Wednesday 28 January 2015

ENTRI 114 : MUHASABAH.

Bismillah.



"Aku mesti keluar, kalau tidak gila rasanya...
Satu hari hadap kerenah anak, kerenah bapak anak.
Walau kejap aku mesti jumpa.
Hilang stress dapat bersembang dengan kawan-kawan..."
Kata-kata benar dari seorang jiran- ibu kepada 5 anak yang memeningkan kepala.

Itu yang berlonggok bila petang hari.
Satu group kat lorong depan.
Satu lagi klik orang belakang.

******
Saya terkedu.
Tetap mendengar walau siaran ulangan.
Terlalu banyak informasi yang terkena batang hidung sendiri.
Pasal berlonggok dipetang hari.
Insaf sekejap.

Walaupun saya asyik memerap dirumah, rupanya itulah yang terbaik. 
Bukan katak bawah tempurung ya.
Teruk sangat bunyinya tu.
Anak kecil saya sudah mula bersekolah agama. Menjelang 6 petang saya sudah bersiap-siap. Saya pastikan pakaian lengkap...
Membawa maksud, betul-betul menutup aurat.
  Dulu saya pernah alpa.
Syukur diberi hidayah.

Satu hari kedengaran jiran depan rumah bersembang, terkekek ketawa, macam memanggil-manggil. nama saya pula.
Best juga sesekali join the club.
Salah seorang dari mereka terus melambai.
Sudah lama betul kita tidak bersembang, katanya

6.28 pm kelibat van kuning muncul dari kejauhan. 
Cepat-cepat saya minta diri.
Saya mahu pastikan sekecil turun dari van dengan selamat.

Waktu bersendirian, fikiran mula melayang.
Banyak betul mulut kau bercakap tadi ya.
Bukan main lagi, cerita pasal sipolan itu, sipolan ini.
Rasa hendak tampar-tampar mulut ini. 

Bila sudah berlonggok begitu, takkan cerita pasal cicak pula. 
Kita akan ada tendency untuk mengata orang walaupun yang diceritakan itu benar.

Kena jumpa makcik N***  ke sebab termengumpat dia tadi?
Astaghfirullah.

Itulah realiti hidup.
Dalam minggu ini, itulah sekali saya join group berlonggok.
Dari situlah agaknya saya dapat dosa paling banyak sepanjang minggu ni.



Sekian.
Ambil ikhtibar.

No comments:

Post a Comment