Friday 18 April 2014

ENTRI 13 : MISI MENCARI / MENOLAK JODOH (episod 1)

Pengisian : Tiada siapa yang paling pandai atau paling bodoh di dunia ini kerana setiap yang pandai boleh menjadi bodoh dan setiap yang bodoh itu boleh menjadi pandai..

Bismillahirrahmanirahim...




      Hanya 2 kali pertemuan,tak sempat cinta jatuh pun! Tak mungkin dia pula sebaliknya.Jika saya selawa Erra fazira,memang wajib dia sebagai lelaki normal fall in love at the first sight...! 

     Ironinya pertemuan 2 kali itulah ruang yang ada untuk saya buat pernilaian.
Menyeluruh.

    Seluruh deria bergerak ketahap maksima.Duhai hati yang punya rasa, otakku yang bijaksana,pertimbangkanlah apa yang kamu jumpa:

    Wahai mata,ceritalah apa pandanganmu? 
Apa yang telah kau lihat? Bukankah dia seorang yang baran? 
Mengapa pula? 
Kau tak ingat sewaktu dia membaling alat walkie talkie ke seat belakang ? Jelas,terang lagi bersuluh,dia tidak tahan tekanan! Macamana seorang lelaki tidak dapat mengawal emosi sedangkan hal yang berlaku bukan seserius mana? Alat itu selalu sahaja berbunyi bermakna ramai pekerja di tapak pembinaan tempat dia bekerja mencarinya. Dia site supervisor. Sudah tentu beban kerjanya sangat berat tetapi ingat! dia sedang bersama kau yang mungkin sahaja bakal isterinya! Sepatutnya dia bijak mengurus stress,mengasingkan masalah kerja agar tidak terbawa-bawa. Dia agak menakutkan ketika itu.
Pada aku,dia failed..!
     
Telinga!Apa pula penemuan kamu? 
Er apa ya?
Tidakkah kau mendengar? Terang dan sungguh jelas dia berkata,
     " Saya benci bapa saya!..saya tak boleh sebut pun nama dia..". Jujur saya tidak suka langsung ayatnya itu. Sesuatu tidak kenaPada pertemuan pertama! Saya berfikir sendiri,dengan orang yang tidak dikenali pun dia sudah boleh memburuk-burukkan bapa kandungnya sendiri, adakah lelaki seperti ini layak memimpin keluarga??
Ada lagi yang kau dengar?
Ada! dia kata yang emaknya sanggup menyediakan setiap hidangan mengikut kesukaan setiap anak pada satu-satu masa makan! Tidakkah itu menyusahkan si emak? Tidakkah dia terfikir,dia membabukan emaknya sendiri? Cuba bayangkan jika sudah berumahtangga.Ada kemungkinan kan dia akan membabukan isterinya sendiri??
Telinga-katakan saja dia sudah failed.!
     
Hidung!
 Ceritalah yang benar walaupun pahit. 
Memang ada bau-bauan yang memeritkan. 
Tak perlu jaga aib? 
Mesti terangkan! Ini mahkamah untuk keadilan. Keadilan untuk masa depan.
Ya! Bau peluhnya sangat kuat.! Memang logik, dia bekerja di tapak pembinaan
Bauan lain?
Rokok!
Kuat..!
Oh no!! this one...i really don't like!...
    
Macamana kau pula,hati? 
Aku,sebenarnya sangat kesian. Dia seorang anak yang membanting kudrat,mencari rezeki untuk se isi keluarga.
Ya!memanglah kesian,tapi jangan berfikiran sempit. Fikir jauh-jauh. Ini adalah masalah kendiri. Dia tidak mampu menjadi seorang suami yang bertoleransi. 
Mana boleh kau berkata begitu wahai otak!
Aku otak!aku tahu menilai.
Aku ambil langkah yang menyeluruh. Kahwin adalah untuk bahagia! Kau nak tak tuan badan kita berkata begini suatu hari nanti?
     "..saya menyesal kahwin dengan awak.." atau
    " kenapalah saya bodoh sangat,walaupun tahu awak ni baran..tapi saya degil sebab kesiankan awak,dah nasib saya...." atau..
     "..tak apalah,dah ditakdirkan hidup saya sengsara,saya hidup ni pun demi anak-anak.."
Nak dengar kata-kata macam itukah?
Jangan jadi bodoh!
Jadi apa keputusan kita?
Tolak ? atau terima.? 
Tolak.? 
Terima?

     
     " Betul ke you tak sudi terima I ..?" nada itu sedih sekali.
Diam.
    "I tak boleh terima.." dia  kelihatan sangat down. Saya terus merenung lantai macam insan tiada perasaan.Suasana di ground floor di bangunan tempat kerja sedikit sibuk. Lagu Whitney Houston berkumandang menjadi halwa telinga,melatari drama dua manusia yang berlakon dipentas dunia.
     " Well....what to do!" 
 Tiba-tiba walkie talkienya mula berbunyi.Saya sedikit cuak,takut juga dilempar benda itu ke muka saya pula,tetapi dia hanya membiarkan without any action....
     "In case you change your mind,you tahukan nak cari I kat mana?"

Sesaat selepas itu dia berlalu pergi. Sebelum meninggalkan saya,dia sempat berkata,lagu yang berkumandang itu adalah lagu dia dan saya!
Aduh!
Rasa sayu jangan cakap.

Saya melangkah juga,mood untuk bekerja terus hilang. Namun satu yang pasti,jiwa terasa sangat lapang,seolah bebas dari bebanan yang sangat berat.

     Interkom berbunyi,mengembalikan ingatan kedunia nyata.
   " Ya.?"
    " Datang depan sekejap..."
Sebuah pasu lengkap dengan jambangan bunga yang indah dan seikat bunga hidup menanti di situ.
    " Dua-dua kau punya.."
Saya terkedu.
Apakah saya patut menangis.....atau apa?
Adakah orang lain berpisah dapat bunga juga.?
Mamat baran itu rupanya sangat jiwang.

Ada ke moral story macam ni?.
Sebenarnya Jodoh itu di tangan Tuhan.


Maklumat tambahan:
   1-Terlupa betul nama Si baran tetapi yang anehnya ingat pula
        nama si bapa iaitu -Md Yassin (sempat menjeling pada kad pekerja yang ter
         gantung di leher semasa Si baran sedang membaling walkie talkie)
   2-Tapak pembinaan yang dimaksud diatas adalah tapak pembinaan KLCC.
         Jangan tak percaya pulak.
   3-Kenapa 'episod 1" ?
Takutlah nak bacalah episod 2.

Sekian.

No comments:

Post a Comment