Tuesday 22 April 2014

ENTRI 18 : RESEPI SERIMUKA BATIK

Pengisian : Tiada hadiah yang lebih berharga dari sebuah nasihat.

Bismillah...

Setelah beberapa percubaan gagal,saya masih belum serik.
Kali ini saya cuba resepi yang ini pula.

Serimuka Batik.

Lapisan bawah.

2 cawan beras pulut ( rendam sekurangnya 4 jam )
1/4 cawan beras pulut hitam   ( rendam 4 jam )
160 ml santan kotak
160 ml air
1 sudu teh garam halus

Lapisan kaya

120 gm gula halus
50  gm tepung kastad
200 ml santan pekat
200 ml air -  blend bersama 5 helai daun pandan- ( tapis )
2 biji telur 
secubit garam
beberapa titik pewarna hijau
2 helai daun limau purut.


Bahan-bahan yang digunakan.

 
Sapu sedikit minyak pada loyang yang akan digunakan,kemudian, alaskan dengan plastik supaya mudah untuk keluarkan kuih yang dah masak nanti. Saya gunakan loyang 9x9 inci.
Boleh juga alas dengan daun pisang dan sapu sekeliling dengan sedikit minyak masak.


Dalam segala hal time management sangatlah penting,buat kuih pun sama. Kalau kuih talam ni- jika untuk minum petang,sebelah pagi boleh rendam pulut .Tengahari boleh mula kukus. Petang sudah sedia untuk dihidang.


Bersihkan pulut hitam yang dah direndam kembang,buangkan airnya dan masuk ke dalam periuk. Masak bersama 3 cawan air bersama 1 sudu teh minyak selama 20-30 minit dengan api sederhana. Selepas tu periksa samada sudah betul-betul lembut.Tapis untuk buang airnya,ketepikan.


Step 1 :  Kukus pulut putih selama 30 minit. Masak bersama santan dan sedikit garam.
Step 2 :  Setelah 20 minit buka penutup periuk,gaul-gaulkan,kukus lagi selama10 minit.
Step 3 : Masuk pulut hitam tadi dan gaul secara rawak.
Step 4 :  Alihkan kedalam loyang berukuran 9x9 inci yang telah dialaskan dengan plastik tadi.


Tekan-tekan dan ratakan pulut,itulah corak batiknya.


Semasa pulut dikukus,boleh sediakan  bahan-bahan untuk buat lapisan atas.

Gambar 1 : Daun pandan yang dah diracik,diblend bersama 200 ml air.
Gambar 2 : Tapis.
Gambar 3 : Sukat tepung kastad
Gambar 4 : Pecahkan 2 biji telur secara berasingan (sebagai langkah berjaga-jaga jika ada telur yang rosak)


Saya sangat suka masukkan aroma,supaya tidak rasa muak.Saya gunakan 2 helai daun limau purut.Boleh juga letak sehiris serai.Bahan aromatik tidak boleh banyak.


Gambar 5 : Masuk semua bahan masuk kedalam blender.
Gambar 6 : Masuk tepung kastad.
Gambar 7 : Blend 
Gambar 8 : Pastikan adunan ditapis.


Gambar 9 :  Letak sikit pewarna. 
Gambar 10 :Masak sebentar dengan api sederhana selama 3 minit,kenalah selalu dikacau sehingga adunan sudah mula likat. Matikan api.
Gambar 11 : Tuang dengan hati-hati keatas pulut.
Gambar 12 : Sedia untuk dikukus..



Kukus selam 30-40 minit. 


Bila dah lapik dengan plastik,mudahlah nak keluarkan. Biarkan sejuk sepenuhnya dalam anggaran 4 jam. Semasa panas lapisan kayanya masih lembik dan akan melekat pada pisau. Untuk dapatkan potongan yang cantik dan kemas,kenalah bersabar.


Gunakan pisau plastik yang disapu sedikit minyak masak. (saya sebenarnya kurang sabar juga-potong juga semasa masih suam,hasilnya-potongan jadi tidak kemas)


Lapisan kaya kelihatan lembik.


Yang ni setelah dibiarkan lama sedikit.

 




Pengalaman yang tidak ternilai bila apa yang dicuba itu,menjadi.

                                      

( Adik meh makan kuih ibu ni....tak nak?...kenapa?..sebab ada hitam-hitam?..Yang tu pulut juga!Habis siapa nak makan banyak-banyak ni?)


Sekian.

No comments:

Post a Comment