Thursday 27 August 2015

ENTRI 132 : GUBAH BUNGA TERPAKAI.

Bismillah.


Selain membawa dulang dan barangan hantaran, mak pengantin turut membawa bunga-bunga yang sudah diguna semasa majlis bertunang dulu. Mana tahu kot-kot saya hendak pakai katanya. Daripada bunga-bunga itu terbiar, sebab saya beli bunga baru untuk majlis kawin, ada baiknya saya gubahkan semula. At least boleh juga diguna untuk hias bilik pengantin atau meja pengantin.
Memandai-mandai saja kan.


Selongkar barang lama, jumpa vase plastik warna hitam ini. 


  Saya ada balance gabus kering. 


Potong bucu gabus ikut muncung vase. Besar sikit tidak mengapa agar betul-betul ketat .


Tekan dengan tapak tangan. Kalau rasa masih besar, adjust lagi saiz gabus.
Cuma ada 3 jenis bunga saja yang diberi. Semua sudah dipotong pendek.


  Bunga ros berwarna ungu.


 Bunga carnation putih.


  Last sekalibunga kecil-kecil putih dan ungu.


Saya hendak guna tangkai bunga dari gubahan sebelumnya ini, gunakan playar.


Untuk disambung kepada bunga-bunga diatas yang sudah dipotong pendek. Saya perlukan bunga yang panjang tangkainya  dalam anggaran 5 atau 6 inci. Kalau tidak ada dawai ini, kadang-kadang saya rembat saja  lidi penyapu.


  Cucuk bunga ros betul-betul pada bahagian tengah gabus.


Cucuk pula pada bahagian penjuru pada jarak dan panjang yang sama. Selalu check dengan memandang dari pandangan atas.


Cucuk pada bahagian bawah pada sudut yang lain pula pada jarak yang sama juga.


Sebab bunga sampingan lain tidak banyak, maka jarak tidak bolehlah terlalu luas. Jadi masukkan lagi bunga ros
Jaga jarak agar sentiasa sama.


Sudah nampak full. Saya gunakan 17 kuntum bunga ros ungu.


Masukkan pula carnation putih. Pastikan daun untuk semua bunga ditolak hingga betul-betul berada dibawah bunga supaya nampak lebih rimbun.


Sebanyak 13 kuntum bunga carnation putih telah diguna. Masukkan pula bunga kecil-kecil. Selitkan juga pada bahagian paling bawah supaya tidak nampak gabus dari arah bawah.


Tengok dari pandangan atas nampak penuh dan rimbun.
Adjust kedudukan daun untuk mengelak dari nampak gabus.


Daripada membazir, dapat juga kita gunakan semula.


 Letak diruang tamu, menambah seri pada ruang.


Gubahan bunga adalah subjektif dan pelbagai.



Sekian.
Semoga perkongsian membawa manafaat.

No comments:

Post a Comment