Bismillah.
Saya terlalu minat dengan seni ukiran.
Terlalu indah.
Ada tarikan visual yang sungguh mempersona.
Unik dan tersendiri.
Dulu, semasa muda-muda, selalulah merayau ke Central Market Kuala Lumpur. Disitukan segala cabang seni dapat ditemu. Leka betul melihat para pelukis menyiap kerja diatas kanvas.
Rajin juga mencuci mata masuk satu demi satu kedai yang menjual pelbagai barangan, dan saya tidak mampu menolak keinginan hati untuk miliki sesuatu seperti ini :
Rehal dari ukiran tebuk tembus ini berharga RM 50.
Usianya kini lebih 20 tahun.
Rasa sangat berbaloi-baloi.
Satu-satunya rehal mengaji yang masih diguna sehingga kini, alhamdulillah.
Lupa harga kotak ini. Diguna untuk menyimpan khazanah lama seperti jam tangan lama dan beberapa perhiasan diri yang lain.
Jenis ukiran layang iaitu sebagai perhiasan pada permukaan barangan atau perabot.
Cantikkan? Tapi yang ini saya tidak beli.
Ini kepala katil yang sudah terbarai dan dihumban kedalam tong sampah.
Nasib baik saya nampak.
Lantak pi apa depa nak kata.
Depa tidak nampak ' value ' itu.
Inipun serpihan dari bangkai katil juga. Sampai hati depa campak masuk tong.
Ingat senang hendak ukir benda ini?
Saya berdarah seni.
Saya rela kutip.
Buat ukiran kayu bukannya mudah, perlu ketekunan, kesabaran dan tahap kretiviti yang sangat tinggi. Kayu yang diguna juga kena betul-betul tua, kering dan halus selain punya urat yang liat.
Antara kayu yang sesuai adalah kayu cengal, sena, merbau, nyatoh dan jelutong.
Seni kraf begini selalunya akan terap unsur-unsur alam sekitar samada awan larat atau ragam hias yang lain seperti unsur-unsur flora dan fauna, kaligrafi jawi, kosmos atau bentuk geometri.
Lately ada juga barangan moden yang punya motif diadaptasi dari seni ukiran kayu.
Menarik.
Kotak cenderahati dari plastik.
Kotak 'door gift' yang membuat hati terpaut.
Ukiran termasuk dalam seni mukaddas iaitu yang punya maksud tersirat selain maksud tersurat.
Orang tinggi akal saja yang boleh ' baca ' maksud-maksud yang cuba disampai oleh para pengukir.
Orang Melayukan kreatif.
Perabot jati yang berukir-ukir, minat tidak?
Big no!
Jika diberi pilihan, saya akan pilih yang simple.
Saya bukan mak datin -perabot berukiran heayy bukan taste saya.
Sekian.
No comments:
Post a Comment