Tuesday 15 July 2014

ENTRI 62 : REZEKI.

Pengisian : Pengumpul harta belum tentu memanafaatkannya...dan yang memanafaatkan harta belum tentu yang mengumpulnya.


Alhamdulillah hari ini 17 Ramadhan. 
Sekejap sungguh masa berlalu.

Saya pasti setiap orang akan memohon agar dimurahkan rezeki. 
Datangkanlah ia, turunkanlah ia, dari ceruk mana pun jua, dalam bentuk apa pun ia. 
Hatta hujan juga satu bentuk rezeki yang sangat patut kita syukuri.

Minggu lalu saya memesan suami membeli pisang. Makanan mestilah seimbangkan.
Petang itu dia pulang menjinjing seikat pisang berangan yang bahagian hadapan ada beberapa biji kelihatan masih menghijau tetapi  belakang ada yang sudah masak, ada yang 'benyek'....
Eh...syukur! 
Rezeki.
Bukan sahaja pisang, ada dibelinya langsat dan lychee.


 Pisang antibiotik semulajadi.


 Langsat punyalah sedap, bila sudah mula makan, susah pula hendak berhenti.


   Lychee manis-manis masam!


Azan  sudah bergema, Alhamdulillah...
Selamat sudah satu hari lagi. Sepinggan nasi sudah pun dihabiskan.
Air masuk gelas ke tiga. Perut memang sudah padat gila. Sesudah solat, duduk berbual diruang tamu, dibawah kipas yang yang berputar laju...
      
" Buah melambak-lambak tu bila nak makan....."
Semua senyap.
Kenyang nasi dan air menutup segala keinginan yang ada. 
Siang tadi memang sudah berkira-kira, aku kalau boleh nak telan semua buah-buah tu, sedap betul tidak sabar-sabar tunggu malam.
Tapi, itu tadi. 
Tadi semasa lapar. 
Sekarang?

Tiba-tiba telefon berbunyi.
    
    " Esok singgah rumah kakak awak. Ambil buah. Besannya hantar dan suruh bahagikan."
Buah lagi?

Er rezeki!


  Dragon fruit! saya suka!
Saya mesti makan walaupun perut saya sudah full.


 Rambutan oh rambutan, maafkan kami kerana buat tidak tahu saja pada kamu.


Siapa nak nangka?...
Aduhai nangka apalah nasibmu ....


Sukun kalau goreng memang power ,cicah pulak masak asam!
...tapi kalau bukan bulan puasa la.


Itulah dia. 
Memohon rezeki berlimpah ruah.
Tapi adakah kita menguruskannya dengan baik?
Sayang hendak sedekah jiran sebab rasa boleh makan semua selepas berbuka, hakikatnya- sebaliknya.
Bila sudah dua tiga hari baru hendak ingat jiran, buah-buah itu pula sudak tidak segar.

*****

Beberapa hari kemudian,dia membawa balik kegemaran saya.
                                                                                                                 

Alhamdulillah rezeki lagi! 
Kalau diluar bulan puasa, saya akan breakfast dengan durian, lunch dengan durian, dinner pon dengan durian- seperti selalu . Apapun durian sudah selamat dalam freezer...

Petang itu........
     " Assalamualaikum..." perlahan saja suara itu memberi salam.
Saya menjengah. Kak Ida diluar pintu pagar rumah, menjinjing sesuatu. Hati saya kuat meneka. Kak Ida hendak bagi buah kah?
Ish..tak baik menolak rezeki.
    
    " Ni ha...Ida baru balik kampung. Ada buah sikit ni."
 
Ini namanya rezeki melimpah ruah.



Terimalah rezeki yang engkau selalu dambakan.
Mengapa pula berkeluh kesah.


Syukur atas segala nikmat yang engkau telah turunkan kepada kami ya Karim.



Sekian.
Senak.

No comments:

Post a Comment