Saturday 7 May 2016

ENTRI 185 : RESEPI POPIA GORENG.

Dengan lafaz Bismilah bicaraku bermula...



Actually, resepinya sangat mudah.
 Yang challenging-kuah yang sedap.

Kita buat kuah popia yang mudah, cukup rasa masin, manis, masamnya.


Saya guna 2 butir bawang putih yang ditumbuk halus, 4 sudu besar cili kisar, 1 sudu besar sos tomato, 2 sudu besar sos cili, asam jawa sebesar ibu jari diramas dengan 1/2 cawan air, 1 cawan air, sesudu besar garam , 2 1/2 sudu besar gula perang dan sedikit kiub ayam.


Caranya- sebatikan semua bahan baru buka api yang sederhana, rasa dan adjust ikut kesesuaian tekak.
Sudah mendidih- tutup api.

Bahan untuk buat kuih.


Saya bernasib baik terjumpa kulit popia peket kecil, sebab rasa banyak sangat jika beli peket besar.
Bahan utama- sedikit udang kering dan sebutir bawang putih, 2 ketul tahu lemak masin, 1/2 biji sengkuang saiz kecil, sedikit taugeh dan sedikit karot. Untuk popia basah- boleh tambah timun.


Setelah rendam udang kering- tumbuk bersama bawang putih. Jika buat popia basah, saya akan tambah sedikit taucu masin kedalam lesung. Semua bahan dah dipotong memanjang. Masuk sedikit minyak masak dan tumis bawang bersama udang kering hingga betul garing baru masuk sayur dan tauhu- masuk sedikit garam dan gula perang- balik-balikkan dan tutup api. Orang tua dulu-dulu suka tambah sedikit air untuk layukan sayur, malah ada yang goreng sayur secara berasingan. Bagi saya tidak perlu. Sayur akan digoreng sekali lagi setelah dibalut kulit sudah tentu inti didalam bertambah lembut.


Ini pun kerja senang- adjust ikut kesesuaian. Hati-hati sebab kulit popia mudah pecah. Saya sediakan sesudu tepung gandum bancuh dengan sesudu setengah air untuk jadi gam dan diletak sedikit bagi melekatkan kulit popia.


Sediakan minyak yang banyak. Goreng secara deep fry.
 (popia basah lagi menyihatkan dari yang digoreng).




Selamat menjamu selera.



Sekian.

ENTRI 184 : KUIH ONDE-ONDE / BUAH MELAKA.

Dengan lafaz Bismillah bicaraku bermula...


Mungkin ada orang tidak kenal Buah Melaka. 
Pokok Melaka, kenal tidak?
Atas dasar tanggungjawab dan kecintaan pada bangsa, mari kita berkenalan dengan salah satu kuih tradisional bumi Hang Tuah.

Bahan-bahan asal adalah tepung pulut, yang digaul dengan air dan disumbat gula Melaka yang didadu kecil sebagai inti. Sesudah dimasak, digaul pula dengan kelapa parut yang bercampur sedikit garam halus.

Versi saya:


1- Sedikit labu atau kentang atau keledak - sebagai faktor penambah rasa pada tepung.
2- Dua helai daun pandan disiat dan simpul
3- 2-3 sudu besar air ( adjust semasa menguli )
4- 1 1/2 cawan tepung pulut 
5- Gula melaka atau gula merah 
6- 1/2 biji kelapa parut putih
7- Sedikit garam halus untuk dicampur dengan kelapa parut


Sebelah kiri adalah Gula Melaka- akan dipotong dalam bentuk ketulan kecil sebagai inti kuih.
 Saya saja buat kelainan, guna gula merah (gambar kanan).
Sedap juga.

Caranya:  rebus labu  atau kentang atau keledek.
Rebus hingga empuk dan lenyek.
(Kuih dari tepung pulut biasanya liat. Bila ditambah bahan ini, ia akan lembutkan kuih dan ada ektra rasa. Juga tambah nilai dari segi nutrisi dan serat)


Seterusnya campurkan kepada tepung pulut agar sebati sebelum tambah sedikit air. Uli untuk dapat doh yang lembut.


Cubit sedikit doh dan bentukkan macam mangkuk dan sudukan gula merah, tutup dan bulatkan semula. Buat hingga habis. Sementara itu, naikkan satu periuk berisi air dan daun pandan.
Bila air mendidih terus masukkan kuih tadi, masak sehingga kuih timbul sendiri (lebih kurang 4 minit).


Bila sudah timbul, tarik dengan garfu dan letak atas kelapa parut, gelekkan pinggan supaya kelapa melekat dengan sendiri. Labu beri warna yang sungguh cantik dan semulajadi.


Sedap makan panas-panas.


Sekejap saja selesai, balas dendam sebab sudah berkurun tidak buat kuih.

******

Prof yang muncul di TV cakap, makan kuih Melayu, satu-gerenti tidak cukup. Katanya lagi bagus makan sayur, buat sup sayur, jus sayur, minum segelas terus kenyang sebab kaya serat. Tambahnya lagi, orang perempuan sudah kena stop kumpul gelang emas + handbags. Kumpul duit beli slow juicer dan periuk goreng tanpa minyak. 
Baik prof.
Nanti kita buat jus sayur pula ya.


Extra info.
Inilah rupa pokok Melaka.
 




Buah Melaka sudah kenal. 
Pokok Melaka pun sudah. 
Semoga perkongsian ini membawa manafaat.


Sekian.