Saturday 31 October 2015

ENTRI 151 : RENDANG JAWA.

Dengan lafaz Bismillah bicaraku bermula...



First time rasa di rumah emak saudara.
Sedap sangat, saya pun minta resepi dari menantunya.

1/2 kilo cili hidup merah
1/2 kilo bawang merah
1 kilo daging
2 inci halia
1 inci lengkuas
1 biji kelapa- ambil santan
gula/ garam / perasa.
Simple je.

Daging dalam petiais tidak sampai pun sekilo.
Saya reduce bahan lain.
Agak-agak sajalah.


Potong berlawanan urat supaya senang empuk.


Kena rebus dulu. Empuk daging biasa akan ambil masa lebih kurang 2  jam lebih. Kalau guna daging batang pinang tidak perlu rebus. Jangan lupa letak sedikit halia yang sudah diketuk untuk hilangkan hanyir.


Cili hidup perlu dibelah 2 kemudian dimayang serong. Potong halia dan lengkuas secara memanjang, sehalus boleh. Lengkuas boleh juga diketuk saja. Mayangkan juga bawang merah. Saya guna bawang besar .


Tumis cili hidup sampai layu. Masuk halia dan bawang. Bila semua sudah garing masuk kedalam daging yang sedang direbus, biar mendidih selama 2 jam. Masukkan santan pekat dan didih lagi selama 1/2 jam. Total semua mesti 2 jam lebih- masa yang perlu untuk daging empuk.
(selalu periksa daging samada sudah lembut atau belum- tidak kira bila masanya kita masukkan cili-samada pada permulaan daging direbus atau sudah direbus separuh jalan-yang penting kira ikut masa daging empuk iaitu 2 jam lebih)
Perasakan dengan garam, gula dan perasa.
Jika kurang air, boleh tambah. 
Ada yang suka berkuah, ada yang suka agak kering.


Satu rumah berbau sedap.


Rendang ini tidak pedas, sesuai untuk budak-budak.

Sedapnya bu! kata si kakak.
Sedapnya, kata si kecik.
Ibu tidak respon sebab kusyuk melantak.


Sekian.


Friday 30 October 2015

ENTRI 150 : LEMPENG GEDEPEK.

Dengan lafaz Bismillah bicaraku bermula....


Kabare?
Waras?...or not?

Rabu lepas seperti biasa saya ikuti satu rancangan masakan tradisi serata Malaysia.
Seronok sebab banyak resepi pelik-pelik orang kampung.
Resepi rare.

Kali ini ke kampung orang Jawa.

Rupa sebiji macam puri yang pernah saya buat dulu tapi bersaiz sedikit besar.
Bahan-bahannya pun lebih kurang.
Semalam saya ajak sikecil join.

Jom dik, kita buat lempeng gedepek.

Bahan-bahan :
Makcik Jawa kuat ketawa itu main campak-campak saja.
Saya yang sukat kemain.

Hidangan untuk 2 orang.
Aku dan dia.

1 cawan tepung gandum
1/2 sudu besar tepung ubi
1/2 sudu besar marjerin
1/2 sudu teh garam halus
1/2 cawan air

Yang ini ada sedikit kelainan.


Satukan tepung gandum bersama tepung ubi, marjerin dan garam halus.


Gaul rata-rata, curah air sedikit-sedikit supaya dapat mengawal keanjalan doh, yang tidak melekat ditangan. Sediakan extra tepung gandum untuk tujuan tabur-tabur pada tangan juga pada papan. 
Uli beberapa minit.


Bahagi kepada 3 bahagian, makcik Jawa itu picit celah ibu jari saja. Campak doh macam mamak bikin roti canai, ambik balik. baling lagi. Gedepek-gedepek bunyi dia, nak senang katanya canai dengan kayu penggelek, kemudian goreng dalam minyak yang betul-betul panas dengan api yang sederhana. Lempeng akan menggelembung,  tekan sikit dengan senduk.
Jika minyak kurang panas- lempeng akan nampak berat sebab ia tak ada gelembungan.


Dapat 3 keping.
Tidaklah senipis puri.
Cicahlah dengan kari /sambal/masak asam, ikut kesukaan masing-masing. 
Kenyang jugalah.


Bu sedapnya, rasa macam cekodok.
Memanglah...adik beradik dia....


Sesekali pekena cara Jawa memang terangkat beb.
Sambal ikan bilis cili padi simakcik punyalah pedas sampai petir berdentum kata pengacara. 
Sambal saya, just nice.


Sekian.

Friday 23 October 2015

ENTRI 149 : GUBAHAN DULU-DULU.

Dengan lafaz Bismillah bicaraku bermula...



Bila agaknya saya mula buat hantaran?
Tidak ingat.
Bukan penyakit saja boleh diwarisi tau, tapi bakat juga boleh. 
Mak dan adik keduanya berkebolehan membuat hantaran juga.
 Mahir pula dalam bidang jahitan. 
Berkat selalu menyibuk semasa makcik gubah menggubah, saya pun sudah berjangkit sama.
Berjangkit perkara yang baik tidak mengapa.

Masa bujang dan tinggal di Kg Baru dulu, saya pernah buat hantaran untuk salah seorang housemate yang kawin sekitar tahun 1990an, lawa kawan saya Norlee tu.
Agaknya itulah gubahan yang pertama.


Kembali menyingkap kenangan ketahun-tahun yang dulu.
Menatap memori lama - gambar hantaran yang pernah digubah sepanjang tinggal dirumah sendiri,
bermakna selepas tahun 2007, untuk saudara mara dan jiran tetangga.

Orang tua dulu-dulu selalu tanya begini.
Siapa yang buat lipat-lipat?
Saya....!


Gubahan tuala mandi yang ditempah oleh Dak Yah, jiran satu taman. Dalamnya saya kepal-kepalkan kertas suratkhabar dan jumlah helaiannya mesti sama bagi setiap buah. Bunga yang diguna pun cuma 3 kuntum dan dirimbunkan dengan ikatan 3 jenis reben.
Dia kata, tidak sangka jadi lawa.


Gambar bergegar sebab guna web cam.
Gubahan telekung untuk majlis perkahwinan sepupu suami. Untuk setiap kelopak memerlukan kertas yang agak tebal yang digunting dalam form yang sama. Nak buat bunga ini pun leceh juga, workmanship kena tip top. Untuk bahagian tengah bunga, bolehlah guna gumpalan suratkhabar atau gumpalan tisu. Ikat ketat dengan getah atau benang atau dawai yang paling halus.


Kain pelikat-semua bahan untuk menggubah disediakan oleh pihak pengantin, saya siapkan jari jemari saja.


Tidak mahu bunga hidup, nak yang palsu sebab jalan jauh. Jika guna bunga hidup, nanti layu hilang seri. Kita ini iyakan saja, udah gitu kata mak pengantin. Sireh pun pakai daun plastik.


Sepersalinan telekung diterbangkan jauh dari Indonesia, untuk pertunangan anak saudara sebelah suami. Perhati pada bahagian sulaman- ini adalah fokus yang mesti ditonjolkan.
Sulaman yang indah selalu dibentuk sebagai kipas atau dirimbunkan sebagai bunga.


Gubahan telekung lagi. Untuk meninggikan gubahan didalam 'bakul' letakkan gumpalan kertas suratkhabar yang banyak. Pinkan antara bunga supaya kedudukannya tetap dan dapat menutup kekosongan. Sebenarnya saya tidak menggunakan bakul sebenar, saya bentukkan vase dari kotak terpakai berbentuk selinder rendah untuk masukkan lebihan kain. Tangkainya saya guna kain dari telekung yang dikuatkan didalamnya dengan dawai bersalut suratkhabar bagi memudahkan lenturan.


Kami sekeluarga sponsor tuala mandi + tuala kecik-kecik ini.
Suka sangat gubahan ini, nampak sweet...
Mula-mula masalah juga hendak kemaskan balance tuala sebelah atas tapi kenalah cuba macam-macam cara. Akhirnya buat love yang dibentuk dengan menggunting kertas dari kotak yang tebal...
Jarang buat terus jadi.


Mula-mula beginilah rupa gubahan tuala kecil itu...
Sebab tidak puas hati, buat semula.


Yang sweet-sweet ini, tempat letak cincin, kenalah comel sebab ia sangat sentimental...


Gubahan dari kain ela,tempahan oleh ustazah mengaji. Tidak berapa suka hendak sarat-saratkan gubahan. Bunga kain itu pun tidak ada hiasan. Letak satu gubahan bunga tiruan, sudah naik seri. Enough.


Teko..!
Actually yang ini belum siap sebab saya sedang tunggu dulang belum dihantar. Bahagian yang kurang kemas haruslah disorok segera dengan menyumbat segenggam bunga warna senada atau berwarna kontras pun ok.
Siapa yang hendak kawin?
Anak ustazah!


Kakak ustazah pula kata, tidak pernah tengok tuala dibuat teko. Hendak juga untuk majlis nikah anaknyasaya buatkan saja.
Orang sudah berhajat.
Workwanship sedikit kurang memuaskan.


Lagi gubahan tuala berbentuk buah, paling selamat menggubah bunga atau buah dalam sebuah bakul begini sebab sudah tidak payah pening hendak kemaskan bahagian tertentu/ bahagian belakang yang selalunya kena cover dengan bunga atau reben.


Selalu juga bantai buat bunga dari kain telekung, sebab agak mudah. Bila sudah siapkan bunga kenalah adjust kedudukannya supaya nampak presentable dan cantik dilihat dari pelbagai sudut.


Gubahan kain ela beserta selendang. Masalah utama adalah selalunya kain agak panjang berjela, sumbat dalam bekas atau bakul adalah satu pilihan yang tepat.


My masterpiece!
Yang ini replika masjid untuk gubahan gula-gula + coklat. Saya sengaja design pelan yang komplikated sikit. Nak try-menjadi ke tidak. Selepas balut kotak-kotak itu saya dengan confident terus kemaskan dengan renda gold, rupanya warna tema adalah pink.
Alamak! Terus tukar. Masukkan renda pink pula! 
Bila sudah pink sana sini, certain part nampak tidak masuk. 
Tu yang kena transform dome, tukar warna.
Hai...macam-macam.


Bila sudah tampal coklat dan masuk gula-gula,baru nampak gempak.
Tapi berat!. 
Bagi orang lelaki bawalah.


Yang tidak berapa gempak ini pun kerja saya juga...ha ha..
Nampaklah serabutnya, entah macamana boleh keluar design begini.
Ni bukan masjid, ini surau hujung kampung.


Sireh junjung tiga serangkai, semua ada cerita tersendiri.
Behind the scene kata orang putih...
Kalau dikenang rasa hendak tergelak pun ada.
Episod barai balik perkara biasa...


Banyak juga hantaran lain tapi dulu mana ada kamera digital, so  print dan simpan dalam album buat kenangan kot-kot bercucu cicit.


Hopefully masih dapat hulurkan tangan,ringankan beban....
Ameen.


Sekian.

Monday 19 October 2015

ENTRI 148 : PRAKTIS PSV

Dengan lafaz Bismillah bicaraku bermula...



1. Bidang    :  Menggambar
    Tema  :  Alam semulajadi
    Tajuk      :  Hidupan Laut
Aktiviti    :  Kolaj
    Alatan :  Kertas lukisan, kertas warna , gam dan gunting

Macam best je dik.
Kita buat nak ?
Sikecik diam.
Lecehlah bu, nak kena koyak-koyak kertas, adik tak reti....
Ok kita buat lain.

2.  Bidang: Membuat corak dan rekaan
     Tema     :   Alam semulajadi
     Tajuk     :   Kad ucapan
     Aktiviti   :   Percikan
     Alatan : Kertas lukisan, warna air, berus lukisan dan berus gigi.

Ha yang ini ok.
Kita buat ini la.
Setuju!

Kami sudah tertinggal. Kawan-kawan yang lain sudah mula periksa akhir tahun tapi anak saya masih dalam MC.
Well what to do...!
Selain baca buku dirumah sebagai persediaan, saya galakkan dia praktis soalan subjek PSV- Pendidikan seni visual. Cikgu sudah bagi green light untuk ambil periksa lewat.


Keluarkan barang lukisan adik.
Alas dulu dengan suratkhabar ya dik.


Ibu nak menyebok sekaki boleh tak?
Bagi sekeping kertas A4 tu, lipat dua dulu sebab kata kad ucapan kan.


Ambil lagi sekeping, lipat dua juga.
Buat bentuk separuh love.


Guntingkan.


Ambil sedikit salotep, lipat dua dan tampal pada love tu.


Tampal pada kad yang mula-mula tadi.


Ambil sekeping kertas lain dan draw line ikut suka.


Gini la idea kononnya.


Bancuh warna, boleh I borrow you punya berus gigi tak?


Percik-percikkan warna tu.
Eee..payahnya.
Berus budak-budak ni susah, kena pakai berus gigi orang tua yang lebih panjang.
Ala hentam sajalah, projek kanak-kanak pun.
Angkat kertas dan alih pada posisi yang lain, percik warna yang berlainan..


Ee tak jadi.


Angkat love tu, ginilah kad ucapan ibu kamu kah kah.
Sebenarnya bancuhan warna kena banyak dan tidak cair, berus gigi biar yang panjang dan kertas stensil sepatutnya lebih tebal.
Ibu punya fail.
Adik?


 Aik tiru nampak..!


Ui spray kemain dengan tangan bercapuk-capuk tu .
Siapkan ya! 
Panggil ibu bila dah sudah.


1/2 jam after that....
Bu dah siap...!


Waaa not bad.
Love ada payung tau bu.
Eh bukan kena percik ke...?
Kat dalam.


Er...
Boleh dapat A ke ni?

Kita buat lain boleh tak..?

Pilihan ke 3.
Buat robot?
.....tak sesuai.

4. Bidang :  Mengenal kraf tradisional
    Tema    :  Alam semulajadi
    Tajuk    :  Hiasan dinding
    Aktiviti  :  Anyaman
    Alatan   :  Kertas lukisan, kertas warna, gunting dan gam.

Adik kata pernah buat kat kelas hari tu, mana dia, kita buat contoh.


Ni ke?
Ok, tunggu ya, ibu pergi beli kertas warna kat kedai aunty.


Beli kertas warna banyak-banyak, segulung berharga 50 sen.
Mencungap sebab jalan laju-laju.
Cer tengok balik contoh tikar tu....


Amenda adik buat saiz banyak tak sama ni, sia-sia kejap-kejap suruh ayah beli perbaris tau...
K lupakan yang lalu.
Fokus masa depan.


Berlatih guna pembaris, biasakan buat line lurus-lurus....


Berlatih jugak gunting lurus-lurus, yang hari tu, bengkang bengkok, kepala pun boleh mabuk..


Buat lagi. Orang putih kata, practice make perfect..


Tiba-tiba sehelai kertas melayang didepan saya.
Eh takda takda....buat!
Taknak dapat A ke..?


Bentangkan kertas warna tu.


Ni ibu marah ni, buat line lurus pun tak lurus.


Susun ketat-ketat, letak sikit salotep kat hujung supaya tak bergerak, ha macam tu...


Kan.
Nampak macam ada harapan.
Janji saiz mesti sama, baru nampak kemas.


Terbalikkan. Gunting yang terlebih tu, baru letakkan gam.


Tadda..!
Cantikkan?
Dah boleh buat hiasan dinding.

Kalau ikut cakap ibu mesti ada chance dapat A.

Belakang lagi lawa dik, komen ayah.

Abaikan komen tak membina. Janji kita dah berusaha supaya lebih bersedia.


Sekian.
GB garang.