Thursday 3 September 2015

ENTRI 135 : KURUS.

Dengan lafaz BISMILLAH bicaraku bermula..


Seingat sayalah, hanya 4 kali dalam hidup saya pernah jadi gemuk. 
Bukan gemuk air.
Bukan gemuk lemak. 
Tapi sebab dalam perut ada orang.  
Sebab rajin menepek kapur + air limau nipis semasa berpantang, cepat betul perut kempis.
Jadi obesiti  + over weight   tidak pernah menjadi igauan ngeri.

" Kenapa kurus sangat...."
Ah sudah. 
Bukankah saya memang kurus?
Kurus sangat?
Tidak seronoklah pula.
Tapi logiklah. 
Baru habis bulan puasa kan?

Dulu di office lama adalah kawan-kawan dari department lain memandai-mandai rekomenkan saya pada seorang rakan sekerja. Cara mereka describe saya adalah seorang yang' skinny'
Maka betullah. 
Saya ini kurus sangat? 
Dengan ketinggian 163.4cm- berat saya masa itu sekitar 49kg saja. 
Kalaulah saya gila glamour + bermuka lawa, tentu saya sudah lama join model muslimah.
But I really hate the word ' skinny '

Walaupun demikian, saya bersyukur kerana saiz perut saya mungkin XS. 
Mudah sangat kenyang,  tidak tambah makan sebab tidak muat. 
Walau beranak 4, masih boleh maintain walaupun berat hampir 62kg, tetap dikata orang masih kurus. 
Terimakasih kepada lemak-lemak yang tertinggal semasa proses mengandung sebab keluarkan saya dari group orang ' skinny'.

Kata jiran yang obes, lebih baik kurus dari gemuk. 
Obes ada kecenderungan untuk dapat penyakit kronik . Yang kurus pon belum tentu sihat.
Selalu juga ada kolestrol tinggi.

Saya rasa berat yang nampak elok dengan ketinggian saya adalah sekitar 61-62kg, melebihi beberapa kg dari berat ideal -iaitu berat yang disarankan oleh nurse yang mengirakannya untuk saya.
 Saya rasa sudah ok.
Tapi adik nurse suruh saya turunkan sedikit berat badan.
Berat berlebihan.
Ha?
Kau tengok akak gemukkah?


Sekian.


No comments:

Post a Comment