Tuesday 5 January 2016

ENTRI 165 : ISYARAT DARI TUHAN.

Dengan lafaz Bismillah bicaraku bermula.....


2 baldi.
Yang satu saya rendamkan telekung lama.
Sengaja dibiar semalaman dengan niat biarlah bersebati air sabun dengan peluntur, biar senang kotoran tahi lalat itu tanggal.....
 Satu lagi baru saja saya letak untuk rendam satu-satunya seluar jeans yang saya ada.

Tengahari itu,
...sikecik keluar bilik air bersama bau yang mencurigakan.

Bau clorox.

Otak saya segera membuat calculation.
Hati kuat menyatakan, tangan gatalnya itu telah bermain air bercampur clorox dalam baldi rendaman telekung. 
Saya berbisik pada si abang, adik kau main air clorox ni....

The next day....
Selepas melangsaikan kerja-kerja menyental telekung, saya beralih pada baldi yang satu lagi.
Mak ai, apa pula ni?
Seluar jeans tunggal saya bertompok-tompok putih!
Hmm...

Geram?

No.

Saya releks saja.
Fikir dalam-dalam.

Ini bukan kerja sikecik, kata hati saya.
Ini isyarat dari Tuhan.
Yang membawa maksud- no more jeans...


Dia menyedarkan melalui tindakan si kecil.
Insaf.


Cerita lain.

Semalam hari pertama mengaji ditahun baru.
Selesai membaca 4 mukasurat pada helaian di Juz 19, ustazah membuka mulut.
Khabar yang buat saya jadi kaku.
Betulkah ini?

Saya berjalan pulang dengan fikiran diawang-awang.
Tatkala tangan kanan memegang gate depan rumah, hati ini tiba-tiba terdetik....
Adakah ini isyarat dari Tuhan juga?
Iyakah?
Begitukah?
Tuhan telah memilih saya.

Kepada suami saya terangkan. Katanya terserah.

Memikir lagi dalam-dalam.
Sebelum bulat buat keputusan.

Bukankah sebaik-baik manusia adalah orang yang mengajarkan Al Quran?
Tetapi saya ini jauh dari layak.
Memang selalu kata mahu jadi insan yang lebih baik.
...adakah itu bermaksud Tuhan telah makbulkan permintaan?
Allahuakbar. 
Saya perlu berani.

Doakan yang terbaik untuk apa jua keputusan yang bakal diambil.
Dapat jua saya berbakti pada agama..



Sekian.
Adakah kanak-kanak kecil itu akan memanggil saya ustazah?
Layakkah saya wahai Tuhan?

No comments:

Post a Comment