Tuesday 24 November 2015

ENTRI 159 : GUBAHAN PENING.

Dengan lafaz Bismillah bicaraku bermula....



Kenapa kali ini lain macam.
Sudahlah.
Ibu tidak mahu lagi buat hantaran. 
Berulang-ulang saya kata begitu pada anak-anak. 
Malas sudah hendak berfikir.
Sudah kering idea.
Budak-budak kehairanan sekelip mata ibu boleh berubah sikap.
Tidak over exited macam dulu.
Tidak pegang phone snap gambar macam selalu.

Angin monsoon mana sedang melanda?

Ah sekejap saja tu.

Ahad lalu saya kerumah abang ipar untuk ambil dulang dan barang hantaran. 
Lihatlah dulangnya sudah siap berhias.


Cuma perlu letak barang ditengah.


Tengok belakang.
 Begini rupanya, kakinya belum pasang, ada skru sekali. 

Pesan birasku, kalau boleh biar rendah-rendah.
Kasut sekalikan dengan beg tangan.
Telekung sekalikan dengan sejadah.
Tuala mandi sekalikan dengan set minyak wangi.
Alahai banyaknya protokol...
Saya sudah pening!

Tengok semula.
Dulang macam ini lecehlah.
Saya cuba sedaya upaya.
Telekung dan sejadah rasanya lepas.
Tuala dengan minyak wangi rasanya boleh.
Beg tangan dan kasut rasanya ada masalah.

Petang itu saya terus mencari barang. 
Bahagian bawahnya sudah sedia sarat dengan bunga, jadi rasanya hanya perlu beli sedikit reben yang berwarna dull untuk diletak pada bahagian atas.
Enough
Tak perlu hias penuh. 
Semak!

Tidak mahu tinggi-tinggi?
Alamak replika masjid yang sudah stand by lama itu boleh tahan tingginya.
Aduh.
Pening.
Pening.

Ok fokus benda lain.
Saya kena separate beg tangan dengan kasut sebab tidak boleh balance.
Kena guna gabus untuk beri permukaan yang lebih stabil.


Syukur gabus 10 inci ini muat. 
Permukaan rata perlu juga untuk letak sireh junjung nanti. 
(stok gabus dikedai pon habis, nasibaik lah terjumpa dalam stor bilik belakang.)
Pening!


Saya beli juga kertas pembalut untuk balut gabus. Kena cari warna cerah seperti putih atau cream sebab lebih sesuai. Tiba-tiba segala kerja terpaksa dihenti serta merta kerana glue gun rosak pula! 
Adoi doi, double pening!
Ku terus berlari ke kedai aunty tapi takde dijual.
Buat dulu part yang tidak perlu glue.

Mood yang hilang perlu dikembalikan.
Mood ambil gambar pun sama.

Buat perlahan-lahan.
Slow-slow.


Kata tidak ada idea, ok je tu.....

Ok ke?


Pandangan dari atas. Gubahan telekung disekalikan dengan sejadah. 
Diserikan dengan reben rona cream putih.


Bahagian sulamnya saya keluarkan dan yang lain bentukkan dalam penutup kotak. Sejadah saya lipat-lipat saja. Yang ini saya tidak guna gabus sebab lebihan telekung perlu disorok dibahagian dalam bekas.


Bila banyak kali tengok, saya kurang berkenan reben banyak-banyak. Mahu yang simple. 
Last-last dapat idea ini, selitkan bunga plastik jernih sudah nampak cantik.


Gubahan telekung + sejadah siap.


Untuk gubahan kedua ini pun tidak perlukan gabus. Tuala saya balutkan pada kotak dan isikan sebotol minyak wangi beserta kotaknya sekali. Lebihan tuala saya lipat-lipatkan saja. Letak sedikit hiasan sudah cukup.


Kotak bersalut tuala memang senget supaya tidak nampak boring. Tapi bila letak beg tangan sebegitu keadaan dulang terus jadi tidak balance
Hendak sumbat kasut lagi? 
Memang problemlah.

Sekarang ini cuma hendak settle bekas coklat / gula-gula ( kiv ) dengan sireh junjung saja.
Jika peningku sudah hilang, insyaAllah akan dikongsikan.



Sekian.



ENTRI 158 : GUBAH DUIT MAS KAHWIN.

Dengan lafaz Bismillah bicaraku bermula.....


Sudah lama tidak gubah duit mas kahwin.
 Kali terakhir, untuk adik lelaki yang beria-ia mahu guna duit seringgit lama. 
Tidak ada orang perasan pun duit kamu lama ke baru.

Wang kertas yang sampai ketangan saya berjumlah RM 300.
Rombongan akan ke Kelang untuk bernikah.

Ingat hendak buat ala-ala bunga pegang.
Harap-harap menjadilah seperti yang terbayang dalam kepala.


Saya dibekal dengan 25 keping duit 10 ringgit dan 10 keping duit 5 ringgit. 
Kena stand by juga dawai-dawai yang mungkin perlu.


Ambil sehelai duit 10 ringgit. Gulung pada bahagian setiap bucu. Kemudian lipat dua dengan gulungan mengadap keluar. Ambil dawai yang paling halus- kerat dua dan ikat ketat ditengah. Jangan takut sebab duit ni dibuat dari kertas yang sangat berkualiti. Tidak mudah koyak. Dengan menggunakan ibu jari, tekan pada perut setiap kelopak supaya ia kelihatan seperti kelopak bunga.


Siapkan kelopak banyak-banyak. Ambil satu untuk jadi kudup, kemudian cantum dengan kelopak yang lain. Untuk satu bunga perlukan 4 helai bermakna sekuntum mewakili RM 40.


Begitu juga dengan duit 5 ringgit . Buat kudup sehingga habis. Leceh hendak gulung sebab permukaan agak licin. Nasib baik duit 10 ringgit tidak licin macam ini, kalau tidak memang poning kepalo den! Kita perlukan pelilit bunga supaya ia betul-betul ketat.


Bila dibelek-belek, lagi elok kalau kudup dibuat gulungan kedalam kan?

  
So saya buka balik semua bunga yang sudah siap. Gunakan kudup yang gulungan kedalam, kemudian untuk kelopak luar, guna yang gulungan keluar, lagi ok. Akhirnya saya dapat 6 kuntum bunga mewakili RM 240, the rest saya jadikan kudup. Lepas itu assemble everything, gunakan dawai halus juga untuk mengikat ketat. Bahagian yang tidak kemas perlu ditutupsaya guna daun dan bunga filler yang ada pada sejambak bunga artificial lain yang saya keluarkan bunganya. Ikat sekali kemudian kemaskan dengan pelilit bunga hijau.


Pemegang ini perlu dikemaskan lagi sebab masih terasa tajam-tajam dawai halus, jadi saya lilit lagi dengan satin ribbon berketebalan 1 inci. Ikat ketat-ketat pada pangkal.
Ok siap.
Mari tengok hasilnya.




  for you....

Alhamdulilah...

Harap keluarga pengantin berkenan sebagaimana hati saya sudah berkenan.
InsyaAllah.


Sekian.
Semoga perkongsian membawa manafaat.

Wednesday 18 November 2015

ENTRI 157 : ANUGERAH KECEMERLANGAN.

Dengan lafaz Bismillah bicaraku bermula..


Dewan sekolah.

Hati berbunga bahagia tatkala ternampak nama anak terselit disana sini dalam senarai penerima anugerah.
Buku program berkulit pink diselak lagi, saja membaca nama-nama lain yang tersenarai, kotlah kenal.
 Sikecik dapat 5 hadiah, si kakak 3. 
Syukur sangat dah ni.

    " Na..." ada suara dari belakang memanggil.
Terus saja buat signal- sekejap ya, kerana ada sesuatu yang perlukan respon segera dari saya. 
Kakak jiran belakang rumah mengangguk faham.
Saya kemudian menoleh kearahnya, " ada apa kak?"
   " Akak saja hendak tanya" 
   " Apa rahsia anak kau pandai-pandai, hantar tuisyen? ada bagi makan apa-apa vitamin?"
Oh.
Saya fikir sebentar sebelum bagi jawapan selamat.
   " Bagi makan nasi je kak, tuisyen pun tidak"
Lawak tak? 
   " Saya garang kak. Anak saya rotan. Malam pon kena tidur awal" sambung lagi.
   " Patutlah pukul 9 lebih rumah kau sudah gelap"

Budak-budakkan mesti cukup rehat. Waktu rehat terbaik adalah tidur.
   
" Apa salahnya tidur lambat, bukan selalu, sudah habis periksa pun" si ayah jadi tukang spoil. 
Bila anak liat bangun pagi pandai pula dia bising. 

Ok ada pembetulan.
Anak saya bukan yang terpandai.
Mereka tidak dapat pun nombor 1 mahupun 2 .
Cuma agaknya konsisten sebab nama sentiasa terselit dalam senarai walau hanya dapat pelajar terbaik pendidikan jasmani!
Orang luar  tidak pandang semua itu.
Mereka tetap kata anak saya pandai-pandai.
Lantak.

Ok kita berbalik pada cerita tadi.
Cerita kakak belakang rumah yang cuba luah isi hati.

   " Anak-anak akak yang besar, ok masa belajar. Sebab apa tau? 
Sebab masa itu bapanya kerja jadi mulut akak bising kat rumah. 
Sebab itu  diaorang berjaya masuk U. 
Semasa anak keempat sekolah rendah, suami akak sudah pencen. Bila akak bising, dia tukang selamatkan anak. Tengok apa sudah jadi. Tidak jadi apa budak tu.." panjang lebar dia menyungutkan suami.
Hendak komen apa pon tidak tahu.
  
 
********

Saya memerhati dari tadi.
Bersungguh dia membaca, dari sekeping ke sekeping. Tertunduk-tunduk pula mencatit ulasan mengenai buku yang dibaca itu.

Ok sudah faham.
 " Ada orang tu berangan hendak dapat basikal " sindir saya.

Ada dia kesah?
   " Kau ingat kau Muaz?"
(Muaz merujuk pada budak ulat buku yang saban tahun akan dapat tempat pertama anugerah nilam disekolah)
Kalau tempat pertama anugerah makan, ha itu ada harapan besar.

Itulah yang berlaku pada awal tahun.

 Bila tiba-tiba dia buka mulut, bakal mendapat sebuah basikal pada hari kecemerlangan sekolah- 
terduduklah saya!
Terasa sangat bersalah kerana tidak memberi sokongan padu. 
Siap pekej sindir menyindir lagi.
Buruk betul perangaikan.
Maafkan ibu,ok?
Dia berjaya membaca 358 buah buku, yang melayakkan dia mendapat tempat pertama anugerah Nilam tahap 2!
Eh betulkah ini?
Patutkah saya berasa malu untuk menumpang bangga?

*******

Saya memerhati dari jauh. Perlahan-lahan diseretnya basikal besar berwarna hijau turun dari pentas keluar dewan.
Si Debabku dengan basikal baru!

She really deserved it.
Me also learnt my lesson.

Jangan sebak.
Hari ini penuh kegembiraan.
Alhamdulillah.

Suka tidak?
Dua-dua angguk.
Kenapa dapat hadiah? sebab sudah penat belajarkan.
Sebab ibu garanglah korang belajarkan?
Dua-dua menyengih.
(Masa kecil, dengar cakap lagi. Sudah besar nanti, entah apalah ragamnya)

Sekian.

  



Tuesday 17 November 2015

ENTRI 156 : BIO-OIL.


Bismillah.

Specialist skincare for scars (parut)stretch marks (kesan regangan)uneven skin tone (kulit tidak sekata)ageing skin (kesan penuaan)dehydrated skin ( kulit dehidrasi ).

Wah kena beli ni.


Selalu tengok iklan kat tv, tingkatkan keyakinan diri menggunakan Bio-Oil. 
Masalah kita sudah ada jalan penyelesaian.
Rajin dan malas adalah penentu.


 Beria-ia mencari merata tempat, harga RM 34.90 untuk satu botol 60ml.


Biasanya apa saja produk yang dicuba mesti hendakkan kesan yang cepatkan. Tapi jangan berangan begitu dengan Bio-Oil, kena banyak sabar. Pakai memang mudah. Sapu saja dua kali sehari setiap hari sekurang-kurangnya selama 3 bulan ya wak.
Jangan salah dengar pulak.
Biar lambat asal selamat.
Produk yang cepat beri kesan, mesti ada chemical didalamnya yang beri tindakbalas segera.
Yang ini, slowly but surely.


Mula-mula tekun, apply pada bekas chicken pox yang bertabur satu badan. 
Parut yang meragut semua kecomelan, dia nampak sungguh comot. 
Hish tidak boleh jadi.
Jom kita cari Bio-Oil, nanti ibu sapu setiap pagi dan sebelum tidur malam ya....

Hari ini sudah masuk minggu ke3 kami guna produk ini. Memang ada kesan pemudaran.
3 bulan?
Lenguhlah hendak tenyeh satu demi satu tompok,..aih...tak kuasa.
Lepas itu sapu ikut mood.
O Tuhan.
 Janganlah jadikan aku termasuk golongan hangat-hangat tahi ayam ko ko ko kooook...

*******

Anak sulong?
Tak, anak ketiga.
Oh!

4 tahun later.
Anak sulong?
Er anak keempat.
Oh!

Selalu saya berdepan dengan situasi begini, bila perut mula membusung kenalah selalu mengadap doktor buat check-up. Kenapa para doktor selalu ingat saya bunting sulong?
Rupanya wanita mengandung selalunya akan ada stretch marks
Patutlah nenek saudara yang pernah urut semasa sarat dulu pernah kata perut saya cantik.
Rupanya saya tidak alami stretch marks sepanjang 4 kehamilan, alhamdulillah rezeki saya.
Tidak tahulah sebab tidak amal apa-apa pun.

Cuma selepas bersalin, tentulah perut yang masih baru mengeluarkan isi 3 kilo plus-plus itu tidak akan serta merta mengecut menjadi licin gebu.
Mustahil bin ajaiblah kan.
Ambil masa.
Gunalah Bio-Oil.  Sangat highly recomended walaupun saya tidak pernah pun cuba. 
Yang mak mertua selalu tenyeh pada perut gelebehku cuma kapur makan diperah limau nipis. Itu sahaja.. Habis pantang perut saya pun hampir kemas sebab saya asalnya memang manusia kurus.
Sebagai ibu yang pernah melahirkan tidakkan dapat perut sebiji macam semasa anak dara.

Walaupun saya kurus, tapi sikecik selalu kata perut ibu bergoyang-goyang..
Ee geramnya.
Itulah rumah pertama adik, tidak ingat ke...?

Untuk ibu moden, seawal usia pregnancy 4 bulan keatas sudah boleh mula sapu perut sehinggalah melahirkan. Kenalah usaha sikit untuk dapat kesan yang berbaloi.
Eh saya ini macam dibayar pula.


Sekian.

ENTRI 155 : KUAH SZECHUAN.

Dengan lafaz Bismillah bicaraku bermula....


Bahan A

5 ketul ikan tenggiri
Serbuk kunyit
Garam halus

Bahan B

1 ulas bawang besar hiris
3 ulas bawang putih hiris
2 inci halia muda hiris
2 sudu teh serbuk kunyit

Bahan C

2 sudu teh cuka
1 cawan air asam jawa
2 cawan air
1 sudu teh lada putih
minyak masak
cili padi hiris
1 labu bawang besar hiris
garam dan perasa

cara-caranya:
Ikan tenggiri perlu dipupuk garam dan serbuk kunyit kemudian digoreng.
Gaul bahan B dan tumis hingga naik bau. Masuk pula bahan C, last sekali masuk ikan yang sudah siap digoreng.

Ooo begitu.....
Tekun saya meneliti apa yang tertera dalam buku masakan tersebut.
Gitu rupanya resepi asal kuah Szechuan ini.
Anak saya panggil, kuah C i n c u a n .
Jangan main-main.
Itu kuah peberet dia.
Sebab layankan tekak dialah maka saya harus avoid bahan-bahan yang pedas.
 Maka resepi yang nampak a bit complicated dan banyak bahan ini, sebaik jatuh ketangan saya, tinggal 3 bahan sahaja.
Bawang....halia....air asam.....
Mudah sungguh!
 Kakak yang darjah 5 itu pun boleh masak untuk adiknya.

Adik hendak kuah apa?
Cincuan.
Tidakkah mudah jadinya hidup saya?
Tapi kena juga tambah menu pedas bila si ayah ada.

Beberapa hari lepas.
Si abang lama bercuti, baru selesai PT3.
Menu hari itu pun simple-simple.
Cincuan lah, apalagi.
Dia buat muka blur.
Bilamasa tekak dia sudah ikut ayahnya?
5 minit suasana senyap didapur. Tengah makanlah tu....
Terdengar penutup periuk nasi dibuka. Ada orang tambah nasi....

" Sedaplah bu, makan cincuan kena dengan sambal belacan mangga...pergh..!."
Ha baru kau tahu.
Dak ibu tersenyum bahagia.


Ini yang buat dia berselera, penyelamat.



Sekian.
Ibu tidak ingat makan, busy dengan blogging therapy


Monday 16 November 2015

ENTRI 154 : SEKOLAH LAMA.

Dengan lafaz Bismillah bicaraku bermula....



Bagai bermimpi dapat kesana semula selepas 28 tahun!
Hari ini tanggal 16 November 2015.
Seperti hari pertama menjejakkan kaki dulu.
Saya round sepuasnya..
Lantaklah mata-mata yang memandang.
Saya cuma mahu hayati jejak kenangan.

Ah lainnya......
...sini sudah lain.
...sana pun sudah lain.
 

Rindu corridor ini.
5 tahun lamanya saya pergi balik pergi balik dari dorm ke kawasan akademik.
Dari zaman  hingusan tudung senget sampai jadi anak dara sunti.
Disinilah.
Dinding hijau dulunya bilik pengetua. 
Sekarang tidak tahu pengetua dihantar kemana.


Girls dorm!, rindunya (sudah bertukar jadi dorm budak lelaki rupanya)
Budak perempuan duduk dorm baru .
Teringat time time tidak ada air, angkut baldi ramai-ramai dan tunggu turn tadah air dari tangki hujung tu.... 
Building oren, kedai dobi.
Dululah.
Disitu, orang dari kedai dobi datang hantar laundry budak-budak pemalas hendak basuh-membasuh.
Saya tidak main la dobi-dobi ini .
Selalunya girls hantar cadar sahaja, baju cuci sendiri.


Wui wui lawanya.
Cantik sungguh sekarang.
 Dulu ringkas saja sebab sekolah baru siap.
Laluan corridor membawa terus ke dorm budak lelaki (dululah). 
Ada 2 buildings for girls and the same goes to the boys.
Tidak sangka area ini sudah jadi kawasan asrama student lelaki sahaja.


 Kemas dan nampak ada anisiatif.


Dewan makan yang buatku selalu kenyang!
Teringat weekends-petang-petang saya and friends pergi belakang dewan makan, kecek kuih belen-belen.
Dapat satu bakul kuih karipap!
Hari-hari tapau air bawak balik hostel.
Saya mengaku- kedatangan penuh.
Tidak pernah ponteng makan.
Semua menu sedap.


Kemas saja kan, nampak sangat terjaga.
Rupanya baru lepas dicat baru.


Maintenance tip-top!
Ada 2 pekerja tengah sibuk bergosip bawah pondok tu terjeling-jeling kearah saya, heran agaknya- wartawan manalah buat liputan, sibuk betul ambil gambar.
(Dorm saya- Sri Kayangan)
 Tidak nampakkah sign ' pelawat tidak dibenarkan berada dikawasan asrama '?


Dulu saya main netball tau kat court itu. Wing attack bagi rumah Laksamana (hijau ).
Tapi sekarang, convert jadi gelanggang apa agaknya?
Boys tidak main bolajaring kan?


Sejuknya mata memandang.


Dari jalan masuk, vespa abah saya akan naik terus sampai parking area depan dewan makan itu. 
Dulu-dulu building paling kiri (bangunan koperasi) belum ada lagi, jadi kawasan parking untuk parents memang luas.
 Abahku akan bawa sebiji epal, sebiji limau, sebiji lai dan sebungkus biskut lemak. Ataupun sebungkus kuih putu piring ataupun sebungkus kuih telinga keling. Itu sahaja jajan untukku selama 5 tahun.
Abah memang lawak!


Ada dewan baru.
 Dulu area ini adalah kawasan padang. 
Saya berlari beberapa round masa acara sukan sekolah, sebab awal-awal sudah pecut,  third round terus pancit.
Begitulah bila short distance sprinter kena masuk long distance.
Sungguh memalukan!


Ini bangunan pentadbiran baru. 
Dulu kawasan lapang saja.


Classrooms! Bumbung sudah tukar lain.
Kelas satu-satu dan berangkai, kawasan akademik sangat luas.
Senaman kaki kaw-kaw...


Kelasku 4 Beta.
(sekarang nama kelas mungkin sudah lain)
Oh sudah berwarna-warna didalamnya. Dulu grill pun tidak ada.
Saya paling rajin sapu kelas tau, walaupon tidak bertugas.
 Saya akan datang awal dan sapu time tidak ada orang.


Corridoor penghubung kelas.

Sempat suami berbual lama dengan seorang staff, perihal hal dalaman sekolah.
Saya ini menelinga saja, tidaklah beritahu saya ex-student. 
Ceritanya walaupun budak-budak ini pandai tetapi ada juga yang berperangai tidak pandai. 
Tahun lepas anak lawyer pun kena tendang. 
You all ingat lawyer itu bisu? habis dicecehkan pihak pentadbir.
Sebab tidak percaya anak buat perangai.
Akhirnya terduduk juga bila membaca surat akuan kesalahan yang ditulis sendiri oleh anak. 
Anaknya itu trial straight A's! 
Menggeleng kami mendengarnya.

Saya tengok staff itu macam drebar van. Tapi suami kata bukan.
Dia yang akan hantar budak-budak yang kena buang sekolah.
 Ada satu kes, kepala- anak orang kaya.
Tukang buat- anak orang miskin. 
Kesian masuk area kampung budak itu punyalah pendalaman, keadaan rumah lagilah kesian.
Salah pilih kawan.
Kami menggeleng lagi.

Anak staff ini pandai juga.
Masuk sekolah baik juga. Itu pun dia naik KL jumpa orang atas.
 Pandai dia cari kabel!
Katanya anak pengetua sekolah yang asal dari kampung depan pun tidak lepas.
Anak pengetua pun tidak dapat!
...ulangnya bernada riak.
Pengetua itu patut pergi panjat katanya.
Ewah bang!
Sori ya, kalau anak kami tidak dapat pun kami tidakkan panjat-memanjat.
Kami tidakkan cari kabel.
Kami anggap itu bukan rezeki kami.
That's all !
Dunia memang macam-macam!
Sudahlah abang staff, kalau ada rezeki kita jumpa lagi.
Kami sudah letih menggeleng.


Sayonara sekolahku .
Jasamu tidakkan kulupa.

Sekian.


Saturday 14 November 2015

ENTRI 153 : HIAS RED VELVET.

Dengan lafaz Bismillah bicaraku bermula...


Saya dengan ini berjanji akan membuat semula dengan hati yang tulus lagi ikhlas.
Dengan jiwa yang lebih tenang.
Tidak mahu macam haritu, merungut-rungut.
Mulut kasi shut up.

Ok senyum.

Redo red velvet.

Saya juga berjanji tidak akan derhaka resepi lagi.
Ikut betul-betul supaya kek terus jadi.
Sukatan semua ikut arahan.

Kalau mahu kek naik cantik tinggi, cuba guna periuk kak,
......seorang jiran meracun.
Ya eh?


Periuk berdiameter 7 inci ini memang sesuai, tapi sebab tebalnya bertambah jadi saya kenalah tambah masa masak-(1 jam 15 minit!)

Ibu tidakkan buat topping selagi belum terbukti kek menjadi.

Ok buat topping.


Serpih-serpih jangan dibuang, kumpul dan hancurkan.

Belah kek kepada 2.


Saya sebetulnya kurang pengalaman bab deko.
Tapi suka.
Suka sangat!
Cream cheese frosting cukup-cukup salut nipis saja. Kalau mahu lagi dahsyat, kenalah buat 2 adunan.
Kita kan berjimat cermat.


Hentam saja.
Kek menjadi pon sudah bersyukur.


Sekian.
Esok kita raikan birthday kakak di asrama.




ENTRI 152 : RESEPI KEK COKLAT 2

Dengan lafaz Bismillah bicaraku bermula...


Asyik main kuali dan periuk belanga sedari celik mata hingga malam melabuh tirai.
Sudah mulai bosan dengan rutin hidupku sendiri?
...hai entah lah!

Nak red velvet,
...nak kek red velvet....
Budak asrama itu mahu juga kek red velvet sempena hari lahirnya yang ke 14. 
Dia mana pernah ambik pusing mak nya ada mood ke tidak.
Apaknya ada duit belen-belen ke tidak.
...yang dia memekak dalam telefon pecah gegendang telinga maknya...nak red v e l v e e e e t..!
Geram ok?

Maka mak yang makin tua ini gagahkan diri, turunkan oven yang lama terperuk berhabuk atas rak rotan sambil mulut non stop membebeling.....
Sehari dua dunia rasa hendak terbalik. Penat kepala berdenyut memikir macam-macam kecelaruan hidup.
4 helai jubah perlu disiapkan segera sebelum barang-barang hantaran dari dua bakal pengantin menerjah tiba.
Sedang syok menjahit, benang jahit tepi pula habis.
2 papan butang ketap yang sudah lama dibeli tinggal papan saja, butangnya tiada.
Kelaut.
Eh kalut.

Mana hendak hadap red velvet lagi....
Tapi buat jugalah.
Kesiankan.
Entah apa jonahnya, kek meragam pula.
Ai apa benda aku buat ini...

Anak-anak, jom ketawa beramai-ramai.
Buang stress..


Oven masih disitu.
Takkan kubiar dia kesepian.

Jom kita buat kek coklat pula.
Eggless.


RESEPI KEK COKLAT TANPA TELUR 

2 cawan tepung gandum
2 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat
3/4 cawan serbuk koko
4 sudu besar susu tepung
( ayak bahan kering )
2 1/2 cawan air sejuk ( dari peti ais )
2 cawan gula perang
1 sudu kecil esen vanilla
1/2 sudu kecil  coffee emulco / chocolate emulco
secubit garam
1 cawan minyak sayur/ jagung/ mentega cair
1 sudu kecil cuka / jus lemon

Mula-mula panaskan oven 160 c selama 20 minit, sediakan loyang, gris dengan mentega dan alas dengan kertas baking.

Ayak bahan kering.


Selain bahan ayak kita juga perlukan brown sugar, susu tepung, garam, minyak.
 Saya guna cuka makan.


Cara membuat sangat mudah, tidak perlu mixer, gaul bahan ayak + brown sugar + susu tepung + garam.
Bila sudah rata, masukkan air sejuk,  minyak jagung,  esen vanilla, coffee emulco dan akhir sekali, cuka makan. Sebatikan guna whisk.


Tuang batter/adunan kedalam loyang, masuk oven. 
Bakar selama 40-50 minit.
Oven ini pon sudah biol macam tuannya.
Bila sudah masak- test dengan cucukkan lidi/ pencungkil gigi, bila kering maknanya dah masaklah tu. Sejukkan atas redai.
Kek naik cantik cuma permukaan nampak oily.


Kek moist dan texture agak berat.
Rasa- not bad. Boleh tahan + boleh telan.

Ibu bagi C+

Esoknya.
Jom kita buat kek coklat lain.
Mood membaking sudah menggila.

Tu sebab saya tak suka keluarkan oven.
Semangat jadi lain.
Saya sendiri pun tak faham.

Resepi ini isteri sepupu saya yang bagi. Katanya kek tidak muak.

RESEPI KEK COKLAT TAK MUAK.

1/2 cawan serbuk koko van houten.
1 1/2 cawan gula halus
1 1/2 cawan marjerin
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan susu segar
4 biji telur
1 sudu kecil serbuk penaik
1 penutup esen vanilla

Marjerin sudah tinggal separuh.
Susu segar pun tidak ada.
 Macamana ini?
Ah kita jalan terus.
Bukan tidak biasa.

Seperti biasa panaskan oven dulu pada suhu 180c selama 20 minit.


Saya guna butter. 
1 1/2 cawan banyak juga, kalau convert into matrik, bermakna 375 gm.
Mak aii patutlah sedap.
Ah pejam mata.
Utamakan tekak
.
Saya guna serbuk koko van houten sekotak RM 8 plus plus. 
Selalu saya bantai serbuk koko peket murah  tapi kali ini sebab mahu yang sedap, sanggup saja.
Saya ganti susu segar dengan susu 3 sudu besar susu tepung bancuh dengan 1/2 cawan air suam.


Mula mix marjerin /mentega dengan gula castor hingga kembang- putih sedikit anggaran 5 minit. Sesekali kaup keliling dengan wiper (pada minit ke 3) dan sambung pukul. Masuk telur sebiji dulu, pukul 1/2 minit baru masuk yang kedua-habiskan. Perlahankan speed, masuk 1/3 tepung.
Bila sudah sebati masukkan 1/3  susu segar. Buat hingga habis.


Batter agak pekat, tuang dalam loyang. 
Hentak-hentak loyang.
Bakar selama 45 minit.
Bila sudah masak, lalukan pisau disekeliling kek dan letak redai atas loyang yang masih panas, terbalikkan dan biarkan kek menyejuk.

Bu tak buat topping..
...tak sedap makan tak ada topping....kata sikecik.
Wah dia makin pandai.
Sebab kek jadi, kita buat sajalah.

Saya guna resepi simple tapi marvellous.
   7 sudu susu pekat
   1/4 serbuk koko van houten
   2 sudu butter / marjerin
   2 sudu susu segar
Kalau guna serbuk koko peket yang murah, tambah 1/2 sudu teh nescafe, baru ada kick.
Saya tiada stok susu segar jadi saya guna air panas dan increase sikit susu pekat.


Gaul rata-rata supaya serbuk koko tidak berketul, bila sudah licin baru panaskan dengan api slow. Kacau sentiasa, cukup ia nampak likat berkilat. Rasa dulu untuk adjust mana yang patut.


Untuk elak perbalahan, saya potong kecil, tuang sedikit ganache dan bahagi sama rata.
Sedap kan?





Sedap betullah.
Tidak muak.


Next time kalau mahu buat chocolate cake, saya akan stick to this recipe.
Terbaik.


Sekian.