Saturday 19 April 2014

ENTRI 15 : AMAL PETUA

Pengisian :   Jangan lihat apa yang telah engkau usahakan tetapi lihatlah apa yang belum engkau selesaikan


Bismillahirahmanirahim...


Beberapa tahun yang lalu...
Semua telah siap. Ah lega sungguh. Dapatlah saya rehat sebentar sementara menunggu tetamu datang. Memerhati pinggan mangkuk tersusun rapi,cawan dan gelas tersedia dipenjuru meja,mangkuk-mangkuk bertutup masih panas berisi lauk pauk yang baru selesai dimasak. Semuanya serba sederhana.
Sekadar menjemput jiran tetangga yang dekat-dekat sahaja,lebih-lebih lagi jemputan open house ke rumah mereka telah saya penuhi sebelum ini,jadi bagi memudahkan mereka membuat kunjung balas,saya buatlah jamuan ringkas pada malam ini.

     " Assalamualaikum..." kedengaran satu suara yang biasa saya dengar.Tetamu pertama saya telah tiba. Cepat-cepat saya ke depan. Oh! Kak Liza rupanya. Dia datang berdua bersama anak bongsu.
     " Waalaikumsalam,masuklah...." jemput saya mesra.
     " Banyak masak!..." tegurnya.
     " Tak ada lah Kak,serba sedikit je tu...jemputlah makan.Nasi lemak kukus,panas-panas lagi. Makanlah ,jangan segan-segan.Mari makan Mukhriz.."
Wanita yang mesra saya sapa Kak Liza itu mula bergerak mengambil makanan..Dua pinggan nasi diisi lauk secukupnya.
     " Sedapnya nasi ni! pandai Ina masak ! Kak Liza tak reti masak kalau banyak-banyak macam ni..."..terangnya ramah.Wanita bertubuh mongel itu mempunyai anak bujang lain yang sebaya dengan anak sulung saya.

     " Akak nak tanya sikitlah Na!..Akak..bla..bla...bla....akak bla..bla...bla....."
Setiap kali dia membahasakan dirinya 'akak',saya rasa sungguh tak sedap hati,kerana naluri saya kuat mengatakan bahawa  sayalah yang sebenarnya lebih 'akak' dari dia.! 
Lalu saya bertanyakan tentang umurnya. Memang tepat jangkaan saya!
Dia kelihatan terkedu.
     Kami pon tergelak besar.
     " ...tapi akak tak nampak berumur pun....tu yang Liza ingat Liza lagi tua..."..
Saya cuma tersenyum hambar. Semenjak itu title kakak bertukar.Saya Kak Ina dan dia Liza.
Lebih menyayat hati,perkara yang sama berlaku antara saya dengan orang lain juga!
Get my point??

Persoalannya,kenapa dikatakan' tak nampak tua'? Awet muda kan namanya? Ceh.
Mungkin kerana badan saya tidak macam badan emak-emak. 
Saya ini sangatlah kurus semasa anak dara,dan proses mengandung hanya berjaya menambah cuma lebihan beberapa kilo sahaja. Yang mana itu merupakan bonus,alhamdulillah.

******

Mula mengamalkan petua ini beberapa tahun sudah dan saya sangat sukakan hasilnya. Malah ia sangat
murah dan mudah.Paling penting,no chemicals!



 Semua bahan ada didapur.


Rendam beras dalam masa 2 jam. Bila dah nampak kembang,masuk ke dalam lesung.
Lumatkan-tambah 2 sudu air suam supaya sedikit berair.Tak perlu bersungguh menumbuk. Cukup sekadar menggesek,asal lumat. Kemudian tepek rata rata kat muka.
Biarkan 15 minit. Cuci dan sental muka yang dah tebal dengan sel-sel kulit mati itu.
Hasilnya dapat dirasai serta merta.
Kulit terasa amat licin.
Petua lama ini, kena rajin.
Boleh lulur badan sekali. Memang kulit badan akan terasa sangat bersih.

Saya juga mula menjaga rambut.Memang terasa perubahan. Rambut terasa lebih lembut dari sebelumnya. Lebih selamat menggunakan bahan-bahan asli.


Pokok inai.


Lurutkan daun dari tangkai,masuk terus ke dalam blender-letak sedikit sahaja air ,asalkan pengisar boleh berputar. Tapis,sesekali kacau-kacau dengan garfu agar airnya turun. Biar 5 minit. Lepas itu sudah boleh digunakan.
Boleh inai kuku juga.

Bagi sesiapa yang hendak rambut cantik,ada hitam kilauan emas,bolehlah cuba! Ambil adunan hijau diatas menggunakan sudu lalu diletakkan pada rambut. Pastikan ada tuala telah dipakai pada bahu supaya bila sudah selesai,boleh terus balut rambut (seeloknya guna tuala yang lama,kerana akan ada tanda merah inai pada tuala). Biarkan selama 1 jam,baru bilas. Guna sikat yang jarang ketika membersihkan rambut. Guna air sahaja,jangan guna syampu dulu,biar warnanya benar-benar melekat pada rambut.


Sekian.

No comments:

Post a Comment