dalam anggaran 3 inci dan bahagi kepada 2 bahagian.


Gunakan playar untuk potongkan tangkai bunga dalam anggaran 2- 21/2 inci dari bunganya.


    Potong semua bunga yang akan digunakan.


Cuba letak sebelah kiri. Tutup pulak penutup tiub tu. Kita cuba-cuba saja. Jangan gam dulu.


Sebab susah hendak gubah terus dari atas kotak, saya letak gabus atas lantai. Mula ambil bunga ros purple dulu. Cucuk secara menyenget ke arah utara, biar semua dawai terbenam kedalam gabus.


Masukkan bunga kewai dan cucuk menyenget ke arah selatan pula.


   Masukkan bunga pink sebelah barat.


Masukkan bunga pink yang sama pada sebelah timur pula. Bunga mesti rapat antara satu sama lain.Baru nampak gebu dan padat.


Tengok dari atas sudah cantik dah. Dari bawah, masih kosong dan masih nampak gabus lagi.


Sebab ada space diatas botol perfume tu, so saya decide letak gabus disitu.


Potong bunga orkid dan mula adjust. Daunnya pun akan diguna nanti.


   Hah macam cun je.


Mula masukkan bunga kecil-kecil bagi menutup gabus yang masih nampak.


   OK pun.


Sebab ia masih belum digam, saya angkat gubahan bunga ini. Beginilah rupanya.


Potong reben-reben dalam anggaran 30 inci dan buat bentuk reben.


Masukkan jarum ditengah-tengah dan cantumkan semua reben dari warna yang berlainan. Atau boleh saja kalau hendak gamkan terus.


Kerat-kerat reben pink ni anggaran 7 inci dan buat bentuk reben.



Lekatkan pada bucu dulang. Boleh guna glue gun atau pun jarum peniti.


Aksesori berbentuk bintang bersinar-sinar itu pun diberi emak pengantin. Semua itu barang recycle dari majlis pertunangan dulu. Baguslah mereka tidak membazir.


Memilih bunga orkid adalah pilihan yang tepat, juntaiannya sangat membantu.

OK beralih pada barang kedua. Set barang make-up. Yang ini pun sudah elok berbungkus.


Pilihan saya, letak bunga ditepi kiri. Boleh gamkan gabus kegabus dasar atau cucuk dengan lidi atau dawai supaya kejap.


Cucuk bunga, pastikan susunan ada kesenambungan supaya semua dulang nampak senada. Mulakan dengan bunga ros.


  Bunga kewai pula.


 Cucuk bunga pink ini pada sebelah kiri dan kanan.


 Selitkan bunga-bunga yang bersesuaian bagi menutup gabus yang nampak, boleh juga alihkan kedudukan daun-daun pada bunga untuk menutup gabus.


Masukkan bunga orkid. Daunnya juga ada kerektor. Selitkan daun orkid yang lebar pada sebelah belakang.


Selitkan reben-reben yang dibuat awal tadi.


 Gubahan kedua siap!


Saya sudah mula rasa kuasa bunga orkid. Saya akan cari awak lagi selepas ini.

OK yang ketiga ini, kasut dan jam tangan. Pening jugalah hendak atur.


Mulanya saya mahu letak bunga di belakang jam. At last setelah puas berteleku, saya ambil keputusan untuk letak dibahagian hadapan.


   Masukkan bunga.


 Bunga orkid penaik seri, tunjukkan kuasamu.


Biar juntaian orkid berada ditengah-tengah kedua barang ini.


 Gubahan ketiga siap!

Yang keempat ini paling pening. Barang yang hendak dihantar lebih besar saiznya dari dulang hantaran.
Biar betul.
Tidak ada beg lagi besau?

Para pengantin please take note.


Orang yang bawa hantaran ini pun akan ada masalah. Kalaulah saya yang kena bawa, sebelah tangan saya akan pegang dulang, sebelah lagi jinjing beg. Senang cerita.
Takkan hendak glue kan hand bag mahal-mahal ini.
Hendak letak bunga pun azab juga. 
Saya ada mention pada emak pengantin pasal saiz beg ini....
Buatlah apa yang patut, katanya.
Sudah ada green light ....


Saya pun apa lagi, lipat dua dan ikat dengan reben organza.


    Sudah siap dihias, ginilah rupanya.


Saya tetap tidak tenteram. 
Mana tau ini beg limited edition.
Esok, as posibble saya akan ikhtiarkan cara lain. But for today, gitu ler ghupanya.


Dulang yang kelima adalah untuk buah-buahan yang akan dibuat pada saat akhir. Begitu juga dengan sireh junjung.
Satu yang saya bazirkan adalah reben organza pink, tidak guna langsung sebab setelah puas dicuba, kurang sesuai pula. Simpan sajalah untuk projek lain.


Semua hantaran diatas belum di finalised. Sebab itu satu pun saya tidak glue. Saya perlu tengok berulang-ulang kali sampai puashati. Kadang-kadang, pagi saya tengok ok, tiba tengahari macam ada yang tidak kena, saya tetap akan ubah. 
Sometimes ambil masa berhari-hari baru saya berani bubuh gam.
Gitulah.


Sekian.