Tuesday 17 June 2014

ENTRI 51 : CERITA BIKIN CENDOL.

Pengisian :  Sahabat sejati umpama pohon rendang tempat kita berteduh

Bismillah.


Tiba-tiba berminat untuk buat cendol. Resepi sudah lama disimpan. Bahan pun mudah. 
Mulanya saya guna resepi seorang doktor yang menggunakan campuran tepung beras,tepung gandum dan sedikit tepung jagung bersama air daun pandan. Memang jadi. Bila ditekan,ia keluar cantik sekali,tetapi sebaik digaul dengan sudu, ia seakan terus terbarai dan menjadi hancur oh tidak!..
Termenung juga dibuatnnya.

Cari resepi lain. Yang ini cuma guna tepung beras dan sedikit tepung jagung, air daun pandan dan sedikit air kapur. Masak dengan api perlahan selama 25-30 minit sehingga kental. Oh patutlah...kena masak lama rupanya. Mungkin saya silap disitu. Saya mulakan proses membuat cendol menggunakan kaedah yang ini pula. Puas saya mengacau-sudah ke belum ni-sudah kental ke-sampai bila nak godak -sudahnya, terbit bau menusuk hidung. Alamak, bahagian bawah hangit...!(walaupun api yang paling slow.). Saya tetap tapis saki baki adunan tadi, tapi cendol yang keluar agak lembik. Sudahlah- awak tetap failed!

...jangan mengaku kalah..

Saya menggoogle lagi.Melalui pembacaan, memang ramai yang kata cendol dari tepung beras akan sedikit lembik berbanding jika dibuat dengan tepung jagung. Begitu rupanya. 
Teringat dirumah mertua ada pokok daun cendol. Setelah mendapat daun tersebut, saya sekali lagi turun ke gelanggang membikin cendol.


RESEPI CENDOL.

1/2 cawan tepung jagung
1 1/2 cawan air
15 helai daun pokok cendol
( blend daun bersama air diatas )
secubit garam
1 sudu tepung beras
sedikit air kapur
( yang ini optional)

Sediakan juga sebesen kecil air sejuk.
( saya guna air masak bercampur ais )

Cara-cara:



Saya guna tapisan besi ini untuk menekan cendol.


Ini pokok cendol. Kalau tidak ada, boleh guna daun pandan sahaja. Rasanya tawar saja. Cuma ada warna hijau asli sepertimana daun pandan.

Tekak saya memang macam-macam. Beberapa hari sebelum ini saya telah menikmati semangkuk cendol yang berwarna hijau dan pink di sebuah majlis perkahwinan, jadi saya sangat berhajat mahu seperti itu juga.
Ngada betul.

Buat yang pink colour dulu.


Sukat 1/2 cawan tepung jagung, sesudu tepung beras, secubit garam dan sedikit air kapur. Sementara itu 1 1/2 cawan air pula diletak sedikit pewarna merah...


  Gaul rata-rata menggunakan whisk. Masukkan kedalam kuali. Pasang api yang paling perlahan.


Sentiasa kacau. Dalam masa 2-3 minit sahaja ia sudah jadi memekat. Masak lama sehingga berkilat- warnanya menjadi sedikit jernih.


Masukkan dalam tapisan dan tekan guna belakang senduk kayu. 
Wah cantik sungguh.


Ambil 15 helai daun cendol, bersihkan. Gunting kecil-kecil dan blend dengan 1 1/2 cawan air.
Tapis


Sediakan tepung jagung, tepung beras dan secubit garam. Masukkan sedikit air kapur kedalam air daun tadi. Gaul sebati.


  Masuk ke dalam kuali. Masak dengan api perlahan.


Geram pula bila lambat sangat. Saya kuatkan sedikit api - sekejap saja sudah kental. Jangan lupa sentiasa kacau.


Letak atas besen besi. Leceh guna belakang senduk kayu. Cuba tekan pakai belakang tupperware biru ini- sekali tekan saja- habis semua cendol gugur- laju dan cepat.


Dan yang paling best, cendol yang ditekan dengan belakang tupperware biru tadi lebih gemok dan montel
 best best best!


 Geram tengok si montel berenang dalam air sejuk.

     
 Well done!!

                     
  Cendol makanan warisan bangsa.


Saya masak kuahnya dahulu. Tidak susah-sama macam kuah bubur kacang.
Santan...gula merah...secubit garam dan daun pandan. 
Saya sejukkan kuah santan dalam petiais.  
Boleh tambah aksesori kegemaran seperti jagung, kacang merah, kacang tanah, cincau-ikut kesukaan.



My homemade cendol.
Baru ada nikmat.



Sekian


No comments:

Post a Comment