Saturday 14 November 2015

ENTRI 152 : RESEPI KEK COKLAT 2

Dengan lafaz Bismillah bicaraku bermula...


Asyik main kuali dan periuk belanga sedari celik mata hingga malam melabuh tirai.
Sudah mulai bosan dengan rutin hidupku sendiri?
...hai entah lah!

Nak red velvet,
...nak kek red velvet....
Budak asrama itu mahu juga kek red velvet sempena hari lahirnya yang ke 14. 
Dia mana pernah ambik pusing mak nya ada mood ke tidak.
Apaknya ada duit belen-belen ke tidak.
...yang dia memekak dalam telefon pecah gegendang telinga maknya...nak red v e l v e e e e t..!
Geram ok?

Maka mak yang makin tua ini gagahkan diri, turunkan oven yang lama terperuk berhabuk atas rak rotan sambil mulut non stop membebeling.....
Sehari dua dunia rasa hendak terbalik. Penat kepala berdenyut memikir macam-macam kecelaruan hidup.
4 helai jubah perlu disiapkan segera sebelum barang-barang hantaran dari dua bakal pengantin menerjah tiba.
Sedang syok menjahit, benang jahit tepi pula habis.
2 papan butang ketap yang sudah lama dibeli tinggal papan saja, butangnya tiada.
Kelaut.
Eh kalut.

Mana hendak hadap red velvet lagi....
Tapi buat jugalah.
Kesiankan.
Entah apa jonahnya, kek meragam pula.
Ai apa benda aku buat ini...

Anak-anak, jom ketawa beramai-ramai.
Buang stress..


Oven masih disitu.
Takkan kubiar dia kesepian.

Jom kita buat kek coklat pula.
Eggless.


RESEPI KEK COKLAT TANPA TELUR 

2 cawan tepung gandum
2 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat
3/4 cawan serbuk koko
4 sudu besar susu tepung
( ayak bahan kering )
2 1/2 cawan air sejuk ( dari peti ais )
2 cawan gula perang
1 sudu kecil esen vanilla
1/2 sudu kecil  coffee emulco / chocolate emulco
secubit garam
1 cawan minyak sayur/ jagung/ mentega cair
1 sudu kecil cuka / jus lemon

Mula-mula panaskan oven 160 c selama 20 minit, sediakan loyang, gris dengan mentega dan alas dengan kertas baking.

Ayak bahan kering.


Selain bahan ayak kita juga perlukan brown sugar, susu tepung, garam, minyak.
 Saya guna cuka makan.


Cara membuat sangat mudah, tidak perlu mixer, gaul bahan ayak + brown sugar + susu tepung + garam.
Bila sudah rata, masukkan air sejuk,  minyak jagung,  esen vanilla, coffee emulco dan akhir sekali, cuka makan. Sebatikan guna whisk.


Tuang batter/adunan kedalam loyang, masuk oven. 
Bakar selama 40-50 minit.
Oven ini pon sudah biol macam tuannya.
Bila sudah masak- test dengan cucukkan lidi/ pencungkil gigi, bila kering maknanya dah masaklah tu. Sejukkan atas redai.
Kek naik cantik cuma permukaan nampak oily.


Kek moist dan texture agak berat.
Rasa- not bad. Boleh tahan + boleh telan.

Ibu bagi C+

Esoknya.
Jom kita buat kek coklat lain.
Mood membaking sudah menggila.

Tu sebab saya tak suka keluarkan oven.
Semangat jadi lain.
Saya sendiri pun tak faham.

Resepi ini isteri sepupu saya yang bagi. Katanya kek tidak muak.

RESEPI KEK COKLAT TAK MUAK.

1/2 cawan serbuk koko van houten.
1 1/2 cawan gula halus
1 1/2 cawan marjerin
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan susu segar
4 biji telur
1 sudu kecil serbuk penaik
1 penutup esen vanilla

Marjerin sudah tinggal separuh.
Susu segar pun tidak ada.
 Macamana ini?
Ah kita jalan terus.
Bukan tidak biasa.

Seperti biasa panaskan oven dulu pada suhu 180c selama 20 minit.


Saya guna butter. 
1 1/2 cawan banyak juga, kalau convert into matrik, bermakna 375 gm.
Mak aii patutlah sedap.
Ah pejam mata.
Utamakan tekak
.
Saya guna serbuk koko van houten sekotak RM 8 plus plus. 
Selalu saya bantai serbuk koko peket murah  tapi kali ini sebab mahu yang sedap, sanggup saja.
Saya ganti susu segar dengan susu 3 sudu besar susu tepung bancuh dengan 1/2 cawan air suam.


Mula mix marjerin /mentega dengan gula castor hingga kembang- putih sedikit anggaran 5 minit. Sesekali kaup keliling dengan wiper (pada minit ke 3) dan sambung pukul. Masuk telur sebiji dulu, pukul 1/2 minit baru masuk yang kedua-habiskan. Perlahankan speed, masuk 1/3 tepung.
Bila sudah sebati masukkan 1/3  susu segar. Buat hingga habis.


Batter agak pekat, tuang dalam loyang. 
Hentak-hentak loyang.
Bakar selama 45 minit.
Bila sudah masak, lalukan pisau disekeliling kek dan letak redai atas loyang yang masih panas, terbalikkan dan biarkan kek menyejuk.

Bu tak buat topping..
...tak sedap makan tak ada topping....kata sikecik.
Wah dia makin pandai.
Sebab kek jadi, kita buat sajalah.

Saya guna resepi simple tapi marvellous.
   7 sudu susu pekat
   1/4 serbuk koko van houten
   2 sudu butter / marjerin
   2 sudu susu segar
Kalau guna serbuk koko peket yang murah, tambah 1/2 sudu teh nescafe, baru ada kick.
Saya tiada stok susu segar jadi saya guna air panas dan increase sikit susu pekat.


Gaul rata-rata supaya serbuk koko tidak berketul, bila sudah licin baru panaskan dengan api slow. Kacau sentiasa, cukup ia nampak likat berkilat. Rasa dulu untuk adjust mana yang patut.


Untuk elak perbalahan, saya potong kecil, tuang sedikit ganache dan bahagi sama rata.
Sedap kan?





Sedap betullah.
Tidak muak.


Next time kalau mahu buat chocolate cake, saya akan stick to this recipe.
Terbaik.


Sekian.



No comments:

Post a Comment