Wednesday, 10 September 2014

ENTRI 76 : GUBAHAN COKLAT/ GULA-GULA ( 2 )

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ


Kita hanya mampu merancang .
                                                        
Pada entri 41 yang lepas- saya ada bercerita hajat mahu menghadiah hantaran berbentuk  replika masjid yang akan dilekat dengan coklat serta gula-gula. Alhamdulillah, anak ustazah itu sudah pun selamat bergelar isteri bulan lalu. Saya tidak dapat gunakan replika tersebut walaupun telah lama menyiapkannya. Saiznya agak besar!
Tukar plan B.
Buat saiz yang lebih kecil.


Saya hadkan saiz basenya yang berupa gabus putih setakat 10 incix 10 inci sahaja berbanding 12 inci x 12 inci pada hantaran yang lalu. 


Kali ini saya gunakan aluminium foil paper berbanding crepe paper pada replika dulu.
 Ada  kelainan kerana warna kertas aluminium foil ini lebih terang. 3 kertas putih kecil dalam gambar diatas adalah saiz coklat yang saya selalu gunakan. Ini bagi memudahkan saya mengira dengan agak tepat ketinggian dan lebar dinding yang akan dibina nanti.


Lakar pelan yang sesuai. 
Gunting pelan untuk dapatkan anggaran kedudukannya. Tekap dan ikut dengan pen supaya memudahkan bila mahu melekatkan dinding pada base nanti.


Setelah mengira jumlah coklat yang akan digunakan, saya anggar ketinggian yang sesuai hanya 5 inci. Potong kotak terpakai mengikut ukuran pelan tadi dan untuk mematahkannya, saya gunakan pisau dan tekan sedikit tanpa putuskan kertas, supaya ia menjadi sempadan yang mudah dilipat mengikut ukurannya. Pada dinding sebelah belakang saya tandakan satu garisan selebar 1 inci sepanjang dinding-dinding itu.


 Balut dinding-dinding yang telah digunting dengan sabar. Kata nak bina bangunan. Memanglah tidak mudah. Perhatikan balutan saya sebelah dalam- kertas dibalut hanya sampai ke garisan 1 inci yang saya telah tanda. Gamkan mengikut dinding. Bila sudah 'patahkan' kertas yang telah dibalut, baru gamkan dinding yang disebelahnya. Bila sudah siap, gamkan pada pelan dasar yang telah kita tekap dengan pen tadi.
Faham?


Gunting kertas dari kotak tebal (saiz kecil 1/2 x 3 inci) dan tampal pada sebelah dalam kotak pada garisan yang telah ditanda 1 inci. Buat pada beberapa tempat. Ini adalah untuk sokongan kepada bahagian siling yang akan dilekat diatasnya nanti. 
Buat siling pula berdasarkan pelan lantai dan cuba acu dulu samada muat atau tidak, adjust mana yang perlu.
Kerja begini perlu teliti dan tidak mudah.
Kadangkala tidaklah jadi tepat ukurannya. Adjust saja mana yang dapat.


   Bila saiznya sudah ok, baru balut. Basic sudah siap. 
Perlu dicantikkan lagi.


Kumpul barang terpakai. Saya akan gunakan botol air mineral dan kotak ubat gigi. Cuba dulu untuk tengok proportionnya. Selagi mata rasa ada yang tidak kena- ubah dan cuba cara lain.


Perlu juga detailing (perincian).
Gunting kertas keras putih dari kotak terpakai untuk mendapat bentuk tingkap. Saya lekatkan dengan kertas berpelekat berwarna hijau.


Cipta details yang lain, seperti arca yang menghiasi pintu dan tingkap.


Gunting kertas dari kotak dalam saiz yang sama, gulungkan dan gam. Balutkan dengan belakang kertas aluminium foil bagi mendapatkan warna putih. Ini adalah sebagai tiang. Gamkan bila semua siap dibalut kemas.


Buat juga arca untuk dilekat atas tingkap. Buat sekemas habis.


Oleh kerana warna tema bagi majlis ini adalah pink, jadi saya masukkan renda pink untuk menghiasi gabus putih yang telah dibalut tadi. Rasanya saya perlu korbankan 2 acuan lompang.


    Ini antara dua jenis coklat yang selalu saya gunakan.


Dengan menggunakan glue gun, tampal coklat bermula dari bawah.

.
Ambil 3 butir gula-gula dan ikat ketat menggunakan dawai atau benang, cantum pada dawai dan cucukkan dibahagian hadapan sebagai 'pokok'.
Untuk dome (kubah) dari muncung botol air mineral, masukkan gula-gula kedalamnya padat-padat dan dengan terbalikkan- gam segera. Semua sudah siap. 


   1

    2

     3








Mak pengantin terharu bila nampak gubahan saya ini.
Alhamdulillah.


Sekian.

Lihat juga :BINA MASJID
                 :GUBAHAN COKLAT/GULA (1)
                 :GUBAHAN COKLAT/GULA (3)
                 :GUBAHAN COKLAT/GULA (4)

ENRTI 75 : GUBAHAN SIREH JUNJUNG ( 3 )



Alhamdulillah.
Lately banyak pula mendapat tempahan sireh junjung.
Mestilah saya suka.
Sebab buat benda yang saya minat.


Kali ini pattern yang agak ringkas.


Bekas yang tepat bagi menyusun bunga hidup. Ia dapat menampung air yang ada pada gabus basah, juga stabil dan gabus dapat dikejapkan dengan kemas. Ada bahagian berlubang dibahagian tepi untuk masukkan dawai kasar terus kedasar gabus, untuk kukuhkan ia. Tidaklah gubahan yang sudah siap, bergoyang atau beralih kedudukan bila dibawa nanti. Datang dalam pelbagai saiz dan bentuk, ada dijual dikedai-kedai bunga.


Dapatkan ukuran yang sesuai dan potong gabus basah, masukkan ketat-ketat kedalam bekas plastik. Dengan menggunakan dawai yang keras, cucuk kedalam gabus putih  supaya bekas tadi tetap kedudukannya. Jika menggunakan dulang hantaran, gunakan dawai halus untuk mengikat bekas plastik ini.


Jika tiada bekas plastik ini pun tidak mengapa. Kadang-kadang saya guna cara yang lebih simple. Balut saja gabus basah dengan aluminium foil, kemudian saya lekatkan bawahnya pada satu kertas tebal dari kotak-barulah saya lekatkan pada gabus. Malah pernah juga saya balutkan gabus basah dengan plastik saja (darurat sangatlah tu ). Asalkan bahan yang digunakankan mampu menampung air dari gabus basah,itu sudah memadai. 


 Bahan utama- daun sireh.


 Bunga kekwa. Cantik dan murah.


Ambil 2 helai daun yang berlainan saiz, susun seperti dalam gambar mengengilingi bekas plastik. Kemaskan dengan pin. Slain sebagai dasar, ia juga bagi menutup bekas gabus.


Ambil lagi 2 helai daun sireh- satu besar, satu kecil. Lipat bahagian kiri dan kanannya kebelakang. Kemudian patahkan separuh bahagian atasnya kebelakang juga. Pinkan pada sebelah atas sireh yang mula-mula tadi.. Buat dengan teratur dan dalam saiz yang sama..


 Susunan dalam saiz yang sama dapat hasilkan jalinan daun yang kemas.


Mulakan dengan satu warna dahulu. Susunkan dalam jarak yang sama.


Saya selalu kira dahulu bunga dari warna yang dipilih. Kemudian barulah saya boleh agak bahagian mana yang patut diletak agar ia mencukupi.


Masukkan pula bunga dari warna yang lain. Gubahan yang bagus adalah gubahan yang tidak nampak gabusnya.
 Nampak gabus- failed!


Salah satu cara untuk rimbunkan lagi gubahan adalah dengan membuat kudup seperti ini banyak-banyak. Jika ada bunga kecil-kecil (filler), ia adalah satu bonus, tapi saya selalu dibekal dengan bunga utama sahaja,jadi kita kenalah lebih kreatif.


Masukkan kudup ke dalam ruang-ruang yang masih kosong.


 Pandangan dari atas, gubahan mesti nampak penuh dan tidak longgar.


Siap.
Selalunya saya akan siapkan gubahan sireh pada waktu lewat malam dan letakkan ia didalam bilik air. Selalulah renjis air supaya daun dan bunga sentiasa segar. 


Sekian.
Semoga perkongsian membawa manafaat.

Lihat juga : SIREH JUNJUNG (1)
                 : SIREH JUNJUNG (2)
                 : SIREH JUNJUNG (4)

ENTRI 74 : DIY : BUNGA KAIN



Kali ini, saya kongsi pengalaman buat bunga hiasan langsir. 




 Cantikkan?
Saya gunakan kain jersey berwarna oren dan cream.




Pilih butang yang dapat tutup lubang pada tengah bunga.


Gunting kain dalam 3 saiz berbeza. Ini adalah untuk mendapatkan bunga 3 layer (boleh juga kalau nak buat 2 layer ).Untuk bunga yang saya buat dalam gambar, saya guna ukuran ini.

Bahagian luar :      4 inci x 20 inci
Bahagian tengah :  3 1/4 inci x 13 inci
Bahagian dalam  :  2 inci x 10 inci


   Kesemua perlu dilipat dua.


Jahit bahagian tepi- anggaran 1/4 inci dari tepi. 
Tidak perlu jahit tepi.

  
   Cantum kedua hujungnya.


Jahit.


  Siapkan semuanya.


   Jahit jelujur bahagian yang dijahit tadi-sambil jahit sambil ketatkan jahitan.


Bila sudah sampai penghujungnya, ketatkan betul-betul. Matikan jahitan. Jika boleh, dapatkan lubang tengah sekecil mungkin. Kelebihan gunakan kain jersey adalah, ia lembut, mudah mengetat berbanding jika gunakan kain yang keras.


  Siap satu.


Gabungkan semuanya menggunakan glue gun. 
Boleh juga jika mahu jahitkan sahaja.


Siap! Boleh juga adjust saiz yang berlainan, ikut kesesuaian langsir.


Yang ini saya buat menggunakan kain satin. Bahagian tengah dan dalamnya hanya sekeping kain dan jahit tepi halus dengan benang berwarna coklat. Cantik juga.


Selamat mencuba.


Sekian.