Friday 11 December 2015

ENTRI 162 : GUBAHAN COKLAT / GULA-GULA 4

Dengan lafaz Bismillah bicaraku bermula....


Last minute saya diminta gubah hantaran coklat/ gula-gula.
Replika masjid yang sudah disiap awal tidak dapat digunakan sebab agak besar, ditambah dengan bekas dulang berkaki yang baru diterima juga agak besar dan tinggi, memang agak leceh hendak dibawa jalan jauh.
Ku faham masalah itu.

Kita buat lain.
Bukannya susah.
Leceh saja.
Hi.


Saya terfikir mahu buat ala-ala jambangan bunga. First of all kena juga ada bekasnya. Saya guna loyang bulat untuk trace bentuk bulatan. Potong kotak dan buat dinding. Gamkan dengan glue gun.


Ini adalah antara jajan yang dibeli.


Bekas kotak tadi perlu dibalut. Apa jua kertas dan warna pun boleh sebab semua itu sudah tidak nampak sebab sudah ditampal coklat. Saya gunakan bekas kuih raya lama untuk sumbatkan gabus kering. Sumbatkan apa saja yang sesuai untuk menutup gabus. Saya juga buat bulatan dari kertas dari kotak dan balutkan dengan reben.


Selain gula-gula dan coklat, saya juga cekup beberapa batang lolipop. Ikat coklat bersaiz kecil ketat-ketat dan cantumkan pada batang lolipop. Kemaskan dengan pelilit bunga berwarna hijau atau putih.
Susun atas gabus. Cantum juga gula-gula dengan dawai halus dan untuk menaik seri saya masukkan sedikit manik putih dan reben berwarna cream. Gubahan mesti nampak penuh.


Untuk bekas luarnya pula, tampalkan coklat dengan glue gun. Letak gelungan yang dibalut dengan reben cream tadi diatasnya dan kemaskan dengan sebarang renda yang sesuai. Tampal lagi lebihan coklat.
Masukkan coklat bersalut kertas aluminium warna gold dan susun pada jarak yang sama. Jika ada lebihan coklat bolehlah ditampal dimana yang difikirkan sesuai.


Macam something terkurang somewhere. saya ingat hendak buatkan tangkai jadi ia akan kelihatan seperti sebuah bakul. Jadi saya tampal sebatang dawai bersaiz 16 dan balutkan dengan reben berwarna cream. Sambil balut sambil letak glue. Bila sudah siap, cuba lengkungkan. Gamkan pada bahagian dalam bakul tadi dan tampal lebihan coklat diatas lengkungan tangkai. Kemaskan dengan simpulan reben.

Akhir sekali lambakkan gula-gula disekeliling bekas kuih raya dalam bakul.

Alhamdulillah, semua sudah bercantum mesra.


Apa-apa gubahan pun mesti dibuat sekemas mungkin.




Tips :
Jangan buat awal sangat sebab kita akan berhadapan dengan masalah semut halus.
Sebaik siap letak atas bekas yang disapu minyak masak disekelilingnya dan letak dalam dulang berisi air.


Sekian.
Semoga perkongsian membawa manafaat.

Lihat juga :BINA MASJID
                 :GUBAHAN COKLAT/GULA (1)
                 :GUBAHAN COKLAT/GULA (2)
                 :GUBAHAN COKLAT/GULA (3)

ENTRI 161 : GUBAHAN TELEKUNG 1.

Dengan lafaz Bismillah bicaraku bermula..


Dulu banyak sungguh masa terluang tapi lately, macam tidak cukup.
Petang haritu keluar jumpa customer, hish customerlah sangat. 
Alah jumpa jiran lorong belakang saja.
Ikut suka dia lambakkan kain ela di ruang tamu rumah, terpaksalah saya layankan.
 Saya jahit jugalah baju-baju itu.
Sebab itu baju si Sofea, budak berbadan gempal berhidung ala heroin hindustan.
 Ramah pula tu!

Baju Sofea sudah siap, alhamdulillah. 
Setibanya dirumah, sepasang telekung sedia menanti diatas meja.
Ah gerangan siapakah yang menambah lagi beban kerjaku yang sedia melambak ini?
 

Telekung Siti Khadijah! beli online.
Yang biru, instant shawl .
Malam ini juga mesti siap.

Tidak mahu pening-pening, saya keluarkan kotak terpakai. Makcik  sudah tinggal pesan tidak mahu bunga. Buat rendah-rendah.
Hendak diletak mana telekung ini? Dulang pon tidak diberi.
Terpaksalah saya guna kotak, selesai masalah.


Nasib baik ada kotak cerek ini, saya keratkan untuk dapatkan kotak setinggi 3 inci.


Undang-undang gubah telekung, kena nampakkan bahagian sulaman yang cantik, kalau tidak sia-sia. Saya lipatkan pada saiz yang sama. Ikat dengan getah supaya mudah dibentuk samada kekal sebagai kipas ataupun dibuka sebagai bunga (mulanya saya ikat dengan dawai halus, ada problem bila hendak bentukkan). Bungkus kotak yang sudah siap dengan kemas dan bucu mestilah tajam. Biarkan bahagian sulam didalam. Ha fikir, hendak buat camana pula lepas ini. Cuba masuk shawl.
Haii tidak nampak lagi apa bentuknya.
Stop dulu.
Sudah buntu!

Kita makan dulu.


Hadap balik.
Tengok shawl ini, kena tonjolkan keistimewaannya
Saya rasa elok bahagian yang mengelip-ngelip ini di ropolkan begini. Biar orang jauh pun boleh nampak.


Sebab belum nampak pengakhiran yang munasabah jadi terpaksalah saya bikin gempak. Kenalah juga buat bunga sebagai focal point. Buat sekuntum pun jadilah sebagai pembangkit seri. 
Bila sudah siap, macam masih kosong. Kena buat 2 nampaknya.


Ginilah sesaknya hidup bersempitan dalam kotak. Sekejap ditolak ketepi, sekejap ketengah.
Uih pening betul.

Akhirnya, menjelang larut malam dapat juga siapkan satu gubahan yang agak simple.


Bila mata sudah kata ok baru tangan berhenti mengkitai, itu konsepnya.
Mesti kemas walaupun ringkas.






Makcik bagi upah 10 hinggit. 
Katanya sudah campur GST, aha ha ha lawaklah makcik.



Sekian.
Semoga perkongsian membawa manafaat.

Lihat juga :GUBAHAN TELEKUNG 2

Thursday 10 December 2015

ENTRI 160 : GUBAHAN TUALA BENTUK BUAH.

Dengan lafaz Bismillah bicaraku bermula....


Biasalah, hujung tahun begini, ramai sanak saudara melangsungkan perkahwinan/pertunangan.
 Saya jadi agak sibuk, siapkan apa yang diminta.
Hari ini walau separa demam, masih in the mood hendak buat hantaran. 
Sebelum angin itu terbang, baik saya terus take an action.

Dan Tuhan itu sangat sporting pada hambanya yang lemah.
Semua yang dirancang berjalan seperti yang dimahukan, alhamdulilah.

Tuala.
Macam-macam colour.
Yang normal size berwarna cream berharga RM16.90
The other 8, a little bit smaller berharga RM2.90 sehelai, so total RM40.10
Walau sudah tahu dalam kepala mak pengantin berlegar-legar mahu kuntuman roses, namun jiwaku membantah. Tidak mengapa kakak iparku. Akan kupastikan kau berpuas hati dengan hasilnya nanti.


Bila melibatkan tuala, saya lebih suka buat bekas yang boleh sorokkan lebihan yang tidak kemas.
 Jadi saya terus buat kotak berukuran 9x9x 3 1/2 inci. Setelah siap, bentang tuala yang paling besar. Balutkan kotak dengan kemas dan pastikan setiap bucu tajam. Sematkan dengan peniti mana yang perlu. Lebihan tuala itu akan digubah menjadi buah.


Ambil kertas suratkhabar bersaiz besar dan lipat dua. Gulungkan. Beri tekanan pada bahagian hujung dan longgarkan pada tengahnya, gunakan salotep untuk memberi bentuk yang tetap. 
Ada macam bentuk pisang tidak?


Seterusnya ambil towel yang kecil. Cekup bahagian tengah dan ikat ketat dengan gelung getah. Terbalikkan dan masukkan gumpalan dari sehelai suratkhabar bersaiz kecil. Susun dan betulkan kedutan supaya tersusun cantik sebelum ikat bawahnya dengan getah atau dawai halus. Buat lagi dengan saiz yang sama. Actually saya buat saja tanpa rancang buah apakah itu.


Untuk towel berwarna hijau saya buat daun. Senang saja. Guntingkan bentuk daun dari kotak terpakai, balutkan dengan tuala ketat-ketat dan ikat dengan getah. Untuk sehelai tuala boleh dapat 2 helai daun bersaiz sederhana. Tuala yang sehelai lagi saya bentukkan buah .


Tuala pink. Alamak, buah apa hendak buat ni, try yang comel-comel pula. 
Gumpal setengah helai paper saiz kecil banyak-banyak dan buat buah secara bergugusan. Saya ikat ketat dengan dawai halus.
Sehelai lagi saya bantai buat buah macam yang mula-mula.

It's time to assemble everything... 


Nice.
Masa ini baru saya belek betul-betul,buat keputusan-buah purple akan ditransform jadi buah manggis. Yang hijau itu maybe buah jambu batu. Yang pink tu, sukahatilah apa-apa pun boleh.
Lepas itu pening kepala pusing satu rumah perhati apa benda yang boleh digunakan untuk realisasikan ia.


Rasanya kotak itu agak plain juga so saya hiaskan dengan reben warna senada.
Pisang oh pisang, puas memikir apa benda yang sesuai untuk kamu, last-last terfikir hendak guna labuci hitam dari balance renda. Kemaskan dengan pin berkepala hitam. Selesai. 
Tangkai buah pula, kenalah proper, jadi saya tanggalkan kudup bawah bunga ros kecil dan letak pada permukaan atas buah jambu batu. Potong sedikit tangkai bunga dan pinkan dalam kudup tadi. Tekan  bukannya senang, sakit jari mahu kasi jarum peniti tembus gumpalan paper dalam buah itu...


Buah manggis. Fikir punya fikir, terpaksalah kukorbankan daun yang ada pada jambangan bunga di rumah. Itu saja yang nampak suitable. Guna 2 helai yang paling atas saja. Ambil sedikit double sided, tampalkan pada belakang daun tadi dan tampal ditepi tangkai yang sudah dicucuk dengan peniti.
4 helai sudah ok. Buat pada kesemua 3 biji buah manggis jadian itu. Atur setiap buah dengan teliti, ubah kedudukannya sehingga berpuas hati.
Saya juga selitkan daun-daun hijau dari bunga artificial pada celah-celah buah untuk menghidupkan lagi suasana.
OK  siap.
Kita tengok ending nya...

Nice.
Really nice!







Seronoknya semua berjalan dengan lancar.
Alhamdulillah.
Semoga mak pengantin pun seronok sama walau tidak dapat kuntuman bunga ros idaman kalbu.


Sekian.
(kami sponsor tuala ini- jadi tidaklah salah ikut citarasa sendiri).

Lihat juga  ;  GUBAHAN TUALA BENTUK TEKO
                  :GUBAHAN TUALA BENTUK BUNGA

Tuesday 24 November 2015

ENTRI 159 : GUBAHAN PENING.

Dengan lafaz Bismillah bicaraku bermula....



Kenapa kali ini lain macam.
Sudahlah.
Ibu tidak mahu lagi buat hantaran. 
Berulang-ulang saya kata begitu pada anak-anak. 
Malas sudah hendak berfikir.
Sudah kering idea.
Budak-budak kehairanan sekelip mata ibu boleh berubah sikap.
Tidak over exited macam dulu.
Tidak pegang phone snap gambar macam selalu.

Angin monsoon mana sedang melanda?

Ah sekejap saja tu.

Ahad lalu saya kerumah abang ipar untuk ambil dulang dan barang hantaran. 
Lihatlah dulangnya sudah siap berhias.


Cuma perlu letak barang ditengah.


Tengok belakang.
 Begini rupanya, kakinya belum pasang, ada skru sekali. 

Pesan birasku, kalau boleh biar rendah-rendah.
Kasut sekalikan dengan beg tangan.
Telekung sekalikan dengan sejadah.
Tuala mandi sekalikan dengan set minyak wangi.
Alahai banyaknya protokol...
Saya sudah pening!

Tengok semula.
Dulang macam ini lecehlah.
Saya cuba sedaya upaya.
Telekung dan sejadah rasanya lepas.
Tuala dengan minyak wangi rasanya boleh.
Beg tangan dan kasut rasanya ada masalah.

Petang itu saya terus mencari barang. 
Bahagian bawahnya sudah sedia sarat dengan bunga, jadi rasanya hanya perlu beli sedikit reben yang berwarna dull untuk diletak pada bahagian atas.
Enough
Tak perlu hias penuh. 
Semak!

Tidak mahu tinggi-tinggi?
Alamak replika masjid yang sudah stand by lama itu boleh tahan tingginya.
Aduh.
Pening.
Pening.

Ok fokus benda lain.
Saya kena separate beg tangan dengan kasut sebab tidak boleh balance.
Kena guna gabus untuk beri permukaan yang lebih stabil.


Syukur gabus 10 inci ini muat. 
Permukaan rata perlu juga untuk letak sireh junjung nanti. 
(stok gabus dikedai pon habis, nasibaik lah terjumpa dalam stor bilik belakang.)
Pening!


Saya beli juga kertas pembalut untuk balut gabus. Kena cari warna cerah seperti putih atau cream sebab lebih sesuai. Tiba-tiba segala kerja terpaksa dihenti serta merta kerana glue gun rosak pula! 
Adoi doi, double pening!
Ku terus berlari ke kedai aunty tapi takde dijual.
Buat dulu part yang tidak perlu glue.

Mood yang hilang perlu dikembalikan.
Mood ambil gambar pun sama.

Buat perlahan-lahan.
Slow-slow.


Kata tidak ada idea, ok je tu.....

Ok ke?


Pandangan dari atas. Gubahan telekung disekalikan dengan sejadah. 
Diserikan dengan reben rona cream putih.


Bahagian sulamnya saya keluarkan dan yang lain bentukkan dalam penutup kotak. Sejadah saya lipat-lipat saja. Yang ini saya tidak guna gabus sebab lebihan telekung perlu disorok dibahagian dalam bekas.


Bila banyak kali tengok, saya kurang berkenan reben banyak-banyak. Mahu yang simple. 
Last-last dapat idea ini, selitkan bunga plastik jernih sudah nampak cantik.


Gubahan telekung + sejadah siap.


Untuk gubahan kedua ini pun tidak perlukan gabus. Tuala saya balutkan pada kotak dan isikan sebotol minyak wangi beserta kotaknya sekali. Lebihan tuala saya lipat-lipatkan saja. Letak sedikit hiasan sudah cukup.


Kotak bersalut tuala memang senget supaya tidak nampak boring. Tapi bila letak beg tangan sebegitu keadaan dulang terus jadi tidak balance
Hendak sumbat kasut lagi? 
Memang problemlah.

Sekarang ini cuma hendak settle bekas coklat / gula-gula ( kiv ) dengan sireh junjung saja.
Jika peningku sudah hilang, insyaAllah akan dikongsikan.



Sekian.



ENTRI 158 : GUBAH DUIT MAS KAHWIN.

Dengan lafaz Bismillah bicaraku bermula.....


Sudah lama tidak gubah duit mas kahwin.
 Kali terakhir, untuk adik lelaki yang beria-ia mahu guna duit seringgit lama. 
Tidak ada orang perasan pun duit kamu lama ke baru.

Wang kertas yang sampai ketangan saya berjumlah RM 300.
Rombongan akan ke Kelang untuk bernikah.

Ingat hendak buat ala-ala bunga pegang.
Harap-harap menjadilah seperti yang terbayang dalam kepala.


Saya dibekal dengan 25 keping duit 10 ringgit dan 10 keping duit 5 ringgit. 
Kena stand by juga dawai-dawai yang mungkin perlu.


Ambil sehelai duit 10 ringgit. Gulung pada bahagian setiap bucu. Kemudian lipat dua dengan gulungan mengadap keluar. Ambil dawai yang paling halus- kerat dua dan ikat ketat ditengah. Jangan takut sebab duit ni dibuat dari kertas yang sangat berkualiti. Tidak mudah koyak. Dengan menggunakan ibu jari, tekan pada perut setiap kelopak supaya ia kelihatan seperti kelopak bunga.


Siapkan kelopak banyak-banyak. Ambil satu untuk jadi kudup, kemudian cantum dengan kelopak yang lain. Untuk satu bunga perlukan 4 helai bermakna sekuntum mewakili RM 40.


Begitu juga dengan duit 5 ringgit . Buat kudup sehingga habis. Leceh hendak gulung sebab permukaan agak licin. Nasib baik duit 10 ringgit tidak licin macam ini, kalau tidak memang poning kepalo den! Kita perlukan pelilit bunga supaya ia betul-betul ketat.


Bila dibelek-belek, lagi elok kalau kudup dibuat gulungan kedalam kan?

  
So saya buka balik semua bunga yang sudah siap. Gunakan kudup yang gulungan kedalam, kemudian untuk kelopak luar, guna yang gulungan keluar, lagi ok. Akhirnya saya dapat 6 kuntum bunga mewakili RM 240, the rest saya jadikan kudup. Lepas itu assemble everything, gunakan dawai halus juga untuk mengikat ketat. Bahagian yang tidak kemas perlu ditutupsaya guna daun dan bunga filler yang ada pada sejambak bunga artificial lain yang saya keluarkan bunganya. Ikat sekali kemudian kemaskan dengan pelilit bunga hijau.


Pemegang ini perlu dikemaskan lagi sebab masih terasa tajam-tajam dawai halus, jadi saya lilit lagi dengan satin ribbon berketebalan 1 inci. Ikat ketat-ketat pada pangkal.
Ok siap.
Mari tengok hasilnya.




  for you....

Alhamdulilah...

Harap keluarga pengantin berkenan sebagaimana hati saya sudah berkenan.
InsyaAllah.


Sekian.
Semoga perkongsian membawa manafaat.