Wednesday 25 June 2014

ENTRI 56 : COCKTAIL AL MUBARAK.



Pengisian : Orang yang berpuasa itu ada dua kegembiraan. Yang pertama saat dia berbuka puasa dan yang kedua, saat dia bertemu Tuhannya.


Jun 2014.
Ramadhan datang lagi. Datangnya kali ini sedikit berbeza memandangkan perubahan cuaca yang amat ketara. Cuaca terik menambah dugaan, mengundang juga serba sedikit masalah kesihatan. Yang paling merisaukan, sudah tentu anak-anak sepanjang persekolahan mereka di bulan ini nanti.

Sikecil yang berusia 6 tahun itu akan mula berpuasa penuh. Mampukah dia?
Jangan berdrama pula. 
Dia pula memang tidak biasa berlapar. Perutnya sentiasa minta diisi. Makannya selalu saja bertambah. Namun sebagai ibu, saya mesti kuat. Tidak kiralah sekiranya dia curi-curi makan atau minum, boleh saja dipertimbangkan. Yang paling penting, puasa mesti cukup!
 Itu bukan azam dia, tapi azam saya!

Suka kurma?
Kurma penuh dengan khasiat.
Ia bagaikan nikmat dan rahmat dari Tuhan.

Saya suka buat koktel ini. Selain sangat mudah dan sedap, sudah tentu ia penuh dengan nutrisi yang diperlukan badan. Saya buat dalam kuantiti sedikit. Kalau hendak buat banyak,gandakan sahaja.


Saya gunakan 7 ulas kurma yang telah dibuang biji, susu pekat manis dan pati sirap..


 2 sudu susu pekat manis dan setengah sudu besar pati sirap ros. Pati sirap ini tawar.


Blend semua bahan bersama 3 cawan air masak, itu sahaja. 
 Biarkan lebih dari dua jam dalam petiais ( blend biar sampai halus kurmanya).
(untuk hasil yang lebih halus, rendam dahulu kurma seawal pagi)


Kena minum sejuk-sejuk, baru heaven!   
Serius sangat sedap.


Boleh juga kalau nak gunakan sirap kordial yang sudah sedia manis,tapi  gunalah susu cair. 
Pun sedap.


Sekian.

Friday 20 June 2014

ENTRI 55 : RESEPI DONAT.

Pengisian : Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia boleh pecah.

Bismillah....


Jujur saya kurang pandai guna yis.
Beberapa kali terjadi yis tidak aktif. Tidak membuak.
Mungkin salah suhu.

Tapi memang tergoda betul bila tengok donat yang gebu-gebu mak ai.
Kita cuba saja lah.

RESEPI DONAT.
( uli tangan )

250 gm tepung gandum
1/2 sudu kecil bread improver
1/2 sudu kecil garam halus
1 sudu kecil susu pekat/ susu tepung
1 biji telur gred A atau B
50 gm marjerin
( satukan semua bahan diatas )

105 ml air suam
50 gm gula pasir
1/2 paket yis mauripan.


  Tepung gandum 250 gram.


Bahan lain adalah garam halus,susu pekat, telur dan marjerin. Satu sahaja bahan yang saya tiada iaitu bread improver, tapi saya jalan terus.


   Yis, air suam dan gula.


  Satukan bahan-bahan kecuali yis.


Larutkan gula pasir kedalam air suam. Bila agak larut, masukkan yis. Kacau-kacau dan biarkan dalam masa 10 minit. 
Selepas itu, tuang kedalam bahan-bahan lain tadi. Adunan agak lembik.


Keluarkan kedalam dulang. Stand by sedikit tepung gandum dan tabur-tabur untuk memudahkan proses menguli. Tabur sedikit-sedikit dan uli-  hingga dapat keanjalan yang sepatutnya. 
Uli dalam masa 10 minit.


Tutup dengan tuala bersih. Biarkan selama 1 jam. 
Gambar yang dibawah menunjukkan setelah 1 jam- doh sudah pun mengembang. 
Sukahati betul.
Jadi!


Uli lagi untuk keluarkan angin. Doh akan mengecil semula. Cubit sejemput dan bentukkan bebola yang sama saiz. Ia akan mengembang lagi. Untuk adunan ini kita akan dapat lebih kurang 24 bebola. Tutup dengan tuala bersih sekali lagi -perap selama 1/2 jam.


1/2 jam kemudian, semakin kembang dan sangat lembut. 
Buatkan lubang ditengah dengan jari sahaja.


Biarkan sebentar. 


Makin lama dibiarkan, ia makin menggebu. Hati-hati angkat kerana ia sangat lembut dan bentuknya mudah mejadi herot.


Goreng dalam minyak yang banyak dengan api sederhana. Bila dah nampak bahagian bawahnya  brown baru terbalikkan. Goreng hingga brown. Toskan, letak atas tisu serap minyak.

Hiaskan.


Pagi lagi saya sudah siapkan chocolate ganache (sebab saya sangat suka donat bersalut coklat ).
Ada pula sedikit stok coklat putih.


  Buatlah design macamana pon.


Serlahkan kreativiti.


 Donat cara lama.
                                                     

Hias cara moden.



     

                         


 Lebih sedap sejurus digoreng sementara kulit luarnya masih garing.


Good job!
Memang puas hati dapat buat dan makan donat air tangan sendiri.



Sekian.


Thursday 19 June 2014

ENTRI 54: KEK KARAMEL.

Pengisian : Sabar, sabar dan sabar. Kerana bukankah sabar itu separuh dari iman.

Bismillah....


Kek Karamel.
Saya sangat suka akan rupanya. Sebab itulah mahu sangat mencuba. Ditambah lagi dengan gambaran  bloggers  bahawa ia adalah raja bagi segala kek.  
Raja kek! 

Saya bernasib baik kerana follow satu blog yang bagus. Percubaan pertama terus saja menjadi walaupun pemilik blog sendiri sudah kantoi 7 kali!
 Semak resepi. 
Nampak macam complicated
Ikut saja arahan.


RESEPI KEK KARAMEL.

Bahagian 1
2 sudu besar gula pasir- tabur dalam loyang 8 inci dan letak atas dapur. Masak dengan api perlahan sehingga semua gula mencair dan mula menjadi karamel. Senget-sengetkan loyang untuk meratakan gula. Ketepikan.

Bahagian 2
Sediakan bahan untuk karamel :

1/2 tin susu cair
70 gm gula castor
( kacau bersama keduanya )
1/2 sudu teh esen vanilla
3 biji kuning telur
( kacau perlahan keduanya)
Satukan semua bahan dan tapis. Tuang kedalam loyang berisi gula hangus yang sudah pun keras tadi.

Bahagian 3

6 biji putih telur
70 gm gula castor
1 sudu teh cream of tar-tar
( buat meringue- mula-mula pukul putih telur sahaja dengan low speed selama 15 saat, masuk bahan lain dan mula putar dengan high speed sehingga gebu dan mencapai stiff peak ( bertanduk) lebih kurang 2-3 minit.

Bahagian 4
Adunan untuk buat kek-selain meringue diatas.

140 gm tepung gandum
1 sudu teh baking powder
( ayak bersama)
70 gm gula castor
3 biji kuning telur
135 ml air
45 ml minyak masak

Cara : Pukul kuning telur,minyak dan air dengan speed laju hingga gebu dan putih. Masuk gula castor dan putar lagi hingga naik sekali ganda. Matikan mixer. Masukkan tepung secara kaup balik dengan sudip.

Akhir sekali- masukkan 1/3 daripada meringue kedalam adunan tepung. Kaup balikkan dan ulang hingga habis. Bahagikan kepada 3 atau 4 bahagian. Warnakan dan buat corak- lihat caranya dalam gambar dibawah. Jangan lupa panaskan oven sebelum itu pada suhu 170c ( api atas bawah ). Sebaik loyang dimasukkan terus tukar ke suhu 160c dan guna api bawah sahaja. Kita gunakan teknik steambath. Maknanya sebelum masuk loyang, kita kena masukkan dulu air panas mendidih kedalam loyang lain didalam oven. Ia seperti bakar dalam masa yang sama kukus juga. Bakar selama 1 jam.
Faham?
Ikut  step by step dibawah.

Ada 2 perkara yang kena buat dahulu.
1- panaskan oven 170c selama 15 minit (api atas bawah)
2- panaskan air dalam cerek.


Ini adalah cara handle gula. Kalau agak leceh nak ratakan, guna saja belakang sudu (guna sudu hanya selepas ia jadi karamel.) Ia tak mungkin dapat rata pada semua permukaan loyang. Asalkan ia merebak kesemua sudut sudah kira okey.


Jumlah telur yang digunakan untuk kek ini adalah 6 biji. Untuk buat meringue kita perlukan 6 biji putih sahaja dan 3 butir kuning telur untuk buat karamel dan yang 3 butir lagi untuk adunan kek.


Bahan untuk karamel : susu cair digaul dulu dengan gula manakala esen vanilla pula gaul pada kuning telur.


Gula yang sudah dihanguskan, dengan cepat menjadi keras. 
Sementara itu campurkan susu cair/gula dengan telur kuning/ esen vanilla. Gaul dan tapis terus kedalam loyang berisi gula hangus tadi. Biarkan. 
Seterusnya buat meringue pula.


Putar telur putih dengan slow speed selama 15 saat ( sehingga berbuih ) dan tambah gula bersama cream of tar-tar. Lajukan speed sehingga menjadi gebu dan kental. Pastikan sebelum memutar, semua peralatan benar-benar kering dan tiada benda asing dalam bowl.


 Sukanya tengok meringue ini, gebu-putih-bersih.


Kita buat batter untuk kek pula. Putar kuning telur, minyak dan air dahulu sehingga gebu dengan speed yang laju. 


Masukkan gula dan putar lagi dengan speed yang sama sehingga ia mengembang. Matikan mixer. Masukkan 1/3 tepung yang sudah pun diayak. Kaup balik dengan konsistan. Gunakan sudip kayu ataupun spatula. Masuk lagi separuh tepung. Kaup balik dan habiskan.


Masukkan 1/3 meringue dan kaup balikkan juga. Habiskan.


  Bahagikan sama banyak dengan menggunakan mangkuk yang sama besar. 
Warnakan ikut kegemaran.


Mula-mula letak 3 sudu penuh warna pilihan. Control-sebab kita letakkan batter atas cairan karamel. Tambah 3 sudu lagi keatas warna pertama tadi. Cuba adjust smartly. Cuba bentuk bulatan.


  Cantikkan?


Buka oven. Tuang air mendidih dalam cerek yang kita masak tadi kedalam dulang pembakar warna hitam itu, jangan sikit sangat, jangan banyak sangat sebab kita akan masukkan loyang. 
Tukar suhu ke 160c dan tukar mode- api bawah sahaja.
Masukkan loyang. Masak selama 1 jam.
(atau boleh saja loyang diatas diletak dalam loyang lain yang saiz lebih besar-masuk air panas)


  Jangan panik tengok oven sedikit berasap. Ini adalah tenik ' steambath '


Sebaik 1 jam, buka sedikit pintu oven. Jangan keluarkan kek dulu. Biarkan ia menyejuk dalam oven lebih kurang 10 minit sehingga kek merenggang.


 Sudah renggang.


Terbalikkan. Lap dengan tisu cepat-cepat jika ada sedikit air pada permukaan karamel. Itu adalah biasa.



                                        
  Kek sangat ringan dan lembut.




Best betul experiance buat kek kali ini.
Ia ada karamel, kenalah simpan dalam peti ais untuk dimakan sejuk.


Sekian.