Thursday 29 January 2015

ENTRI 116 : RAJIN VS MALAS

Bismillah.


Dulu saya ada seorang kenalan.
Sangat rapat.
Semua bermula ketika sama-sama menunggu anak diluar gate sekolah.
Makin kenal makin serasi.
Sampai bertukar-tukar lauklah jadinya.
Kami punya banyak persamaan, baik dari segi latar belakang pendidikan mahupun sejarah hidup. 
Itu membuat kami saling memahami.
Kebanyakan rahsianya ada dalam genggaman saya.
Dia suka pula bertandang ke rumah.
Dalam seminggu paling tidak pun sekali.
Rimas?
Oh tidak.
Kedatangannya sentiasa dinanti.
Rumah saya sentiasa terbuka untuk dia.

Tapi bukan keakraban kami yang saya mahu perkatakan.
Ia lebih kepada kesan dari kemunculan dia dalam hidup saya.

Ada SMS masuk. 
Dia hendak datang.
Saya mengemas, mengemop, mengelap sehingga berkilat semua yang ada.
Baru hati lapang.

Saya akan siapkan sedikit juadah. 
Tetapi masa itu saya masih belum berapa pandai baking.
Hanya menu biasa.

Kerana tidak tahan tekanan, dia berpindah ke Johor Bahru bersama suami dan 2 orang anak. 
Sejak itu kami putus hubungan.
Saya memang terasa kehilangan.

Sejak itu rumah saya jarang menerima kunjungan kecuali hari raya.
Semakin suka bermalas-malas.
Semakin bertambah usia, semakin tidak kuasa.

Sebab itulah rasa teruja bila ada tetamu hendak bertandang .
Kemas rumah! opah nak datang!
...jerit saya pada anak-anak...
Semua meloncat dan macam ada jadual kerja pula, semua tahu tugas masing-masing.
Lantai dimop, bilik air dicuci bersih, ruang tamu dikemas laju.
Tidak sampai setengah jam semuanya nampak fantastic.
Bersihnya rumah kita.

Itulah.

Dua hari lepas, saya berada dihadapan rumah. Dari kejauhan nampak seseorang. 
Hati kuat mengatakan dia mahu ke rumah saya. 
Aduh.
Rasanya ada selonggok baju depan tv.
Lantai sudah bersapu ke belum?
Buku sekolah sikecik bertaburan.

 Memang sudah tidak sempat.
Rezeki tetamu itu dapat lihat 'true color'.

Itulah....
Bila syok berselerak, ada pula yang datang.
Tuhan sengaja mahu menguji?


Sekian.




No comments:

Post a Comment