Sunday 11 October 2015

ENTRI 146 : KENANGAN BIKIN LANGSIR.

Dengan lafaz Bismillah bicaraku bermula....


Mula-mula dulu memang selalu hentam saja.
First time buat langsir, kalau tidak silap tahun 2007, sebab pindah kerumah sendiri. Haruslah ada langsir. 
Terkial-kial sebab tiada experiance.
Memang belasah betul.

The best part ever adalah kenangan ditahun 2013.

Tangkak.

Kami pergi satu kereta.
Datang dari jauh membawa hajat.
Hajat mak pengantin.

Masuk satu kedai ke satu kedai, silih berganti.
Sampai longgar kepala lutut.
Sampai kedai yang last, naik tingkat atas.
Tu dia!
Mak pengantin terkesima.
Dia sudah berkenan.
Syukur betul.

" Ada tape?"
" Ada"
"Pinjam boleh?"
Mr Bangla angguk saja. Tidak pernah geleng.
Sebab dia sporting- habis langsir contoh yang kak ipar berkenan itu saya kerjakan. 
Selamba tarik kerusi- ambil ukuran sesuka hati macam kedai itu mak bapak sendiri yang punya.
Ambil ukuran panjang, lebar, ukuran lipat-lipat, ukuran tangga langsir, lebarnya, semualah saya ukur!
Muka tebal 3 inci agaknya.

" Kita mau semua sama...kain....renda.. semua sama.."
"Ok boleh kakak"
Mr. Bangla ok saja.
 Langsir yang tergantung atas kepala itu untuk pintu sliding 3 sedangkan rumah mak pengantin 4 pintu.
Dia tidak peduli. 
Itu bukan tugas dia.
Itu tugas saya!

Mula-mula dia berhajat hendak upah tailor, tapi timbul masalah lain pula.
Akhirnya saya memandai sanggupkan diri.
Walau dalam hati was-was gila.
Boleh jadikah?


Saya ini pesen orang yang tidak menyempat-nyempat.
Balik rumah, terus capai pen.
Sketch.


Buat ukuran sebiji macam langsir contoh, tapi kena buat sedikit adjustment sebab sliding rumah pengantin lebih lebar.


Pening juga hendak agak ukuran, hendak dapat proportion yang sesuai.


Ini lakaran untuk langsir tingkap.

Sudahlah pakai mesin jahit lama
Exercise kaki kaw-kaw punya.
Tuhan memudahkan hambanya yang dying inside hendak tolong orang ini.
Alhamdulilah..

Tidak sangka betul.
Boleh jadi cantik begini.




Tendency untuk menjadi adalah sangat tinggi sebab tiru pattern yang memang sudah lawa.
Ikut ukuran sebiji-sebiji lagi.


Tapi ini lah satu-satunya jahitan langsir saya yang paling awesome.
Di rumah sendiri, konsepnya asalkan ada.



Kain dan renda semua import from Tangkak.


Bunga penghias langsir.

Great experiance.

Semoga saya dapat hasilkan yang lebih baik dari yang ini.


Perkongsian kedua.

Buat langsir kahwin lagi.
Seperti biasa buat pelan dulu ikut citarasa tekak sendiri.
Ikut logik +  sedap anak mata memandang.
Ini serba sedikit macamana orang yang tidak pernah masuk kelas menjahit tapi ada hati hendak bikin langsir orang kahwin.


Siapkan suratkhabar lama, potong anggaran labuh 18 inci dan sambung-sambungkan kasi panjang.
18 inci ukuran yang cantik bagi pintu sliding. Kalau untuk tingkap,16 inci sudah ok
Saya rasalah.

As I did mentioned earlier, it's my way.


Ok sambung.


Saya buat lipat-lipatnya dulu, jadi ambil marker ataupun pen, tandakan setiap 3 inci. 
Tanda pada bahagian atas dan bawah suratkhabar supaya ukurannya sama.


Lipat-lipatkan jadi macam ini, 3 inci diatas, 3 inci dibawah.


Sudah siap lipat.


Pattern kali ini cuma 2 layer. Layer pertama- sekeping saja dan layer belakangnya adalah kain lipat-lipat.
Mula-mula ambil pelan untuk bahagian atas, untuk satu lengkung tu ukurannya adalah 2 kaki ( 60 cm )
Titik paling labuh pada kain lipat-lipat adalah 18 inci, manakala titik paling labuh untuk kain sekeping diatasnya adalah 13 inci. Jadi sekarang kita hendak dapatkan lengkung yang sama, jadi turunkan pelan 
sekeping itu dan trace atas kertas lipat-lipat.


Tandakan lengkungan dengan marker atau pen..


Guntingkan..


Buat pelan separuh, untuk sliding kita just repeat. 
Sliding 3 pintu perlu 3 lengkungan.


Bila sudah siap, bukaklah lipat-lipat tadi.
Macamana mahu gunting kain keluk-keluk kalau macam ini kan?
Potong secara lurus. Buat line melalui bucu sebelah dalam dan gunting.
Bila lipat balik memang tidakkan cantik lengkungnya macam asal tapi bila jahit nanti ia akan ok.


Pelan sudah pun siap untuk kedua-dua layer..


Kain langsir pilihan pengantin. 
Kain tebal berwarna maroon untuk first layer dan kain jersey berwarna cream untuk lapisan lipat-lipat di belakang.


Kain jersey yang menimbun membuat kepalaku pusing.
 Ada mood baru boleh guntinglah.

Buat!

Esoklah.

Pegang balik.

 Eh letak balik.

Gitu le.


Bentang.
Peluh berjurai-jurai 1/2 baldi sebab kipas tidak boleh pasang,
...nanti kain terbang-terbang.

Merangkak gunting kain panjang bukan main.
Merangkak ke kiri.
Merangkak ke kanan.
Upah kudrat saja 80%.
Itu sebab tempah langsir mahal.

Bila sudah rata, tanda ukuran 18 inci.
Dapat la 3 barisan, hendak gunting kain berjela-jela perlu sabar.
Otak dan tangan kena jalan seiring.
Matematik kira campur tolak darab bahagi kena mahir.

Untuk rel pintu sliding yang berukuran 2.45 meter, kain jersey yang diperlukan adalah dalam anggaran 8 meter!
Mahu langsir cantik kenalah membazir.
Selepas potong, tracekan pelan suratkhabar yang lipat-lipat tadi keatas kain tapi ia perlu dibentangkan.


Untuk first layer, memang save kain sebab pakai sekeping saja.
Yang ini agak mudah diuruskan.


Kain jersey tadi, ada lagi kerja leceh yang menanti.
Tandakan lagi setiap 3 inci, lepas itu baru boleh jahit.
Jahit macam masa kita lipat-lipat tadi, 3 inci atas dan 3 inci bawah.
Lepas itu cantumkan kain jersey yang siap dijahit pada tape putih, baru lekatkan kain maroon diatasnya.
Sebelum jahit saya suka testing dulu.


Belum jahit, cuma pin dengan peniti saja ini.
Nampak macam sudah ok dari segi proportionnya.


Saja hendak tengok dari jauh how it will looks like.

Kena hantar jahit tepi dulu.
Jahitan biasa bagi kain maroon, manakala bagi kain cream saya pilih jahit tepi halus benang warna maroon.
Last but not least, pasang renda manik berjurai.
Kata langsir kahwin!

Hopefully everything will goes well...
InsyaAllah.


Sekian.




3 comments: