Friday 25 July 2014

ENTRI 68 : RAYA COOKIES - mama carrie

Pengisian : Keikhlasan mempunyai kilauan dan sinar meskipun ribuan mata tidak dapat melihatnya



Bismillah....


Disuatu hari yang indah.
Kegagalan dulu bukan penghalang malah pembakar semangat.

RESEPI BISKUT MAMA CARRIE.

200 gm tepung gandum
60 gm tepung jagung
15 gm susu tepung
( ayak susu tepung kedalam kedua campuran tepung)

150 gm marjerin
50 gm gula icing
1/2 sudu teh esen vanilla

TOPPING- gula icing

1 biji telur putih
1 sudu besar tepung jagung
70 gm gula icing
sedikit esen vanilla
sedikit chocolate emulco untuk lorekan.

Panaskan oven pada suhu 170c selama 20 minit.


Tengok bahan-bahan tidak banyak pun, tapi hendak membuatnya, bukan main cerewet.


 Pukul marjerin, gula icing dan esen vanilla sehingga berkrim. Perlahankan speed, masukkan sedikit demi sedikit tepung. Bila mixer mula memberat, matikan dan uli pakai tangan.
Saya rehatkan doh selama 15 minit ( boleh rehatkan dalam peti ais).


Canaikan ikut ketebalan yang sesuai (jangan nipis sangat). Susun dalam dulang yang telah digris dengan sedikit marjerin. 
Bakar pada suhu 170c selama 20 minit atau sehingga biskut nampak mula brown.
Bila semua biskut habis dibakar- sejukkan ia. 


Buat toppingnya. Bahannya pun sangat simple -gula icing, tepung jagung, putih telur dan sedikit paste coklat atau pun chocolate emulco. Boleh letak setitik dua esen vanilla.


Putar putih telur dengan kelajuan tinggi. Pastikan bekas betul-betul kering dan tiada bendasing (seperti sisa kulit telur atau titisan air). Dalam masa 2-3 minit, ia mula menggebu. Sprinkle tepung jagung dan terus putar hingga sebati. Masuk pula sesudu gula icing. Terus pukul dengan high speed sehingga benar-benar sebati baru masuk sudu kedua. Buat sampai habis.


Ambil dua sudu besar icing yang sudah pekat dan kental itu dan campurkan dengan sedikit chocolate emulco. Gaul sebati dan masukkan kedalam piping bag.


Ambil biskut yang telah siap dibakar - sapu icing. Saya gunakan belakang sudu plastik yang kecil. Sapu rata-rata. Semasa masih basah, paipkan dua dot diatasnya. Saya gunakan jarum peniti yang bersih untuk menarik dari atas dot pertama terus kebawah melalui dot kedua. Icing akan mula mengeras perlahan-lahan. 
Bakar semula biskut ini hanya setelah icing sudah benar-benar kering pada suhu 150c sekejap selama 5 minit.


Lapisan icingnya putih, rata dan licin.




                                         

 Syukur jadi. Suka betul!

******
                                     
Saya buat satu lagi adunan. Kali ini saya gunakan acuan berbentuk love ( yang diatas bentuk butterfly) Bakar biskut dan kalau rasa tidak sempat nak letak icing, boleh simpan dahulu dan boleh sapu icing bila ada kelapangan masa.
 Saya buat terus.


                                       

Untuk toppingnya, saya letak pewarna. 
Lebihkan bancuhan warna merah (pink)- untuk topping.
 Dua lagi-untuk hiasan- warna asal dan warna hijau-masukkan kedalam piping bag.


  Sapu icing warna pink dahulu.


Biarkan icing mengeras pada suhu bilik. Permukaan akan bertukar dari basah kepada kering.


Bila dah kering, baru paipkan warna hijau.
Teringin buat strawberry lah pulak.
Biskut sepatut diletak esen strawberry menggantikan esen vanilla tapi saya tidak letak.


   Buat dot-dot baru nampak comel.


Jenuh juga.
Kena keringkan dahulu- daun hijau dan dot-dot putih, bermakna biskut ini amat mengambil masa.
  Jadi pembakaran kedua, tidak perlu terburu-buru panaskan oven.
 Bakar sekejap sahaja pada suhu 150c selama 5 minit.


 Nasib baik comel, rasa berbaloilah juga.


                                   

  

 Misi  berjaya.


Walaupun adakalanya macam hendak angkat bendera putih,
namun akhirnya diberi Tuhan pengakhiran yang sungguh indah.




Alhamdulillah.

Sekian.





No comments:

Post a Comment