Friday 25 July 2014

ENTRI 68 : RAYA COOKIES - mama carrie

Pengisian : Keikhlasan mempunyai kilauan dan sinar meskipun ribuan mata tidak dapat melihatnya



Bismillah....


Disuatu hari yang indah.
Kegagalan dulu bukan penghalang malah pembakar semangat.

RESEPI BISKUT MAMA CARRIE.

200 gm tepung gandum
60 gm tepung jagung
15 gm susu tepung
( ayak susu tepung kedalam kedua campuran tepung)

150 gm marjerin
50 gm gula icing
1/2 sudu teh esen vanilla

TOPPING- gula icing

1 biji telur putih
1 sudu besar tepung jagung
70 gm gula icing
sedikit esen vanilla
sedikit chocolate emulco untuk lorekan.

Panaskan oven pada suhu 170c selama 20 minit.


Tengok bahan-bahan tidak banyak pun, tapi hendak membuatnya, bukan main cerewet.


 Pukul marjerin, gula icing dan esen vanilla sehingga berkrim. Perlahankan speed, masukkan sedikit demi sedikit tepung. Bila mixer mula memberat, matikan dan uli pakai tangan.
Saya rehatkan doh selama 15 minit ( boleh rehatkan dalam peti ais).


Canaikan ikut ketebalan yang sesuai (jangan nipis sangat). Susun dalam dulang yang telah digris dengan sedikit marjerin. 
Bakar pada suhu 170c selama 20 minit atau sehingga biskut nampak mula brown.
Bila semua biskut habis dibakar- sejukkan ia. 


Buat toppingnya. Bahannya pun sangat simple -gula icing, tepung jagung, putih telur dan sedikit paste coklat atau pun chocolate emulco. Boleh letak setitik dua esen vanilla.


Putar putih telur dengan kelajuan tinggi. Pastikan bekas betul-betul kering dan tiada bendasing (seperti sisa kulit telur atau titisan air). Dalam masa 2-3 minit, ia mula menggebu. Sprinkle tepung jagung dan terus putar hingga sebati. Masuk pula sesudu gula icing. Terus pukul dengan high speed sehingga benar-benar sebati baru masuk sudu kedua. Buat sampai habis.


Ambil dua sudu besar icing yang sudah pekat dan kental itu dan campurkan dengan sedikit chocolate emulco. Gaul sebati dan masukkan kedalam piping bag.


Ambil biskut yang telah siap dibakar - sapu icing. Saya gunakan belakang sudu plastik yang kecil. Sapu rata-rata. Semasa masih basah, paipkan dua dot diatasnya. Saya gunakan jarum peniti yang bersih untuk menarik dari atas dot pertama terus kebawah melalui dot kedua. Icing akan mula mengeras perlahan-lahan. 
Bakar semula biskut ini hanya setelah icing sudah benar-benar kering pada suhu 150c sekejap selama 5 minit.


Lapisan icingnya putih, rata dan licin.




                                         

 Syukur jadi. Suka betul!

******
                                     
Saya buat satu lagi adunan. Kali ini saya gunakan acuan berbentuk love ( yang diatas bentuk butterfly) Bakar biskut dan kalau rasa tidak sempat nak letak icing, boleh simpan dahulu dan boleh sapu icing bila ada kelapangan masa.
 Saya buat terus.


                                       

Untuk toppingnya, saya letak pewarna. 
Lebihkan bancuhan warna merah (pink)- untuk topping.
 Dua lagi-untuk hiasan- warna asal dan warna hijau-masukkan kedalam piping bag.


  Sapu icing warna pink dahulu.


Biarkan icing mengeras pada suhu bilik. Permukaan akan bertukar dari basah kepada kering.


Bila dah kering, baru paipkan warna hijau.
Teringin buat strawberry lah pulak.
Biskut sepatut diletak esen strawberry menggantikan esen vanilla tapi saya tidak letak.


   Buat dot-dot baru nampak comel.


Jenuh juga.
Kena keringkan dahulu- daun hijau dan dot-dot putih, bermakna biskut ini amat mengambil masa.
  Jadi pembakaran kedua, tidak perlu terburu-buru panaskan oven.
 Bakar sekejap sahaja pada suhu 150c selama 5 minit.


 Nasib baik comel, rasa berbaloilah juga.


                                   

  

 Misi  berjaya.


Walaupun adakalanya macam hendak angkat bendera putih,
namun akhirnya diberi Tuhan pengakhiran yang sungguh indah.




Alhamdulillah.

Sekian.





Wednesday 16 July 2014

ENTRI 67: RAYA COOKIES : cerita mama carrie ku

Pengisian : Agama tidak pernah mengecewakan manusia tetapi manusia itu sendiri yang selalu mengecewakan agama.


Bismillah..


Trauma?
Oh tidak!
You alls salah orang.

Sejak dua tahun lalu saya masih mahu mencuba.
Kantoi, tak usahlah cakap. Dah banyak kali.

Entah.
Ada sebab sentimental. 
Berbelas tahun dulu, sebaik selesai bersahur, terus kami bertiga mengadap oven. Dulang yang berbagai saiz. Doh siap diuli oleh adik ipar. 
Tugas saya - menyapu gula icing serta membuat corak diatasnya.
Mana boleh lupa?
Sudahlah rasa biskut ini sentiasa dapat pujian tetamu yang datang.
Resepi disalin dari majalah itu sudah lama hilang,kata adik ipar. Aduh sayang sungguh!

******

Semua sudah saya google.
Mencari resepi yang hanya dibakar sekali. Yang guna serbuk vanilin.
Itulah resepi lama yang kami guna.
Tetapi tidak berjumpa. Banyak resepi baru.
Tahun dulu, icing melekit atas biskut bila siap dibakar.
 Saya cuba lagi. Icing jadi kuning pula. 

Adakah percubaan kali ini akan berjaya?

Kali ini saya jumpa resepi yang tidak perlu bakar dua kali. 
(saya anggap for experimental purpose only)
Jom kedunia ekperimen kuih raya saya..


Bahan yang diguna dalam mana-mana resepi biskut mama carrie sama saja.


  Bahan untuk membuat topping- gula icing, tepung jagung dan putih telur


  Pukul marjerin , gula icing, gula halus dan esen vanilla hingga sebati. Masukkan tepung sedikit-sedikit hingga bentuk doh.


Potong plastik bungkus makanan, buka dan masuk sedikit doh. Canaikan mengikut ketebalan yang sesuai. Terap ikut acuan pilihan.


Sediakan topping. Pukul putih telur dengan kelajuan tinggi hingga gebu. Masuk tepung jagung, pukul lagi dan masukkan gula icing sesudu demi sesudu -pukul laju hingga habis. Keluarkan sedikit dan letak sedikit coklat emulco- ini adalah untuk lorekan atas biskut.


  Saya gunakan sudu plastik kecil untuk menyapu icing. Pada mulanya saya gunakan pencungkil gigi untuk membuat titik dan lorekannya tapi agak payah- jadi cuba pula guna piping bag. More easier! Picitkan dot-dot dan tarik setiap dot dengan pencungkil gigi.
Pastikan coraknya kemas.


Sesudah keluar oven yang bersuhu 180c selama 20 minit- icingnya jadi kuning.


Ada juga tips : guna api bawah sahaja untuk elak toppingnya jadi kuning, Sibendul ini pun ikutlah.  
Tidak menjadi juga! Bahagian bawahnya cepat brown dan icingnya tetap tidak comel.
Satu lagi- sebaik sapu icing-terus buat lorekan, kerana icing yang terdedah lama akan mengeras. Proses melorek jadi sukar.

Akhirnya saya ngaku kalah.

Ok tukar plan B.
 
Saya akan guna  trendy methods.
Bakar dua kali. Mula-mula bakar biskut 170c selama 20 minit. Biar sejuk. Baru buat topping. Dan  topping ini akan mengeras pada suhu udara. Kita perlu bakar sekejap sahaja untuk mengekalkan warna putih icingnya pada suhu 150c selama 5 minit.

(ini juga bermakna kita boleh buat biskutnya dahulu dan buat toppingnya pada masa yang lain- terserah!)

Kita bakar biskut dulu.


  Bila masih basah, buat lorekan- baru indah coraknya.


   Mahu yang putih saja.


Kenapa pula tidak licin? berbonggol-bonggol?



 Belum capai piawaian.


Hihh kenapa siksa benor nak buat biskut ini....?

Overall saya rasa resepi ini agak manis dan kurang mencapai piawaian tekak saya.
Sebab itulah  saya tidak sertakan resepi kerana saya hanya akan memaparkan resepi yang terbagus sahaja.




Sekian.
Hidup mana boleh putus asa.
Kita try lagi esok?



ENTRI 66 : RAYA COOKIES: biskut lidah kucing

Pengisian : Kamu dapat mengenal lebih banyak tentang seseorang melalui adab dan pertanyaannya, bukan dari jawapannya.

Bismillah..


In trend.
Orang buat kita teringin juga.

Saya selalu singgah ke satu blog- resepi-resepinya kalau dicuba mudah pula untuk jadi.
Saya jumpa resepi kuih koci rebus dan apam gula halus dari blog itulah.
  Bila katanya biskut ini sedap dan lazat, saya pon tergugat juga.

Hendak buat jugalah.

RESEPI BISKUT LIDAH KUCING

250 gm mentega
175 gm gula castor
100 ml putih telur
200 gm tepung gandum
50 gm tepung jagung
1/4 sudu teh emplex.

Panaskan oven dulu- 150c selama 20 minit dan sapukan dulang pembakar dengan sedikit butter atau marjerin. Sebenarnya biskut ini ada acuannya, tetapi kerana blogger itu kata, buat atas dulang biasa kuih jadi lebih rangup- sebagai pengikut setia ku ikut saja.


Buttercup pilihan untuk jimat kos.


 Gula castor


 Tepung gandum tepung jagung dan emplex- sejenis perangup biskut.


 Kita perlukan juga 100 ml putih telur- saya dapatkan dari 4 biji telur.


  Ayak dulu bahan kering.


Pukul mentega dengan gula castor hingga berkrim. Tuang putih telur sedikit-sedikit dan putar sebati. Matikan mixer- gunakan spatula untuk sebatikan tepung, sedikit demi sedikit.


Nak juga buat coluring- 3 layer lagi....
Masukkan 1/3 adunan warna asal kedalam piping bag. Kemudian 1/3 lagi letak pewarna merah setitik dua. Yang selebihnya, letak lebih  pewarna merah. Gaul rata-rata. Masukkan kedalam piping bag.


Mula paip, control....control...
Masuk oven 10-15 minit pada suhu 150c. 
Haish kembang sangat tu.

Saya bakar 20 minit baru garing.


   Garing dan nipis.



 Besar sangat rasanya...
Nak buat comel-comel sikit.
( itu sebab perlukan acuan - supaya dapat saiz yang sama ).


    Barulah comel.

                                      
   Nipis yang amat, itu yang rangup.





Inovasi.
Biskut ini nipis sangat, tidak muai- jika disusun mendatar, nampak sedikit dalam balang kuih.


Cara susun dalam balang, rebahkan balang seperti diatas. Susun biskut secara menegak.  
Susun macam ini baru nampak penuh. 
Cukuplah pengalaman buat biskut ini,no more.


Sekian.
Hidup mesti colurful.