Tuesday 15 July 2014

ENTRI 63 : RAYA COOKIES- snow almond

Pengisian : Barangsiapa yang hari ini sama dengan kelmarin, tertipulah dia dan barangsiapa yang hari ini lebih jahat dari kelmarin maka terkutuklah dia.

Bismillah....

Projek kuih raya sudah bermula sejak minggu lalu. 
Buat kuih yang saya suka makan sahaja.
Biskut favourite seisi keluarga- Snow Almond.


RESEPI SNOW ALMOND.

Bahan A 

200 gm butter
100 gm gula castor
1 sudu besar shortening
1 sudu besar coffee emulco
1 biji kuning telur

Bahan B

230 gm tepung gandum
70 gm tepung ubi
50 gm nestum
40 gm badam kisar
1 sudu besar susu tepung atau coffeemate

Hiasan- Coklat masakan dan bread crumb putih ( serbuk roti)

Cara-caranya :


 Step yang pertama- panaskan oven pada suhu 175c selama 20 minit dan sapu loyang dengan sedikit butter atau marjerin.


Dua bahan -butter dan gula castor.


 Tepung gandum dan tepung ubi.


 Nestum.

                         
 1 sudu besar susu tepung


 Badam kisar yang diguna cuma 40 gram tapi kenapa ia pula yang dapat nama?


  Resepi guna sebutir kuning telur.
Sebab saya buat 2 adunan so saya guna 2 butir


 Sedikit coffee emulco dan sedikit shortening (lemak sayur)
Tiada shortening pon tidak mengapa.


Saya guna coklat masakan dari jenis Dark Compound-jenama Beryl's gourmet berharga Rm 13.50 dan  bread crumb dari jenis- Japanese bread crumb (white) berharga Rm 2.60 ( 250 gm). Boleh dapatkan dikedai peralatan membuat kek.


Putar butter, gula castor dan shortening (tidak perlu kembang, asalkan sebati)  
Kemudian masukkan coffee emulco dan kuning telur. Putar dengan kelajuan sederhana. 
Perlahankan speed,  masukkan sedikit demi sedikit tepung. 
(whisk kedua-dua tepung bersama susu tepung terlebih dahulu.)


Matikan mixer. Masukkan nestum yang sudah diwhisk bersama badam. 
Kaupbalik dengan sudip kayu.
Bentukkan doh.


Cara saya : gunting plastik bungkus lauk, buka dan masukkan sedikit doh. Tutup semula dan canaikan guna tangan saja.


Gunakan terap bentuk bulat sebab bentuk itu rasanya yang paling praktikal.
Kalau boleh biar saiz yang agak kecil- lebih kurang saiz 20 sen ( syiling lama ), sebab bila sudah disalut dengan coklat dan bread crumb nanti- saiznya akan jadi lebih besar. Susun dalam dulang dan masuk  oven. Bakar pada suhu 175c selama 20 minit.


Biskut yang baru dibakar sangat rangup, tetapi rapuh juga.


Boleh buat banyak-banyak. Kalau tiada masa hendak salut coklat, bolehlah simpan dahulu. 
Simpan dalam balang kedap udara.


Untuk salutkan biskut:  Cairkan coklat masakan secara double boiler ( panaskan sedikit air dalam kuali/ periuk. Masukkan coklat masakan kedalam satu periuk lain (saya guna periuk vision )- letak periuk berisi coklat kedalam kuali yang berisi air mendidih tadi )
Bila coklat sudah mula mencair, kacau-kacau- tutup api. Angkat periuk vision, bawalah duduk depan tv. Sediakan bekas untuk ditabur bread crumb.


Masuk biskut  kedalam coklat cair. Buat sedikit-sedikit. Gunakan garfu dan sudu bagi menapis lebihan coklat. Masukkan kedalam bekas berisi bread crumb. Salutkan dan susun kedalam loyang.
Masuk sebentar kedalam petisejuk dalam anggaran 10 minit untuk coklat mengeras.


Simpan dalam bekas kedap udara.


Sedap seperti selalu.

Kesedapan biskut ini bergantung juga pada jenis coklat masakan yang digunakan. Jika guna yang kurang berkualiti, memang kurang sedap.

*******

Tidak jadi kesalahan cuba sesuatu yang baru.



Deco untuk attract kanak-kanak.

Seronok sangat dapat buat kuih raya sendiri.


Sekian

" Bu, berapa hari lagi nak raya?"
" Bu,lagi berapa minit nak berbuka?"
Dua soalan yang setiap hari saya kena jawab. Soalan kedua itu, hampir setiap 10 minit bila hari menjelang petang.


No comments:

Post a Comment