Thursday 30 October 2014

ENTRI 101 : JAGA SOLAT.

Bismillah.



Tiba-tiba terasa diri ini sangat kerdil.

Ceritanya pada saya dan Kak Ida tempohari..

" Pagi itu macam biasa saya buat sarapan. Anak saya mahukan nasi goreng untuk dibawa bekal ketempat kerja. Tiba-tiba dada saya terasa berat. Rasa sesak.  Allah! Saya cuba bertahan. Bila sedikit reda saya teruskan kerja-kerja rumah. Sambil-sambil itu saya berzikir. Sempat saya baca Quran, sakitnya sedikit-sedikit. Saya tahan. Dengan baki wuduk yang ada, saya cuba bangkit untuk solat sunat. Tapi sakit datang lagi. Sakitnya ya Allah, cepat-cepat saya tarik kerusi ditepi tingkap dalam bilik. Rasa lega. Dapat selesaikan solat itu,alhamdulilah. kemudian saya teriakkan suami. Minta ubat jantung, suami menghulurkan sebutir, tidak berkesan. Sakitnya masih sama. Minta lagi sebutir. Dada saya semakin berat. Saya minta pula ubat cairkan darah dan ubat lain juga. Semua saya telan. Rasanya kena pergi hospital, kata saya pada suami, rasa tidak tertahan. Kami bersiap-siap. Bila sakit sedikit reda, saya sidai baju dahulu. Akhirnya kami bertolak dari rumah menjelang tengahari. Perjalanan biasanya akan mengambil masa lebih kurang 1/2 jam. Waktu Zohor kian menghampir. Kami singgah dahulu disebuah masjid........"
Dia berhenti seketika, mungkin cuba mengingat semula detik cemas itu.

" Setibanya dikawasan wuduk wanita, rasa sakit itu datang lagi. Saya gagahkan diri. Mengambil wuduk sesempurna boleh. Saya kuatkan langkah hingga sampai ke ruang solat. Alhamdulillah, ada sebuah kerusi disitu. Dapat sembahyang duduk dan sesekali menahan sakit yang kian bertambah. Saya dapat selesaikan solat. Bangkit terhoyong hayang saya cuba keluar. Ada seorang hamba Allah, seorang lelaki muda ternampak saya. Setelah meminta izin untuk menyentuh, dia memapah saya keluar. Suami mendapatkan kereta dan bergegas kami ke hospital. Tetapi untuk ke Hospital Besar agak memakan masa. Ada sebuah hospital swasta disitu dan terpaksalah suami kejarkan kesana kerana saya mula sesak nafas....."

Terpercik jugalah peluh kami mendengarnya.

Kalaulah kita berada ditempatnya, memang terus ke emergency. 
Tidak teringat hendak sembahyang sunat macam--macam tu lagi....

Sambungnya....

" ...dihospital swasta itu, saya terus dikejarkan ke bahagian emergency. Sebenarnya niat asal saya hanyalah mahu tahu apa sebenarnya yang tidak kena dengan jantung saya. Bila sudah tahu, bolehlah saya ke IJN . Rupanya mereka terus buat rawatan. Dulu masa saya buat rawatan jantung di Hospital Besar, saya hanya disuntik dibahagian pusat 3 kali untuk cairkan darah ke jantung. Selebihnya mereka tiada peralatan untuk buat rawatan intensif dan saya disaran untuk ke hospital Serdang untuk rawatan lanjutan tapi saya tidak pergi. Baru saya tahu, ada 2 tempat jantung saya tersumbat. Malam itu saya ditahan wad. Esok saya akan menjalani satu proses memasukkan spring yang dimasuk melalui urat besar dibahagian pangkal peha, saya tidak akan dibius sepenuhnya. Operation itu akan dilakukan jam 1.10 tengahari. Sementara menghampiri saat itu, saya ada bertanya."...boleh tidak makcik solat dulu?." Nurse kata boleh. Cepat-cepat saya minta menantu saya ambilkan wuduk. Seorang jururawat lelaki masuk. Kata saya,"Dik....jangan sentuh dulu ya.....makcik ada wuduk ni, makcik nak solat dulu.." Dan budak muda itu mengangguk faham. Dapatlah saya solat Zohor atas katil  sebelum dipindahkan keatas sebuah katil lain untuk proses pembedahan..dan....bla....bla.....bla........"....
Bersungguh dia bercerita.....
Dan saya yang mendengar dari tadi seolah disuntik oleh satu perasaan kagum dan insaf yang mendalam.

Kesimpulannya, nyata dia sangat menjaga solat.

Mari sama-sama menjaga solat kita pula.
Semoga hidup kita lebih diberkati.
Ameen.

Sekian.


Tuesday 28 October 2014

ENTRI 100 : MAJLIS CUKUR JAMBUL.

Bismillah.


Alhamdulillah...
Berkat bekerjasama dan saling membantu, majlis cukur jambul anak saudara terbaru saya selamat dilangsungkan ahad lalu. Apakah makna cukur jambul ini sebenarnya? Adakah ia sekadar adat resam Melayu semata-mata?

Sebenarnya ia juga sebahagian dari syariat.
Rasullulah menyarankan agar bayi yang baru lahir dicukur kepalanya pada hari ke 7 kelahiran dan diberi nama yang baik-baik. Ia sebenarnya bertujuan membuang rambut yang tumbuh sejak dari dalam perut yang mengandungi kotoran kurang sihat bagi tumbesaran bayi. Malah hikmah dari segi kesihatan adalah agar dapat membuka rongga-rongga rambut yang seterusnya serta mengukuhkan pancaindera penglihatan, pernafasan dan pendengaran anak. Namun mengikut konsep asalnya adalah cuma antara ibubapa dan anak itu sendiri. Masyarakat kini pula memeriahkan lagi acara ini dengan mengadakan kenduri kendara, marhaban, bersalawat dengan tujuan untuk memperkenalkan orang baru dalam keluarga mereka. Menurut ahli agama, semua dibolehkan asalkan tiada berlaku pembaziran dan yang penting tiada yang melanggar tuntutan agama.

Jika nama bayi diisytiharkan pada hari ke 7- ibubapa akan mendapat pahala sunat itu.
Rambut bayi seharusnya dibotakkan sepenuhnya, ditimbang. Beratnya akan ditukar pada nilai emas dan jumlah itu akan disedekahkan. Itu baru menepati syariat.

Saya pula belajar sesuatu yang baru.
Saya ditugas menyedia peralatan yang perlu dalam acara memotong jambul bayi.
Yang ini adalah adat.


Tidak salah kita berusaha mengekal warisan budaya kita agar tidak pupus.

Guna kelapa yang muda kerana ia masih lembut. Sebelahnya adalah air tepung beras dan sedikit bunga rampai. Turut disertakan adalah sebilah gunting kecil dan sehelai daun untuk mencelup air tepung dan direnjis sedikit pada kepala bayi. 
(air tepung beras bersifat sejuk- mungkin akan memberi rasa nyaman pada kepala baby)
Rambut baby akan digunting oleh para tetamu, selalunya dimula oleh ahli kumpulan marhaban dan akan diletakkan kedalam kelapa yang masih berisi sedikit airnya.
Mengapa kelapa?
Mungkin kelapa itu sendiri bersifat alami, mudah didapati dan bersih juga untuk jadi bekas tadahan bagi menampung rambut bayi yang suci.
Mungkin.

Macamana hendak buat?


    Dapatkan kelapa yang masih muda.


Buang sedikit bahagian bawahnya untuk dapatkan permukaan yang rata supaya seimbang dan tidaklah bergolek-golek.


Dengan menggunakan marker, buat pattern seperti dalam gambar. Oleh kerana ini kali pertama saya membuatnya maka ramailah yang memberi tunjuk ajar. Guna pisau yang betul-betul tajam dan cucukkan ia mengikut garisan yang dilukis. Air mungkin akan keluar, buang sedikit dan teruskan potongan. Tidak susah kerana kelapa ini agak lembut.


Terbelah dua. Tinggalkan sedikit air. 
Rambut baby yang digunting tetamu akan diletak didalam bekas unik ini.



Ini pula bancuhan tepung beras dan air. Jangan cair sangat dan jangan pekat sangat. Dikepala baby nanti akan kelihatan macam pakai bedak sejuk.



Perlu juga bunga rampai yang terdiri daripada hirisan daun pandan dan bunga-bungaan dari perbagai warna dan direnjis dengan sedikit haruman minyak wangi. Jangan dedahkan terlalu awal bunga rampai sebab ia mudah kering. Selepas hiris, bungkus dalam suratkhabar dan simpan dalam peti sejuk. Keluarkan bila hendak digunakan.


Semua sudah siap, perlu diatur supaya ia nampak presentable. Terfikir mahu alas dengan daun pisang supaya nampak lebih hijau.


Sebab semua daun pandan sudah habis dihiris, saya gunalah pucuk daun lengkuas yang memang  cantik dan sangat sesuai untuk diguna bagi mencelup air tepung beras. Oleh kerana kelihatan agak plain, saya dapatkan reben merah dan diikat pada daun tadi. Saya tabur-taburkan balance bunga rambai pada sekeliling bekas air tepung beras agar dulang nampak penuh dan menarik.

Siap.

Selain majlis cukur jambul, ia turut bersekali acara akikah. Maka of courselah ada daging kambing.
Daging kambing masak kari.
Ramai puji sedap sebab daging tidak berbau malah sangat lembut.
Apa rahsianya?
Saya lihat cara ia dibasuh.

2 ekor daging kambing yang telah siap dipotong diramas-ramas dengan satu dahan daun kari yang dilerai-lerai (daun kari yang banyak). Kemudian campur 1 kampit tepung gandum dan belahan limau purut atau apa-apa jenis limau. Gaul rata dan biar bahan-bahan tadi meresap hamis kambing. Biarkan 15 minit, campur air dan gaul-gaulkan. Basuh dan toskan. Daging siap untuk digunakan.


Sekian.
2 hari penat tak hilang.

Friday 24 October 2014

ENTRI 99 : IKAN KELI MASAK ASAM PEDAS.

Bismillah.


Wujud juga spesis manusia mahu yang pedas-pedas sahaja.
Kuah sup-sup ini, lauk orang sakit katanya.
Kita layankan saja.


RESEPI MASAK ASAM IKAN KELI.

1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
8 sudu cili kisar
1 batang serai
7 helai daun limau purut
1 sudu besar serbuk kunyit
1 1/2 sudu besar asam jawa
3 1/2 cawan air
1 ketul kiub ayam
1 sudu besar garam halus
Sebiji tomato
Sayur bendi atau terung

4 ekor ikan keli.
(bersihkan dengan perahan limau kasturi)


Bersihkan ikan keli. Basuh berulang-ulang dengan perahan limau atau rendam dalam air asam jawa untuk buang hanyir. Kikis perlahan dengan pisau seluruh badan ikan untuk bersihkan lendir. Sediakan juga bendi, potong dan direndam dalam sedikit air.


Antara bahan yang akan digunakan- selabu bawang besar, bawang putih, serai dan daun limau purut. Tumbukkan bawang dan ketukkan serai. Kita juga perlukan cili kisar dengan sedikit serbuk kunyit.


Satu sudu setengah asam jawa dan ramas dengan 3 1/2 cawan air. Saya selalu gunakan kiub ayam untuk menaikkan rasa.


Mulakan dengan memasukkan serai yang telah diketuk dan bawang yang sudah ditumbuk. Sebaik naik bau, masukkan cili kisar dan serbuk kunyit. Gaul rata. Siat-siatkan daun limau purut dan campakkan kedalam kuali.
(tips: dadukan tomato dan masuk semasa cili sudah garing untuk caramelisedkan ia-untuk maniskan kuah- jika tiada tomato-tambah sedikit saja gula)


Bila sudah garing betul baru tapiskan air asam jawa. Masukkan ikan keli dan kiub ayam. Biar ia mendidih.


Bila sudah mendidih baru masukkan sayur bendi dan perasakan dengan garam halus. Jika gunakan kiub ayam maka kita harus seimbangkan rasa dengan meletak sedikit gula. 
Buang sedikit minyak yang timbul pada permukaan kuah.
(minyak secukupnya perlu untuk proses garingkan cili, jika cili kurang garing, akan ada kekurangan dari segi rasa)


Tidak perlu masa yang lama untuk bendi lembut. 


     Anak saya makan ikan ini seorang seekor.


 Sedap makan dengan nasi putih.
Buat cicah roti putih/roti canai pon sedap.



Jika gunakan ikan pari - tambah secekak daun kesum. 
Bagi masak asam ayam atau tetel/daging, tambah sedikit halia dan seketul lengkuas. Letak ubi kentang sebagai sayurnya. 
Bendi dan terung sesuai untuk asam pedas ikan sahaja.


Sekian.

ENTRI 98 : BUAT MEE BANDUNG.

Bismillah.


Bukan pandai sangat pun.
Versi sendiri.
Cukup untuk 3-4  orang makan.


RESEPI MEE BANDUNG.

Mee kuning ( celur )

KUAH :
1/2 labu bawang besar
3 sudu besar udang kering
4 sudu besar cili kisar
1/2 cawan minyak
2 1/2 cawan air rebusan daging bersama dagingnya sekali.
(boleh juga guna ayam atau seafood lain)
3 sudu besar sos cili
2 biji telur
2 sudu besar kacang tanah
3/4 ketul kiub ayam
1/4 sudu besar garam halus
1 1/2 sudu besar gula
Sayur sawi dan carrot
Sedikit limau kasturi


Rebus daging yang telah dihiris nipis selama 2 jam, dengan 2  inci halia yang diketuk. 
Tumbuk kacang tanah yang disangai tanpa minyak. Ketepikan.


  Rendam sebentar udang kering, blend bersama bawang besar dengan 3/4 cawan air.


Gaul 4 sudu besar cili kisar kedalam bahan yang telah diblend tadi. Kemudian bolehlah ditumis dengan 1/2 cawan minyak sehingga naik minyak dan betul-betul garing.


Bila sudah garing, masukkan 2 1/2 cawan air rebusan daging beserta dagingnya sekali. Bila mendidih masuk sayuran. Masuk juga kiub ayam, sos cili dan garam halus. Rasa kuah tidak perlu kuat sangat rasa garamnya.


Masuk pula gula dan kacang tumbuk. Rasa, biar terasa udang kering dan sedikit manis kuahnya. Adjust gula dan garam sebelum masukkan telur. Ada orang suka kacau telur dalam kuah untuk pekatkannya tapi kuah saya sudah cukup pekat jadi saya suka biarkan telur mengeras sebiji-sebiji. Untuk itu kita kenalah perlahankan api.


Kuah sudah pun siap. Pekat dan sedap sekali. Gandingannya terpulang kepada citarasa sendiri. Sebab saya kurang gemar mee kuning jadi saya tukar kepada pasta fettucine.

Ikut selera masing-masing.


Hias dengan sehiris limau dan taburan kacang tanah yang ditumbuk kasar.


  Look so delicious

Ada yang buat kuahnya cair-cair kemudian pekatkan dengan bancuhan tepung jagung.
Boleh juga.
Begitu juga dengan pilihan rencah. Boleh tukar daging kepada udang atau ayam, juga tambah sayuran lain yang difikirkan sesuai.


Sekian.



ENTRI 97 : HADIAH.

Bismillah....


Bulan lalu, dia menyambut ulang tahun yang ke enam. Dan dia mahukan party..
Parti?
Kenalah saya sediakan suasana ala-ala parti. Belon bergantungan sana-sini. Cawan dan pinggan kertas berwarna-warni. Gantung reben, yang kejap-kejap tanggal sebab salotep tidak kuat, alaaaahaii..
Anak punya pasal.

Dia juga mahukan pizza.
Tidak payah beli kek. Muak. 
Tapi ayahnya tetap belikan sebiji kek harijadi.
Lalu bertiuplah lilin bagai.

Dia sangat suka dan exited....
Dan selalu teringat-ingat pada hari-hari berikutnya.
" Best sangatlah party hari tu..." katanya beberapa kali dalam satu hari!

Tidak mahu beli barang mainan lagi.
Hadiah apa yang saya beri?


Dia suka.
Bagus.
Pilihan yang bijak lagi tepat.
Buku ini pun sangat sesuai. Kisah seorang kanak-kanak ceria berusia mungkin 7-8 tahun, punya banyak impian dan cita-cita. Yang paling best, buku ini juga mengandungi doa-doa harian di dalam setiap cerita.


 Dengan ilustrasi yang menarik, anak-anak akan turut belajar sesuatu yang positif.


 Doa keluar rumah. Sangat berbaloi kerana anak saya berusaha membaca dan mengamalkannya.


Walaupun doa ini ada diajar disekolah, tapi dengan adanya buku didepan mata, dia semakin ingat malah mengajar saya pula.

Sebelum  masuk ke bilik air untuk mandi pon, dia akan letak buku ini atas katil siap-siap. 
 Senang nanti nak baca doa menukar pakaian.
Bagusnya anak ibu ini.

Satu lagi.
Dia sudah pun lena malam itu. Saya betulkan kedudukan bantal dihujung kaki. Rupanya ada buku dibawah bantal. Saya pun angkat dan simpan. Keesokkan hari, sesudah terjaga, dia meraba-raba bawah bantal.
   " Mana buku adik?Adik nak baca doa bangun tidur ni.."
Oh sorry sayang, manalah ibu tahu.

Kita yang tua ini pun tidak berusaha sampai macam tu sekali.


Happy Belated Birthday sayang ibu.
Baca buku banyak-banyak. 
Nanti jadi pandai.

Sekian.

Thursday 23 October 2014

ENTRI 96 : RESEPI KEK BATIK BERKACANG.

Bismillah.


Beberapa minggu lalu, jiran  menghulur satu bekas berisi kek batik. 
Memang lain dari yang biasa saya buat. Sedap juga sebab kaya dengan rasa kacang tanah. Disebabkan anak-anak turut menyukainya, saya pun keceklah resepi dari Kak Ida, jiran saya itu.


RESEPI KEK BATIK BERKACANG.

1 peket serbuk milo saiz kecil ( 200 gm )
500 gm ( 1/2 kg ) biskut marrie
3/4 tin susu pekat
 1 1/4 cawan air
1 ketul butter (saya guna 1/4 ketul saja)
5 biji telur - pukul sedikit dengan garfu
1 mangkuk kacang tanah ( 2 cawan )- tumbuk kasar

Caranya : Cairkan butter, masuk susu pekat, air dan serbuk milo. Gaul sebati. Masuk telur dan kacau laju. Tutup api. Masuk biskut yang telah dipecah empat dan kacang tumbuk. Ratakan dan masukkan kedalam acuan yang telah dialas plastik. Sejukkan sebentar sebelum transfer ke peti sejuk.

Saya pon cuba buat.
Sangai kacang tanah ( goreng tanpa minyak ) dengan api perlahan supaya masak sekata. Selalulah kacau supaya ia tidak hangit. 


Bila kulit luarnya mulai brown, ia sudah pun masak. Sejukkan dalam dulang dan ramas-ramas dengan tangan agar kulitnya tertanggal, tampi untuk mengasingkan kulit. Bila sudah sejuk sepenuhnya barulah datang rasa rangup.


  Pecah empat biskut marrie ini.


Kacang tanah yang sudah siap perlu ditumbuk kasar. Kita perlukan serbuk milo, telur, susu pekat dan air.


Ikut resepi Kak Ida, perlukan satu ketul butter, saya pula tidak suka rasa butter yang terlalu kuat jadi saya kurangkan. Pakai sedikit pun rasanya tetap sedap.


Cairkan butter, masuk pula susu pekat dan air. Besarkan sedikit api, masukkan serbuk milo dan gaul rata-rata. Masukkan pula telur yang telah dikacau dengan garfu tadi. Kacau laju dan terus tutup api.


Masukkan biskut marrie dan kacang tumbuk (Tinggalkan sedikit kacang tumbuk yang lebih kasar untuk ditabur atas permukaan ).
Gaul rata dan curahkan adunan kedalam satu loyang yang telah dialas plastik supaya tidak melekat dan mudah untuk dikeluarkan nanti. Sejukkan dalam peti ais. Dalam masa 1 jam, sudah boleh keluarkan . Lalukan pisau disekeliling dan perlahan-lahan tarik plastik keluar dari loyang. Letak atas dulang supaya mudah untuk proses pemotongan.



Potong dan simpan dalam satu bekas kedap udara dan bolehlah disimpan semula kedalam peti sejuk.



       

           

  Kaya dengan rasa kacang tanah. 

 
Sekian.


Tuesday 21 October 2014

ENTRI 95 : MASAK PASTA.

Bismillah.



Dimuntah kembali apa yang ada didalam mulut. 
Saya geleng kepala.
    " Tak tertelan" katanya perlahan dengan muka kelat.
Tekak orang kampung, memang begitu.

Spaghetti  itu memang masam. 

Cuba Melayukan sos itu.

Semalam saya try masak Fettuccine.
Dengan sos masam pedas berdesing.
Sedap kata budak-budak.
Itu yang penting.


RESEPI SOS SPAGHETTI BOLOGNESE.

3 butir bawang putih- tumbuk halus
1 labu bawang holland ( bawang besar warna kuning ) - dadu
3 sudu besar cili kisar
1 botol sos prego - tradisional
1 mangkuk daging ayam atau daging lembu - kisar/cincang.
1 kiub ayam
Sedikit sayuran pilihan
Sedikit herba campuran
Garam halus dan gula secukup rasa.

1 bungkus pasta pilihan
Air 3 liter
1 sudu besar garam
1 sudu besar minyak

Cara saya:


Sebotol sos prego- jika gunakan ini semata, memang masam sangat.
Orang Itali tekak depa lain.


Kita masukkan unsur Melayu.


Saya gunakan selabu bawang Holland, bawang putih dan sedikit sayuran - kobis bunga dan carrot Keduanya hiris nipis. Lagi bagus jika ada cendawan butang dan brokoli. Lebih Italian.


Saya ada lebihan daging ayam dalam peti ais, jadi saya dadukan dulu kemudian cincang halus. Boleh juga gunakan daging cincang yang ada dipasaraya.


Tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau. Lagi bagus jika dapat gunakan minyak zaitun. Bila sudah naik bau, masuk pula cili kisar dan goreng hingga garing. Sebaik garing masuk ayam cincang. Biar ayam betul-betul masak sekata baru masukkan sos prego. Masukkan sedikit air jika terlalu pekat.


 Kecilkan api, masuk sayuran. Sayur sedap dimakan rangup. Perasa dengan garam dan lebihkan gula untuk imbangi rasa masam. Masukkan 1 ketul kiub ayam bagi memancing rasa. Siap.


Saya naikkan periuk, isi 3 liter air dan didihkannya, tiba-tiba...PLUP..!!
Gas habis!
Syukur sempat masak sos.
 Apa nak buat? 
 Rice cooker kan ada!
Kita jalan terus.
Didih air dalam periuk nasi. Masukkan 1 sudu besar garam halus dan 1 sudu besar minyak masak agar pasta tidak melekat. Masukkan pasta. Tutup periuk dan masak dalam masa 11 minit. Bila sudah cukup masa, offkan suis dan boleh toskan.


 Sebelum hidang, saya tabur atas pasta sedikit herba campuran. Lagi bagus kalau ada fresh herbs seperti hirisan daun parsli, rosemary.


   Nampak sedap kan ?


 Salah satu karbohidrat yang mengenyangkan.


  Sedap dan tidak muak.
Anak saya makan bertambah.


Sekian.