Thursday 17 April 2014

ENTRI 11 : MY MOTHER

Pengisian : Kata-kata adalah seperti ubat...bermanafaat ketika sedikit tetapi mampu membunuh jika berlebihan.


Bismillahirrahmanirrahim...


        Hari ini dapur saya tidak berasap. No new recipes...no gubah-gubah..no..no..no..
Biarlah saya bersentimental hari ini,memperlihatkan sisi lain dalam diri eceh.
        
Emak.
Ya,emak saya dikahwinkan pada umur 15 tahun. Apalah yang budak 15 tahun mengerti tentang hidup. Dia masih mahu belajar tapi hajat ditentang. Pada usia 16 tahun dia sudah punya 2 anak! Seorang lahir di awal tahun (saya) dan yang seorang lagi di penghujung tahun!
(bayangkan pula anak dara kita yang Tingkatan 3 itu berkahwin dan beranak. Adakah mereka mampu galas tanggungjawab dengan baik? atau dengan stress? Budak-budak zaman teknologi  lagilah jauh dari sikap matang.) 
       Maka tidak hairanlah kenapa memori zaman kanak-kanak saya asyik terbayang.... emak...marah...emak...marah. Sekarang saya mulai faham. Walaupun berkahwin dalam usia yang terlebih matang,namun selalu saja saya gagal mengawal amarah pada anak-anak. Ada benarnya,kerana garang emaklah kami menjadi ' orang '.

 Pernah roomate semasa belajar dulu mengklasifikasikan saya sebagai seorang yang kuat disiplin diri. Dia sering merasa sangsi,adakah saya ini bermasalah atau apa,kerana sering melihat saya membaca surah Yassin setiap Maghrib. Pendek kata- perangai saya memang lain dari coursemate yang lain. Tidak suka bazir masa dan buat kerja on time.Dapat assignment terus buat (pernah roomate mewakili rakan-rakan yang lain memohon jasa baik saya tidak menghantar dahulu assignment kerana mereka bercadang untuk meminta extend,padahal assignment saya sudah dihantar seminggu yang sudah! ( mesti mereka bengang kan)
And I'm very very punctual type of person! Kalau janji pukul 8 pagi,pukul 7.30 saya sudah sedia.Mungkin kerana sifat-sifat itulah saya kira agak berjaya dimana saja. Zaman persekolahan yang cemerlang dengan pencapaian akedemik yang baik,akan sentiasa menjadi sejarah manis untuk dikenang.

Walau betapa tegas pun emak saya,sebagai seorang hamba Allah,dia tetap banyak kelemahan sebagai insan biasa. Apa pon,saya tetap berterima kasih kerana melahirkan.
       Lagu ni very touching,lagu dari Yusuf Islam and children. Khas buat semua ibu.

Your Mother.

Who should I give my love to?
My respect and my honor to
Who should I pay good mind to?
After Allah
And Rasulullah
Comes your mother
Who next? Your mother
Who next? Your mother
And then your father
Cause who used to hold you
And clean and clothed you
Who used to feed you
And always be with you
When you were sick
Stay up all night
Holding you tight
That's right no other
My mother
Who should I take good care of?
   Giving all my love
   Who should I think most of
       After Allah 
        And Rasulullah
        Comes your mother
        Who next? Your mother
       Who next? Your mother
        And then your father
          Cause who used to hear you
          Before you could talk
          Who used to hold you
          Before you could walk
               And when you fell who picked you up?
        Clean your cut
               No one but your mother
       My mother
Who should I say why close to?
     Listen most to
Never say no to
After Allah
And Rasullullah 
Comes your mother
Who next? Your mother
Who next? Your mother
And then your father
Cause who used to hug you 
And buy you new clothes
Calm your head
And blow your nose
And when you cry
Who wiped your tears
Knows your fears
Who really cares
My mother
Say Alhamdulillah
Thank you Allah
Thank you Allah
For my mother.
      .
Seorang ustaz pernah berkata- Setiap kata emak adalah betul walaupun dia sebenarnya salah. Paling penting- jangan menjawab. Jika tak setuju- diam.
Boleh?
Saya boleh.

 Semua yang berlaku itu bersebab.Tuhan pasti adil.


Sekian.
Alhamdulillah.

No comments:

Post a Comment