Monday 18 January 2016

ENTRI 168 : SECOND WEEK- HOME RENOVATION.

Dengan lafaz Bismillah bicaraku bermula....


Hari ini masuk minggu ketiga.
Laporan hari ini berkenaan progress kerja-kerja pembinaan sepanjang minggu lalu.

Pening sudah sebab too much gambar.
....ini gambar bila?..yang ini pulak hari apa ek...
Gitu.
Mencabar minda betul.
 Kerja cari sendiri, silalah sudahkan ya.

MINGGU KEDUA :

HARI KE LAPAN.
( 11jan-isnin )


Pagi Isnin yang indah tercemar dengan pencemaran bunyi.
Rumah siapalah yang memekak tu.....
Maaf ya jiran tetangga!
Kerja-kerja pemecahan simen sedia ada masih berjalan dengan giatnya, berteman terik sang mentari yang luar biasa bahangnya.
Waduh sesudah dipecah harus dikemaskan pula.


Sedikit bahagian beam pada bahagian porch sudah dipecah- itu adalah sempadan, bermaksud beam yang kearah rumah akan dikekalkan, the rest akan dirobohkan. Tapak untuk tiang baru sudah sedia, manakala sedikit bahagian pada dasar tiang sedia ada dikekalkan seketika sebelum kerja meroboh bersambung esok hari.

HARI KESEMBILAN.
(12jan-selasa)

Today...one man show...


Dia seorang buat kerja ini.
 Tengok pun penat.
Bergegar satu rumah.


Setelah beam dan tiang siap diroboh, pada sebelah petang masih dengan kerja pemecahan bongkah simen yang masih bersisa.

HARI KESEPULUH.
(13jan-rabu)


 Ratakan permukaan tanah untuk proses menyimen. Tompok-tompok simen diletak pada jarak yang sekata. Lori pasir datang bawa kampit simen dan dawai-dawai. Sebelum simen dituang kenalah bentangkan dawai supaya lantai akan jadi lebih kukuh.


Simen punya simen, saluran paipnya kebocoran!
 Mengamuk sekejap bos.
...pelik kerja macam ni pun tidak boleh jaga bebelnya....
Itu kerja orang semalam, orang yang kobak tanah, salahkan orang lain.
Gasak.
Bos kata tinggalkan dulu. Nanti dibereskan kemudian.
Bahagian dinding baru sudah dinaikkan papan dan dituang konkrit bagi membentuk beam.

HARI KESEBELAS.
(14jan-khamis )


Beam semalam tu sudah kering lalu ditanggalkan papan penyokong. Susun pula batu bata diatasnya. Seterusnya mendrill dinding jiran untuk proses buat beam bumbung pula. Sori jiranku, rumah kamu pasti berdebu...
Petang itu dengan tidak disangka-sangka....
Oh tidak.
Menjengah ditingkap, lori apakah itu...
Dari kejauhan macam ada benda quiet besar,  ada salur longkang konkrit, punyalah besar!
Mr sadokah itu?
Genyeh mata.
Betul ke saiznya tu?


Tidak sempat rakam, sudah diturunkan atas jalan. Papan-papan itu pula cover pandangan.
Anyway makin lama kurenung, rasanya that size should be ok.
Ada rasa grand disitu.
Yes....that grand feeling...
Golongan marhain mungkin akan berbisik-bisik sesama sendiri, ee..besau nau tiang tu ...
Kita intai macamana depa pasang tiang -roman pillar ni...


Tapak yang kuat sudah disiapkan bersama salur air hujan, jadi tiang yang agak berat dan lopong didalam akan ditegakkan keatas tapak itu. Kemudian dimasuk besi tetulang yang sudah diikat dan dimasukkan pula salur air hujan yang panjangnya bersesuaian. Kemudian bancuhan simen akan dicurah kedalam tiang tersebut. Sebelum kepala tiang dicantum, sambungan salur hujan akan dilekat pada salur sedia ada dalam tiang menggunakan gam khas, baru disambung salur hujan yang lain. Kemudian diletak kepala tiang dan seterusnya dituang bancuhan konkrit...


Dirikan tiang pun bukannya mudah, kena make sure ia betul-betul lurus dan tegak. Mereka gunakan kayu yang bergantung satu besi berbentuk kon terbalik dan mengukur jarak dari tiang ke tali mestilah sama dari atas ke bawah, berposak juga tengok depa hendak ukur, ambil masa dan tuntut kesabaran.

HARI KEDUA BELAS.
( 15jan-jumaat )

Half day.
Sempena menghormati kematian dikawasan kejiranan.

.... around 4 petang pekerja mula datang, siapkan apa yang patut.


Pasang tiang-tiang support untuk letak papan pembentuk beam.

HARI KETIGA BELAS.
( 16jan-sabtu )


Kerja banyak melibatkan sokongan untuk buat beam bumbung.
Nampak macam agak tinggi bahagian siling tapi actually ok sebab sangat proportion dengan saiz tiang.
Hai tidak sabar hendak tunggu minggu akan datang.

Hari kelima tukang minta duit pendahuluan, maka tiap-tiap malam tuan rumah pergi mesin cucuk duit, sebab sehari dibenarkan certain amount saja.
Kok gitu.


Sekian.
Semoga perkongsian membawa manafaat.


No comments:

Post a Comment