Thursday 3 July 2014

ENTRI 61 : PAPIER MACHE?

Pengisian : Bukti akal fikiran seseorang adalah perbuatannya dan bukti ilmunya adalah menerusi ucapannya.


Bismillah...


Papier mache?

Apa benda tu...?
  Homework  PSV. 

" Cikgu kata buat arca. Buat dari keratan surat khabar, letak air dan gam PVA" 
" ...tapi bukan yang pakai belon- bila paper dah kering terus pecahkan belon-bukan yang itu...."

Ok ok esok kita buat.


 Ini rupanya gam PVA- harganya cuma RM 3.50 sahaja.


  Kertas dari surat khabar lama,siat-siatkan sahaja.
Ah senang saja kerja sekolah kau ni.


  Cikgu kata letak air?
Letak sikit-sikit dulu.


  Ramas-ramaskan basi hancur.


 " Susahlah nak hancur...".


  " Takat ni jer yang boleh.."


 "  Letak gam. Berapa banyak? "
" Cikgu kata sikit "


 "Cubalah buat, nak buat arca yang macamana?"

" Macam tugu negara"
Wow.

Setelah berhempas pulas membentuk arca, tetap tidak jadi. Doh tidak terbentuk dengan baik. Texture sangat kasar, jadi tidak dapat melekat dengan baik.

" Rasanya kita sudah salah"
" Pergi google "

Kami masing-masing mencari info.
" ...papier mache tanah liat namanya ni. Ada cara-caranya. Patutlah kita buat tidak jadi..."

Kami mulakan sekali lagi.


 Ramai-ramai siat paper lama secara memanjang.


Kecilkan lagi saiznya. 
We learnt from mistakes.


 Masukkan air dan rendam semalaman bagi memudahkan proses.


Esoknya...toskan air.


 Masuk kedalam air yang mendidih selama 30 minit supaya kertas lebih mudah jadi fiber.


 After 30 minutes- toskan air yang bau meloyakan tekak.


Hancurkan kertas dengan menumbuk.
 Habis batu lesungku jadi korban.
(lepas ini cuci alu lesung bersih-bersih, basuh dengan air mendidih)


   Macam ok je


 Letak gam. Gam tinggal separuh sebab sudah pakai semalam. Harap-harap cukup.
 Tetap tidak jadi doh!
Haish berapa banyak gam yang kena pakai ni?

Pergi beli gam...!

Kedai cina tutup sempena awal Ramadhan pula!

" Kita hentam sajalah!"


  " Ibu rasa kena ada base dulu"

  
Cantik juga.


 " Apa tu?"
" Badannya. Kena set dalam acuan baru ada bentuk yang padat. Bila kering nanti  keluarkanlah..."


" Nampak tak? Kalau buat begitu sahaja, still kasar...."

Disebabkan susah hendak dibentuk jadi we all decide untuk keringkan dulu secara berasingan dan assemble everything bila sudah kering nanti. Walau cuaca begitu terik, namun ia seperti tidak akan kering.

Dilema.

Projek apa ke benda yang payah bebenor ni?
Cikgu kau ini patut explain detail.
Setelah 3 hari barulah nampak tanda-tanda ia mengeras. 
Inilah rupa 'arca' yang 'berjaya dibuat.
 Itupun setelah berberapa kali tangannya tertanggal dan kepalanya bergolek.....!


Papier mache lah sangat 

******

Saya ada terbaca satu blog yang mengatakan- blend sahaja kerana ia menjimatkan masa sebanyak 50 peratus.
Make sense!
Tapi tidak sanggup pula mengorbankan pengisar saya.
 Tidak mengapa, mungkin silap kami adalah kekurangan gam,mungkin.

At least we learnt something....
Hai cikgu PSV- terimalah arca kebanggan kami ini.


Sekian.

Salam Ramadhan.













 


No comments:

Post a Comment