Tuesday 29 November 2016

ENTRI 200 : RESEPI KASTAD JAGUNG.

Dengan lafaz Bismillah bicaraku bermula...


Seorang mak saudara sebelah suami selalu membawa kuih ini sebagai buah tangan. Lalu saya selaku budak baru belajar, mengecek bagi menambah koleksi.


Resepi kastad jagung.

1 peket tepung kastad
7 1/2 gelas panjang- santan
1 1/2 gelas panjang- gula pasir
1 tin jagung halus

Gelas panjang?
Pi ambik gambar gelas panjang mak kau, lepas itu wasap kat akak...
Sejurus kemudian, gambar tertera dalam phone saya.
 Aduh...sama ke volumenya dengan gelas raya saya?
Topik pasal gelas tidak tahu sama saiz atau tidak itu pun boleh berlarut-larutan dalam aplikasi whatsapp!

Santan pula dari berapa biji kelapa?
Tanya mak.
Satu katanya. Blend banyak kali sebab nak dapatkan 7 1/2 gelas santan.
Ok faham.

Saya bawa balik kampung semua bahan sebab ada kenduri keluarga. Jadi lokasi kali ini bertempat didapur mak saya.



Saya tahu mak uda selalu guna brand yang ini- beratnya 300gm. Jagung halus itu no choice..itu saja yang jumpa. Selain tu saya guna santan kotak.


Masuk tepung kastad kedalam periuk yang agak besar. Masukkan sedikit santan dulu untuk disebatikan dengan tepung hingga tiada bintil tepung. Bila tepung sudah hancur,baru tuang baki santan. Masukkan gula dan panaskan periuk sebentar. Agak-agak gula sudah hancur baru tuangkan satu tin jagung halus. Terus masak dan sentiasa kacau dengan api sederhana.


Kacau sentiasa sehingga ia mula pekat. Bila ia memekat automatically ia nampak berkilat. Tutup api dan tuang kedalam loyang yang sesuai. Adunan agak banyak, jika loyang kecil- buat dua loyang.
Sejukkan.


Minggu sebelum itu saya sudah praktis dirumah. Bila sudah sejuk, lalukan pisau disekeliling loyang dan terbalikkan. Saya buat begini supaya lebih mudah dipotong (kuih ini mudah pecah). Potong dalam saiz yang kecil.



Sedap rasanya.


Sukatan gelas panjang adalah gelas yang tinggi diatas.
(gelas berwarna hanya sekadar perbandingan).

Sekian.

ENTRI 199 : RESEPI ROJAK SOS.

Dengan lafaz Bismillah bicaraku bermula....


Kadang-kadang kita buntu memikir apa yang mahu dimasak. Resepi kali ini sangat mudah tapi sangat sedap malah sesuai juga disedia untuk kenduri kendara.

Bahan-bahannya simple saja.

Nama pun rojak sos- mestilah ada sos.
Guna kedua-dua sos cili dan tomato.
Selain itu, bahan yang sedap digaul bersama adalah sengkuang, timun, nenas, bawang besar dan cili hidup sebagai penyeri.


Saya suka guna nenas masak. Selain sayuran diatas, boleh juga dicampur dengan bahan lain yang difikir sesuai seperti epal, mangga muda dan kedondong.


Untuk menyedapkan lagi rojak, kita perlukan juga kacang tanah yang ditumbuk kasar. Boleh juga gunakan pengisar kering.


Langkah pertama- potong semua sayur/ buah. Kedua- campur kedua sos+ gaul rata (ratio- sama banyak). Ketiga- tabur kacang tanah. 


Kecur air liur kan.



Untuk kenduri- tabur hirisan cili hidup sebagai hiasan.


Sekian.

ENTRI 198 : PROJEK BATIK SEKOLAH.

Dengan lafaz Bismillah bicaraku bermula...


Apabila diminta anak membantu dalam subjek Dunia Seni Visual beberapa bulan lalu- saya ok saja.
Temanya batik.
 Interesting. 

Walaupun -not so batik- kita ikut sajalah.

Ha apa ibu kena buat nih ?
Dia beri explaination.
 Ok.
Ikut prinsip ibu. Kalau tidak tahu- tiru.
Pergi ambil kain batik. Mana-mana pun boleh.


Tidak ada yang cantik sikit.?
Er boleh lah. Mana-mana pun sama.
Ok tengok betul-betul.
Perhatikan corak dan kombinasi warna.

Mana kertas?
Trace.
Tidak perlu ikut sebiji-sebiji.
 Simplified.


Cikgu kata, kertas yang sudah dilukis corak ini perlu ditransform ke satu produk lain. 
Anak pilih untuk buat beg kertas.
Ok tidak ada masalah.
Kita siapkan yang utama dulu.

Meh la ibu buat.
Bak sini warna crayon. Itu pengganti lilin. Ikut je line yang kita sudah buat dengan pensil tadi. Pilih warna yang sesuai. Nak hentam pun boleh sebab memang sangat berbeza guna crayon berbanding lilin.


Best jugak ni. 
Rasa kanak-kanak sangat.



Compare corak yang kita sudah siapkan dengan corak pada kain batik asal. Kan saya kata- simplified atau ringkaskan. Nak ikut betul-betul memang tidak mampu.

Next step.
Warna.
Belasah.


Pilih berus yang lembut supaya senang resapkan warna. Seronok bila warna tidak bercampur sebab ada line lilin crayon, rasa betul-betul sedang mencanting batik.
Bila masuk warna merah- warna kontras- baru corak timbul.


 Ok la...not bad.


Cantik kan.
Seterusnya...apa tadi?
Buat beg?

Sekali lagi. 
Ikut prinsip ibu.


Cari mana-mana beg kertas. Baraikan untuk studi cara pembuatannya. Ambil sekeping kertas lain dan cuba ikut. Ukur mana yang perlu. Tengok dari semua sudut.
Bila sudah cukup ilmu didada, baru boleh mendabik.


Ambil balik kertas batik tadi. Buat sebagaimana yang kita belajar tadi dengan konfiden. Anak saya pulak sudah siapkan tangkai inspirasi dari corak anyaman tikar. Saya guna glue gun untuk lekatkan tangkai, juga bahagian lain.
Buatkan sekemas mungkin sampai cikgu konfius- adakah projek budak atau mak budak.
Ha ha sekilas ikan dilaut cikgu kenal jantan betina.
Heh mak-mak cikgu-cikgu zaman sekarangkan.

Yang penting, beg batik sudah pun siap.!


Hendak isi apa?


Sekian.



Wednesday 16 November 2016

ENTRI 197 : GUBAHAN TELEKUNG 2.

Dengan lafaz Bismillah bicaraku bermula...


Telekung merupakan hadiah hantaran istimewa yang seringkali menjadi tumpuan. Lazimnya, jika pengantin sendiri yang menguruskan perihal gubahan hantaran-gaya ringkas selalu jadi pilihan berbanding jika mak-mak yang diberi tanggungjawab, selalu mahu yang dibentuk-bentuk samada bentuk buah, bunga dan sebagainya.

Saya tidak kisah.
Apa yang dimahu orang, itulah yang cuba direalisasi.
Asalkan tercapai apa dihajat.


Saya menerima satu persalinan telekung.


Dalam otak terbayang bunga, jadi saya dapatkan kotak terpakai. Rasanya cukup 2 kuntum, so saya perlu buat 10 kelopak. Gunting dengan kemas. Saya gunakan kain telekung yang plain tidak bercorak untuk membentuk bunga. Gumpal separuh dari saiz suratkhabar tabloid dan buat bunjut. Saya terpaksa beli getah ni dengan harga RM 1 sebab stok dirumah sudah habis diguna untuk gubahan lain. Setiap bunga memerlukan 5 kelopak. Buat sehabis kemas.


Untuk bahagian badan telekung, saya masukkan kotak bersaiz 8 inci x 8 inci sebagai tapak. Biarkan bahagian bersulam keluar. Bahagian dalam kotak akan diletakkan bunga yang sudah siap tadi.
Bahagian bersulam mesti ditonjolkan. Terpulang samada nak bentukkan kipas atau buat macam cara saya ini. Paling mudah jika dapatkan gabus bentuk 'love' tapi saya hanya gunakan kotak terpakai. Jimat.
Kena banyak fikir untuk kemaskan bahagian yang terlebih dan adjust kedudukan 'love' menggunakan jarum peniti.

Hias dengan renda bagi memberi impak menarik.
Bahagian tengah bunga akan nampak sedikit ikatan getah dari beberapa sudut, jadi saya saratkan dengan renda organza purple lembut dan letak pin ungu ditengah-tengah bunga.
Sebab ada lebihan tasbih yang agak berpadanan dirumah, apa salahnya digunakan bagi menaik seri.
Sudah pun siap.








Sekian, semoga perkongsian membawa manafaat.


Alhamdulillah.

Lihat juga :GUBAHAN TELEKUNG 1
                 : CERITA GUBAHAN KAIN

Tuesday 15 November 2016

ENTRI 196 : GUBAHAN TUALA BENTUK TEKO.

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ 


Memang jarang terjumpa tuala hantaran digubah menjadi teko. Sebab ada permintaan, haruslah saya tunaikan.


Kata ummi pengantin- tuala yang dibeli anaknya agak kecil, takut tidak muat pula. Lebih-lebih lagi bekas hantaran yang disertakan berpermukaan agak melengkung. Tidak payah risau-kata saya. Kita yang buat dia. Masalah yang timbul- biar saya yang fikirkan.


Saya potong kotak terpakai- saiz 8 inci x 8 inci sebagai tapak agar hantaran stabil dan seimbang.


Ambil suratkhabar bersaiz tabloid- gulung untuk bentuk badan teko. Jika tidak cukup buncitnya, tambah beberapa suratkhabar pada bahagian tengahnya, tekan dari atas supaya mampat. Gunakan salotep atau masking tape untuk dapatkan bentuk badan teko.


Buat penutup teko pula. Trace apa jua objek berbentuk bulat yang saiznya berpadanan dengan badan teko tadi dan gunting. Seeloknya guna kotak yang agak tebal supaya kukuh dan cantik terbentuk. Mulakan dari bahagian tengan tuala- cekup satu bucu dan ikat dengan getah. Terbalikkan dan masukkan kotak bentuk bulat tadi- ikat bawahnya dengan getah. Dah jadi penutup. Masukkan gumpalan kertas suratkhabar tadi dibawah penutup bagi membentuk badan teko.


Buat muncung teko pula. Ambil satu suratkhabar saiz tabloid-lipat dua. Masukkan dawai dengan saiz yang sama dan gulung. Lekat dengan salotep atau ikat getah. Masukkan pada satu kedudukan yang sesuai dan kemaskan hujungnya dengan pin. Oleh kerana ada dawai didalamnya- muncung ini boleh dilenturkan dengan mudah. Pinkan juga pangkal muncung dengan badan teko agar tetap kedudukan. Pin juga dibeberapa tempat yang sesuai. Susun kedut agar nampak teratur. Pada bahagian bawah badan teko ikat dengan getah.


 Masukkan kotak yang bersaiz 8 inci tadi sebagai tapak. Cari sesuatu yang boleh memberi bentuk cawan. Apa yang susah, guna saja cawan kertas. Gunting pada saiz yang sesuai- masukkan kedalam lebihan tuala dan masukkan jari ikut bentuk cawan kertas tadi, baru kemaskan dengan getah pada bahagian bawahnya. Saya rasa muat 3 cawan, dan tulisan 'selamat pengantin baru' rasanya tidak sesuai untuk dipamerkan. Saya cuma pamer corak pada bahagian bawah tulisan yang kelihatan cantik, cuma perlu disusun kemas secara lipatan berulang. Buat sekemas boleh.

Ok overall basicnya sudah siap.


Terpulang pada kita untuk hiaskan.  Saya guna apa yang ada dirumah.


 Asalkan dapat menutup getah-getah yang nampak. Kemaskan setiap kedutan dengan hujung gunting. Saya gunakan pin agar dawai rambu ramba silver tu tidak bergerak. Cari sesuatu yang sesuai seperti manik untuk buat hiasan atas penutup. Rapatkan kedudukan setiap cawan dan sematkan jarum peniti. Kemaskan juga setiap lebihan dengan mereka pattern yang berpadanan.

Lawa kalau kenakan kemasan yang berwarna kontra- objek teko dan setiap cawan akan lebih timbul.


 Untuk dapat efek menarik, belitkan juga muncung teko agar nampak berseni.


 Ada juga part yang tidak dapat dikemaskan dengan jaya- boleh tutup kelemahan ini dengan bunga atau reben tapi untuk kali ini- saya tidak gunakan keduanya sebab bekas hantaran sudah sarat dengan bunga pada bahagian bawah. Jadi saya biarkan saja tanpa hiasan. Kekuatannya adalah- kekemasan.

Sudah pun siap- alhamdulillah.




Ummi pengantin tersenyum tanda berpuas hati.
Kalau 2 tahun lepas, teko sebegini sudah ke Pahang,  teko biru ini pula akan ke Perlis.

" Kami datang dari jauh membawa teko kosong...harap-harap orang disini dapat sediakan airnya..."
gitulah kias bapa pengantin diceritakan orang yang turut serta kepada saya.
Puas rasa hati dapat sama-sama terlibat mengimarahkan majlis.

Alhamdulillah.



Sekian.

Lihat juga  :GUBAHAN TUALA BENTUK BUAH
                  :GUBAHAN TUALA BENTUK BUNGA

Thursday 25 August 2016

ENTRI 195 : RAMUAN JUS LEGA.

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ 


Dalam lingkungan ahli keluarga tiada pengidap sakit jantung jadi kami tidak serius mencari info mengenainya.
Diluar jangka, seorang saudara yang masih muda tiba-tiba rebah dan kematiannya dikatakan berkaitan jantung.
 Cukup menginsafkan.
Penyakit sudah tidak lagi mengenal usia.
Takut betul sekiranya kita tidak tahu sudah jadi pengidap. Bila sudah serius, sudah terlambat pula untuk dirawat.

Saya ada terdengar mengenai jus ini melalui seorang jiran dan pernah juga membaca sekilas lalu dalam facebook. Setakat itu saja. Baru-baru ini terjumpa sepupu yang seusia dan mengadu sudah ada kolestrol tinggi. Beriya-iya suggest suruh buat jus ini kerana dia sudahpun amalkan. Kolestrol dijamin hilang terus dakwanya.
Konfiden betul.

Kolestrol kedengaran begitu menakutkan.
 Apa sebenarnya kolestrol itu?
Ia seperti lilin, lembut seperti lemak yang boleh ditemui didalam saluran darah dan kesemua sel badan. Sebenarnya kolestrol penting bagi tubuh yang sihat kerana berguna untuk hasilkan selaput sel dan sesetengah hormon serta menyumbang kepada peningkatan keupayaan mental dan lain-lainnya.
Apa yang menjadi bencana adalah ketika terlalu banyak kolestrol- ia meningkatkan risiko penyakit koronari jantung.

Makanan yang mempunyai kadar kolestrol yang tinggi adalah produk berasaskan binatang seperti daging, cengkerang, telur, mentega dan keju.

Jus lega.
Saya membuat sedikit pembacaan, ada juga yang berbeza pendapat. Ada yang mendakwa- jus seharusnya tidak bercampur air-mesti pati semata. Pada pendapat saya pula- semua bahan yang terlibat memang sudah diakui berkhasiat tinggi- sedikit atau banyak kuantitinya tidak menjejaskan khasiat penyembuhan yang terkandung. Bagi saya - ikut selera masing-masing. Kalau yang guna pati tanpa air- tentulah lebih kuat kesannya- mungkin lebih bagus untuk pengidap jantung kronik. Bagi yang belum ada serangan- dos yang lebih cair dan tidak begitu kuat mungkin sesuai- lebih untuk penjagaan dalaman.
Tidak perlu emosi dengan percanggahan yang tidak bawa manafaat-fokus pada yang lebih penting.


Salur darah yang tersumbat menyebab serangan jantung- tengok lemak-lemak yang menyumbat dalam arteri- dikumpul dari apa yang kita makan dari kecil sampai tua ya.
Lemak-lemak ayam...lemak pada daging...tetel...burger....lemak santan.... pergh.

Bahan ramuan:

 Bawang putih - Halia - Lemon - Cuka epal - Madu. 

Semua bahan diatas sangat bagus untuk penjagaan kesihatan, mencuci dan membuang kolestrol, melancar peredaran darah, membuang angin, menurun tekanan darah dan seribu macam lagi khasiat yang sedia diketahui umum.


Caranya :

Saya guna halia seberat 120 gm (terpulang pada masing-masing)- kupas kulit dengan belakang sudu- lebih jimat berbanding guna pisau- banyak yang terbuang. Hiris dan blend dengan 1 cawan air- tapis.


Bahan kedua- bawang putih, saya gunakan 3 labu- kupas dan blend juga dengan 1 cawan air- tapis.


Perah 4 biji lemon bagi memenuhkan 1 cawan.


Satukan jus halia. jus bawang putih, jus lemon dan 1 cawan cuka epal/ Apple cider iaitu perahan epal yang telah diperam menjadi cuka (tanpa alkohol) dan diguna sebagai tonik. Dijual dengan pelbagai jenama. Saya beli Heinz apple cider vinegar sebotol RM 8.30.

Masak dengan periuk tahan panas seperti kaca dengan api paling perlahan- saya masak 1 1/2 jam. Daripada 4 cawan cairan tadi berkurang menjadi lebih kurang secawan. Tutup api dan sejukkan.
Setelah sejuk- campurkan dengan 1 cawan madu. Jangan beli madu murah picit-picit kat kedai runcit tu sebab nanti bila simpan dalam petisejuk- akan ada serdak putih turun. Beli madu yang mahal sedikit.
Saya beli sebotol madu 350gm berharga RM 21.90. Lagi bagus kalau dapat madu asli.
Bila melibat madu- jangan guna sudu besi.
Kacau dengan sudip kayu dan tuang dalam botol. Simpan dalam petisejuk.


Aturan makannya- ada macam-macam yang saya jumpa. Tapi ikutlah naluri masing-masing
Boleh makan 1 sudu besar (sudu plastik) sebelum sarapan dan 1 sudu sebelum tidur malam. 
Remaja yang banyak lemak mungkin sudah layak dikerah minum. 
Jika ada makan ubat doktor- jarakkan 1 jam.

Ada juga yang saya baca- tambah jus bawang putih pada 10 minit terakhir semasa memasaknya- ikutlah citarasa masing-masing. 
Simpan bekas kaca- saya tidak ada jadi pakai bekas plastik saja. Harap tidak menjejaskan kualitinya.


Dalam internet sudah banyak dijual- RM 80 sebotol.
Saya pun buat kira-kira.
Modal saya adalah dalam anggaran RM 30.
Kos mungkin meningkat jika guna madu kualiti tinggi.


Sekian.
Cegah sebelum parah.