Tuesday 17 November 2015

ENTRI 155 : KUAH SZECHUAN.

Dengan lafaz Bismillah bicaraku bermula....


Bahan A

5 ketul ikan tenggiri
Serbuk kunyit
Garam halus

Bahan B

1 ulas bawang besar hiris
3 ulas bawang putih hiris
2 inci halia muda hiris
2 sudu teh serbuk kunyit

Bahan C

2 sudu teh cuka
1 cawan air asam jawa
2 cawan air
1 sudu teh lada putih
minyak masak
cili padi hiris
1 labu bawang besar hiris
garam dan perasa

cara-caranya:
Ikan tenggiri perlu dipupuk garam dan serbuk kunyit kemudian digoreng.
Gaul bahan B dan tumis hingga naik bau. Masuk pula bahan C, last sekali masuk ikan yang sudah siap digoreng.

Ooo begitu.....
Tekun saya meneliti apa yang tertera dalam buku masakan tersebut.
Gitu rupanya resepi asal kuah Szechuan ini.
Anak saya panggil, kuah C i n c u a n .
Jangan main-main.
Itu kuah peberet dia.
Sebab layankan tekak dialah maka saya harus avoid bahan-bahan yang pedas.
 Maka resepi yang nampak a bit complicated dan banyak bahan ini, sebaik jatuh ketangan saya, tinggal 3 bahan sahaja.
Bawang....halia....air asam.....
Mudah sungguh!
 Kakak yang darjah 5 itu pun boleh masak untuk adiknya.

Adik hendak kuah apa?
Cincuan.
Tidakkah mudah jadinya hidup saya?
Tapi kena juga tambah menu pedas bila si ayah ada.

Beberapa hari lepas.
Si abang lama bercuti, baru selesai PT3.
Menu hari itu pun simple-simple.
Cincuan lah, apalagi.
Dia buat muka blur.
Bilamasa tekak dia sudah ikut ayahnya?
5 minit suasana senyap didapur. Tengah makanlah tu....
Terdengar penutup periuk nasi dibuka. Ada orang tambah nasi....

" Sedaplah bu, makan cincuan kena dengan sambal belacan mangga...pergh..!."
Ha baru kau tahu.
Dak ibu tersenyum bahagia.


Ini yang buat dia berselera, penyelamat.



Sekian.
Ibu tidak ingat makan, busy dengan blogging therapy


No comments:

Post a Comment