Tuesday 22 April 2014

ENTRI 17 : MAKCIK DOKTOR

Pengisian : Perkataan yang baik tidak akan muncul dari jiwa yang kotor..sebagaimana biji benih yang tidak tumbuh di tanah yang gersang.

Bismillah..



Hati saya berdebar. Ya Allah!..berikanlah aku ilham Ya Allah. Si kecil  masih begitu. Tidurnya seakan gelisah. Sekejap pusing ke kiri,sekejap ke kanan. Keadaan itu membuat saya mati akal. Nafasnya berbunyi. Mulutnya sedikit terbuka menampakkan sedikit air liur yang membusa kecil. Saya cemas kembali. Terasa mahu menangis! Perlahan saya bangun menuju ke ruang dapur. Blank. Tak tahu apa tujuan saya ke situ. Ah takkan nak dibiarkan. Cepat-cepat melangkah laju kebilik semula.
     " Balik cepat... bawa adik ke klinik !"
     " Demam lagi...?"
     Suara terasa tersekat,ada air bergenang ditubir mata.
     Gagang diletak. Mata saya menoleh kearah jam didinding.
11.15 malam,ah pukul berapa pula dia akan sampai ke rumah?
Sabar....sabar.....sabar......saya menyedapkan hati.
Istighfar.
Mundar mandir,sedar tak sedar 1 jam sudah berlalu. Menyaksi anak itu membuat hati bertambah tak keruan.
Kenapa lambat sangat...?
Masih lagi meneruskan saki baki kerjanya terlebih dahulukah?
Stress level sudah ketahap maksima!
Setengah jam kemudian kedengaran enjin kereta di hadapan rumah.
Saya yang sudah mula tersengguk-sengguk bingkas bangun,beristighfar sebanyak mungkin supaya tidak menunjuk rasa marah diatas kelewatan itu. Sekarang bukan masanya! Ada perkara yang lebih penting dari itu.

" Nak ke klinik mana?"
  " Klinik MM"
  " Klinik AA pun bagus...klinik baru"
     " MM.! rekod adik kan sudah ada disitu.Senang. Kalau klinik baru ambil masa nak daftar "
Dan suami terpaksa menurut kehendak saya.

" Sakit apa?"
      " Anak saya ni doktor..Dia baru baik demam,tapi bila tidur nafasnya macam tersekat-sekat..Dia bernafas melalui mulut..."
  " Dia selsema tak?"
" Tak!"
Doktor perempuan separuh umur berbadan sedikit gempal itu saya renungi.
Ah biar betul. Sangsi juga. Hati saya berkata-kata...kenapa pakai tudung pun senget....tahulah ini klinik 24 jam..tapi awak tu doktor..jagalah penampilan sikit.
Sudahlah sikit pun aku tak rasa kau ada aura sebagai seorang doktor.
Ke dia ni makcik kepada doktor yang bertugas yang keluar sekejap sebab perutnya meragam?  Hish macam pernah tengok je dia ini, sudah macam makcik jual ulam dekat pasar borong wups!


      " Doktor tak boleh bagi gas ke?...untuk buka salur pernafasan dia?"
      " Eh..mana boleh,saya dah check. Tak ada lendir. Paru-parunya bersih" dia merenung saya dengan senyum meleret.
     
   " Habis tu,kenapa anak saya jadi macam tu..?"
      " Tak tahu! " jawab doktor aka makcik ulam itu sambil mengangkat bahu. 

Tak Tahu..??!!!..Cuba teka apa yang saya rasa bila mendengar perkataan 'tak tahu' itu? Ya!...Saya sangat teringin hendak membuka selipar yang saya pakai dan meletak depan mukanya. Rasa nak saja saya cakap-pergilah jual sayur kat pasar borong atau pasar mana pun!Tidak payah la rawat manusia lagi!
Dia tak sepatutnya buat muka sinis sambil menjawab 'tak tahu!'.
Itu bukan jawapan profesional yang saya sebagai ibu hendak dengar! Saya betul-betul tak boleh terima!
      
" Tapi yang penting dia masih boleh bernafas kan?.."

Makk Aii. Dia memang pandai didihkan darah saya.
Sekali lagi dia memberi komentar yang menyakit hati .Kecil besar kecil besar saya memandang,menahan diri agar bersabar! Sikecil sudah terjaga,terkebil-kebil mendengar si doktor berbincang hangat dengan ibunya.
 Saya terus diam tanda tidak berpuas hati. Si makcik ulam mencapai lampu suluh kecil. 
(ha..peralatan itu lebih sesuai dengan kau berbanding semasa kau memegang stetoscope tadi!) 
Dia menyuluh ke dalam lubang hidung anak itu.
    " Dalam hidung dia ada bengkak sikit. Mungkin pasal itulah dia susah hendak sedut nafas"

(ah sudahlah ....I don't beleive you !)
   
 " So  puan..saya beri dia ubat titik hidung. OK?"

Kami ke kaunter.
    " Hai....ini je ubatnya.?..ubat titik hidung?"
Suami saya kehairanan. Saya membatukan diri kerana jika bersuara,takut lain pula nadanya.

Balik dari klinik saya terus menggunakan ubat itu. Habis? Nak guna ubat mana lagi?? Sikecil tertidur,tapi masih tiada perubahan. 
Malam seterusnya anak saya sudah boleh tidur dengan senyap! Tanpa sebarang bunyi, mulutnya tertutup dan yang lebih penting...begitu nyenyak sekali!
Maka betullah perskrepsi yang diberi oleh Makcik ulam itu!
Cehh!..Sangat sukar untuk dipercayai!


Sekian.

(Moral : Jika anak-anak tunjuk kecenderungan untuk menjadi doktor...sila 'groom' sikecil itu .
Pastikan doktor yang cantik, kemas lagi bergaya itu adalah anak anda!)

No comments:

Post a Comment