Wednesday 30 September 2015

ENTRI 139: TRIP KE UTARA part 2

Dengan lafaz Bismillah bicaraku bermula.



Hari ke tiga.
Pagi-pagi lagi sudah diminta berkumpul kerana dikhabarkan akan dibawa ke Hutan Lipur arus deras Sungai Sedim. Kedengaran sungguh adventurous...

Destinasi pertama - The Tree Top Walk, Sungai Sedim Kulim.


Kami manalah tau, kenalah follow depa yang tau. 
Misi diketuai pacuan empat roda dipandu sendiri oleh bakal pengantin.


First off all kenalah beli tiket dulu.
Dewasa  RM 10 manakala children RM 6.
Open daily 8 am to 5 pm.


Laluan yang diperbuat dari galvanised steel .
Ada berani?


Tree Top Walk Sungai Sedim ini merupakan world's longest rainforest canopy walk dengan panjang 925 meter dan ketinggian 26 meter. Dibina pada 2005 dan siap pada tahun 2008. Kemudian dirasmikan oleh Sultan Kedah pada tahun berikutnya.


Pemandangan luar biasa dikiri dan kanan.


Langkah tetap diatur walau gayat pada ketinggian.


Bagus ada hutan hijau yang masih terpelihara.


Tumbuhan hutan dengan macam-macam bunyi haiwan.


Berlakon berani saja depa ini.


Tenangkan hati, bina keyakinan diri..




 Terdapat juga serpihan kulit haiwan liar dijumpai pada laluan. 
Hish, seram.


Pemandangan yang sungguh mempersona.


A m a z i n g   s c e n e r y.


 Great views...




 The walkway follows a roughly rectangular shape and crosses the river twice.


    Hush tingginya.


Laluan daripada galvanised steel.





Sampai semula pada permulaan tadi.
Berakhir sudah detik-detik mencemaskan.


Untuk melengkapi satu pusingan tidaklah mengambil masa yang lama. Kami emak-emak berenam ini tunggu di bawah saja. Bagi peluanglah kat depa tunjuk berani. Selesai menaiki tree top walk, turun semula ke kawasan parking. Jamu mata dengan pemandangan sekitar....



Besaq betoi pokok ini.





Sungguh indah bumi ciptaan Tuhan.

Amazing experiance..

Berbaloi mai sini.

Seterusnya ke kawasan bersebelahan iaitu Hutan Lipur Arus Deras Sungai Sedim. Ikut plan memang tidak mandi, jalan-jalan cuci mata melihat kehebatan ciptaan Ilahi.
Seronok dapat rakam gambar air terjun sebab ada sejuta ketenangan disana.








 Indah bagai lukisan.










A picture is worth a thousand words,
but a memory is priceless.



Pelbagai aktiviti riadah ditawarkan. 
Rasa berbaloi sangat. Bayaran parking RM 3 only.

Great experiance.

Esok dan lusa sudah terikat dengan majlis perkahwinan, jadi tidak dapatlah melencong-lencong lagi.
Cuma misi memburu jeruk Pak Ali.



Sekian.






ENTRI 138 : TRIP KE UTARA part 1.

Dengan lafaz Bismillah bicaraku bermula.


Tidak terbayang diminda.
Aidiladha tahun ini disambut diutara tanah air, jauh dari mak dan abah
Sedih bukan main.

Abang ipar yang menetap di Kedah melangsung perkahwinan anaknya 3 hari selepas raya mempelawa kami beraya disana.
Untuk tidak menghampakan, berkonvoilah kami 5 kereta. 
Dihari raya, tiada ketupat, tiada rendang ayam, tiada sambutan seperti kebiasaan.


Sehari sebelum itu :


Perjalanan sepatut bermula 7 pagi, namun orang Melayu biasanya masa selalu saja terbabas.


Suasana berkabus meliputi kawasan pergunungan yang kehijauan. Suka betul tengok hutan tebal yang masih belum tercemar.


  Udah masuk negeri Perak.
Budak-budak over exited bikin suasana riuh rendahBanyak sangat bertanya.
Tau-tau sudah sampai utara.


Saya pula menanti masa untuk pening + loya +  muntah, kebiasaan ketika berjalan jauh.


Apa ni bu..?
Gunung batu kapur kot.


Terowong ini kat negeri apa bu?
Mana ibu tahu..


Lalu terowong pun suka bukan main.


Akhirnya selamat menjejak bumi Kedah around 3 petang, alhamdulillah.

Magik saya tidak pening.
Menuju terus kerumah ipar. Lewat petang kami dibawa ke sebuah  homestay untuk rehatkan badan.
Masalah timbul- 27 orang perlu berebut sebuah tandas dan sebuah bilik air. At last lepas isyak pun turn mandi tidak selesai.

Khamis.
Hari ini Hari Raya Aidiladha..
Hari rayaku yang sedih.
Teringat mak dan abah dikampung.

Telefon atuk...nenek....tanya khabar. 
Bu...nenek pesan beli jeruk Pak Ali....

Sesudah sembahyang raya, kami membuat keputusan untuk ke Pulau Pinang. 
Haruslah melalui jambatannya yang terkenal itu.


Kalau malam tentu cantik pemandangannya.


Ada satu lagi jambatan baru dibina.


Menuju ke Penang Hill / Bukit bendera.


Banyak kemudahan yang disedia oleh kerajan negeri, contohnya seperti bas dua tingkat ini.


Parking kereta bertingkat disediakan pada sebelah kiri kawasan bagi memudahkan pengunjung..


Ramai sungguh. 
Depa dak sambut raya ka?


Kad pengenalan diperlukan untuk beli tiket. Ketua keluarga saja yang dibenar mewakili yang lain. Kami ambil pekej yang murah. Dewasa RM 10 dan kanak-kanak RM 5. Kalau tidak bawa IC, kenalah tambah bayaran. Urusan tiket pun ambil masa juga.


Train sudah sampai.
Beratur berkumpulan, jangan berpecah.
Punyalah sesak.
Serbu rebut tempat duduk, tapi berdiri pun ok juga.


Lower to upper. 
Laju jugak.
Pegang kuat-kuat.
Rasa macam telinga masuk angin.


Tiba di puncak.
Subhanallah.
Indah sungguh.


Pemandangan yang sangat menakjubkan.


 Masa ini, suhu tidaklah sejuk sangat.


Pemandangan bandaraya dari atas bukit, sangat cantik
Bukit Bendera berada pada ketinggian 735 meter dari aras laut.


Sesekali datang juga rasa seriau.


Ada juga muzium burung hantu, tapi tidak singgah pun sebab tidak minat burung.


Beratur beli tiket naik buggy RM 30.


Gerenti tidak menyesal.
Pemandu pelancong berbangsa Cina yang peramah, bercakap macam sudah ada skrip. 
Agaknya dalam sehari berapa kalilah kena ulang cerita yang sama. 


Macam-macam bangunan yang menarik disepanjang perjalanan menaiki buggy.


Woooo bersorak sorai bila bertembung dengan buggy yang dinaiki ahli keluarga yang lain..


Indahnya bumi ciptaan tuhan.


Sudah lupa rumah ini milik siapa.
Kami ditunjukkan juga rumah yang dimiliki oleh jutawan Ananda Krishnan dan rumah taukeh Mydin.
 

 Sesiapa ada surat boleh pos disini.


Monyet-monyet bertuah dapat tinggal bebas dihutan.


Berhenti di dua persinggahan untuk bergambar.
Lepas tu pusing balik.


Masa untuk turun. Kena beratur berkumpulan lagi.


Dalam train. Rasanya time turun lagi laju.
Berdesing telinga masuk angin. Bila telan liur, baru hilang.


Sampai ke stesen bawah..


Tunggu pintu betul-betul terbuka baru keluar. Berhimpit macam ikan sardin. Pintu sebelah kiri dibuka untuk penumpang keluar, kemudian pintu sebelah kanan dibuka untuk trip seterusnya..
Selesai sudah misi menawan Bukit Bendera.

Puas hati
Semua angguk.
Bagus.

Cari tempat untuk solat jamak + qasar.


Dapat cari masjid negeri dengan bantuan waze.


Alhamdulillah.
Segala urusan dipermudahkan.
Perjalanan balik, merasa naik feri.


Rasa hendak mabuk bila feri bergoyang-goyang.


Ok selesai sudah satu episod.
Raya di Bukit Bendera.




Sekian.