Friday 24 October 2014

ENTRI 97 : HADIAH.

Bismillah....


Bulan lalu, dia menyambut ulang tahun yang ke enam. Dan dia mahukan party..
Parti?
Kenalah saya sediakan suasana ala-ala parti. Belon bergantungan sana-sini. Cawan dan pinggan kertas berwarna-warni. Gantung reben, yang kejap-kejap tanggal sebab salotep tidak kuat, alaaaahaii..
Anak punya pasal.

Dia juga mahukan pizza.
Tidak payah beli kek. Muak. 
Tapi ayahnya tetap belikan sebiji kek harijadi.
Lalu bertiuplah lilin bagai.

Dia sangat suka dan exited....
Dan selalu teringat-ingat pada hari-hari berikutnya.
" Best sangatlah party hari tu..." katanya beberapa kali dalam satu hari!

Tidak mahu beli barang mainan lagi.
Hadiah apa yang saya beri?


Dia suka.
Bagus.
Pilihan yang bijak lagi tepat.
Buku ini pun sangat sesuai. Kisah seorang kanak-kanak ceria berusia mungkin 7-8 tahun, punya banyak impian dan cita-cita. Yang paling best, buku ini juga mengandungi doa-doa harian di dalam setiap cerita.


 Dengan ilustrasi yang menarik, anak-anak akan turut belajar sesuatu yang positif.


 Doa keluar rumah. Sangat berbaloi kerana anak saya berusaha membaca dan mengamalkannya.


Walaupun doa ini ada diajar disekolah, tapi dengan adanya buku didepan mata, dia semakin ingat malah mengajar saya pula.

Sebelum  masuk ke bilik air untuk mandi pon, dia akan letak buku ini atas katil siap-siap. 
 Senang nanti nak baca doa menukar pakaian.
Bagusnya anak ibu ini.

Satu lagi.
Dia sudah pun lena malam itu. Saya betulkan kedudukan bantal dihujung kaki. Rupanya ada buku dibawah bantal. Saya pun angkat dan simpan. Keesokkan hari, sesudah terjaga, dia meraba-raba bawah bantal.
   " Mana buku adik?Adik nak baca doa bangun tidur ni.."
Oh sorry sayang, manalah ibu tahu.

Kita yang tua ini pun tidak berusaha sampai macam tu sekali.


Happy Belated Birthday sayang ibu.
Baca buku banyak-banyak. 
Nanti jadi pandai.

Sekian.

No comments:

Post a Comment