Wednesday 5 October 2022

ENTRI 232 : RESEPI APAM KAMPUNG.

 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

Seorang jiran rapat sangat suka apam kampung. Sewaktu anak daranya melangsungkan pernikahan, saya berhajat benar hendak bagi kuih ini. Tapi itulah. Silap saya kerana tidak merancang awal. Resepi yang dicuba tidak menjadi. Sepatutnya saya praktis dulu. Pagi disaat jiran-jiran lain berkumpul merewang, saya terperap dirumah mengadun. Hajat hendak menjamu jiran rewang dengan apam kampung tidak kesampaian.

Disebabkan yis masih ada lagi separuh, saya masih mahu mencuba lagi. Sebaik pulang dari menolong, saya memerap apam lagi. Jika sesi pagi yang kantoi- bancuhan perlu diperap 1 jam, kali ini perlu direhat 3 jam pula. Lama juga. Kira punya kira, sempat. Ikut percaturan, menjelang maghrib kuih ini siap. Jika menjadi, rezeki sayalah hendak bagi untuk majlis malam pula. Mengharap sungguh!

Alhamdulillah- menjadi.

Ah syukur betul.

Resepi saya ambil dari internet.

RESEPI APAM KAMPUNG.


Ketiga-tiga bahan dimasak sehingga semua gula larut. Tutup api dan biarkan air gula ini sejuk.




Bancuh yis dengan air suam dan sedikit gula. Kacau-kacau untuk sebatikan ramuan. Rehatkan.

Biar 10 minit untuk yis bertindak balas.

Ini adalah pilihan. Jika tiada air kelapa, tambah saja 1/2 cawan air biasa sewaktu masak air gula bermakna total air untuk masak air gula akan menjadi 1 1/2 cawan. Rasa dulu air kelapa ini. Jika manis, baru gunakan (saya ambil air kelapa tua).

Jangan lupa oleskan acuan dengan sedikit minyak supaya apam tidak melekat dan mudah dikeluarkan.

Proses seterusnya:

Tuang bancuhan yis kedalam tepung gandum.

Tapis air gula yang telah disejukkan.

Masuk air kelapa.

Kacau rata-rata supaya tiada tepung bergentel.

Pada jam yang ke 2 1/2- bolehlah panaskan periuk kukusan.

Setelah 3 jam:


Bancuhan sudah naik kembang.

Tuang kedalam acuan yang telah dioles minyak masak. Saya guna 2 jenis acuan-yang kecil-kecil dan satu loyang berukuran 7 inci. Untuk acuan kecil, tuang separuh saja kerana kuih akan naik.

Rehatkan lagi 15 minit.


Masukkan acuan kecil dahulu. Pastikan air sudah pon mendidih dengan api besar. Kukus selama 7- 8 minit.

Bungkus penutup dengan kain bersih supaya wap air tidak jatuh keatas kuih.

Alhamdulillah....cantik.

Batch kedua pula. Untuk loyang, saya kukus selama 20 minit. Jika semua adunan dimasak guna satu loyang besar, masa mengukus adalah 25-30 minit.


Kuih masak sempurna dan mudah dikeluarkan dari acuan.




Kelapa parut putih tanpa kulit ari adalah pilihan terbaik digandingkan bersama apam. Tambah sedikit garam halus untuk menaikkan rasa lemak.

Kukus selama 10 minit supaya kelapa tahan lama dan tidak cepat basi.

Alhamdulillah. Semuanya menjadi dan rasanya sedap sekali.





Sekian.

Semoga perkongsian memberi manafaat.