Thursday 1 October 2015

ENTRI 141 : DIY : BUNGA REBEN.

Dengan lafaz Bismillah bicaraku bermula..



Saya diminta ahli keluarga untuk membuatnya.
Satu- sebagai tanda kami berkonvoi.
Kedua- bantu untuk cam kereta jika tersesat, maklum sajalah, kita bakal berkeliaran di bumi asing.
Saya pun pilih reben berwarna hijau kuning, plilihan warna terang benderang.


Pilih reben yang murah, pesen lama pun tidak mengapa. 
Potong reben satin kuning dan hijau pada ukuran 36 inci, manakala reben kain yang bersaiz kecil dalam anggaran 10 inci. Reben kain digunakan sebagai tali pengikat.
Jika buat satu warna saja pun boleh, potong reben satin 72 inci bagi setiap bunga.




Susun reben kuning dan hijau bersama dan buat dalam bentuk diatas dalam ukuran panjangnya 4 inci. Bahagian permulaan mesti berada didalam, lebihkan seinci dari titik tengah.


Gunting pada bahagian tengah tapi jangan sampai putus.


Ikat dengan reben kain. Ikat mati.


Mula keluarkan kelopak-kelopak.




Keluarkan satu kelopak dan pulas 180 darjah, keluarkan lagi satu kelopak dan pulas hingga bahagian dasarnya berpusing. Lakukan hingga habis. Kemudian susun atur semula kelopak agar nampak harmoni dan tersusun.


 Pegang pada bahagian tengah satu kelopak, mula gunting secara menyerong. Gunting sedikit saja.


Siatkan guntingan tadi. Gunting pula arah berlawanan. Siat cebisan guntingan dengan cermat. Tujuannya adalah bagi merimbunkan bunga.


Siap!
Buat sekemas mungkin. Kalau mahu tambah kelopak, tambahkan saiz melebihi 36 inci pada awal proses menggunting reben.




Hijau kuning.
Kedah betoi ni.


Memang membantu lebih-lebih lagi time kalut kat highway, tertinggal tidak nampak orang depan, gelabah tidak cam kereta, bila nampak bunga ini dari kejauhan, legalah juga. 
Kita cari kereta yang ada bunga.

Kenalah usaha untuk elak masalah.


Sekian.

No comments:

Post a Comment