Monday, 19 May 2014

ENTRI 44 : JAHITAN.

Pengisian : Allah menyayangi orang-orang yang mengetahui kadar dirinya dan tidak melewati batas perjalanannya, menjaga lisan dan tidak mensia-siakan umurnya  - Imam Ali.

Bismillah....


Memandang lesu kain yang tersusun diatas meja rendah diruang tamu membuat hati sedikit tertekan. Sudah agak lama terbiar disitu. 

Straight to the point.
Malas.
Kenapalah agaknya
Tapi saya mesti mulakan. 
Itu adalah baju raya kami sekeluarga!

*******

Emak mula menjahit sejak muda. Sebaik sahaja berkahwin dan berpindah kerumah sendiri, dia telah menghadiri kelas jahitan Kemas yang diadakan di masjid. Mula mengambil tempahan dari orang kampung sehinggalah ke hari ini.
      " Dah sedap dengan jahitan emak kau...."
Itu kata regular customer. 
Dramalah juga bila ada yang tidak dapat menerima penolakan dari emak. Selalu terjadi menjelang akhir bulan puasa. Banyak tempahan ditolak. Si makcik ini kelihatan pasrah bila emak menerangkan kenapa bajunya tidak dapat dijahit. Diluar rumah, ketika menyarung selipar jepunnya, dia mengomel-ngomel...
    " ...kesian cucu-cucu aku,mana lagi aku nak hantar kain-kain tu....." 
Diatas sofa terletak elok satu bungkusan plastik merah. 
Saya memandang si makcik yang semakin menjauh, tanpa sebarang apa-apa yang dijinjingnya!

Baik punya drama.



Saya?
Belajar menjahit dari emak?
Tidak pernah!

4 bulan selepas bernikah, saya yang tinggal dirumah mertua pergi mendaftar kelas menjahit. Pelajarnya ramai. Masa saya banyak terbuang, memerhati, memerhati dan memerhati. Tidak boleh jadi..Saya angkat tangan. Cikgu datang. Setelah memberitahu saya budak baharu, diambil buku seorang pelajar lain dan disuruhnya trace pelan baju blaus. Kemudian dia sambung semula kerja yang terberhenti tadi iaitu menyembang!
Saya salin saja membuta tuli. 
Siap. 
Saya memerhati semula. Si cikgu terkekeh-kekeh dengan teman yang mungkin pelajar senior, mungkin kawan-kawan sekolahnya atau mungkin adik angkat bapa dia- whatever!

Adakah saya hadiri kelas seterusnya?
Tidak.
Kerana bosan?
Tidak juga.
Pening kerana tidak faham pola? 
Pening gelagat cikgu?
Tidak! Tapi saya memang pening kerana baru saja berbadan dua!
Maka berakhirlah  satu impian yang baru sahaja hendak jadi kenyataan.

The end.

Pola baju blaus. Walau setiap yang dicatatkan disitu tidak saya fahami namun ia berguna juga. Saya jahit juga blaus secara hentam keromo berdasarkan pola itulah.
 Blaus-blaus yang saya pakai ketika mengandung anak sulung.

Banyak kesilapan berlaku, dari situlah saya belajar perlahan-lahan. 

  " Malam ini kita keluar eh?"
" Nak cari apa?"
  " Kain ela. Ni....kain Zara dah salah potong.."  
Malam itu kami ke kota fesyen.
   " Ha sama!. Yang warna biru bunga besar-besar tu...." gembira dihati bukan kepalang. Dapatlah ganti tanpa diberitahu tuan kain. Harga pun tidak mahal. Lega sungguh. 
Setibanya di rumah, rasa hendak meraung! 
Menyesal kerana tidak bawa cebisan kain. Coraknya sangat sama cuma warna bunga sedikit lain. 

    " Maaflah Zara, kan aku sudah cakap awal-awal? Kau hendak juga hantar."
     " Tak apa, tak kisah pun. Yalah, yalah- aku takkan hantar lagi. Bukan sebab engkau jahit tak kemas sebab aku takut kau kena beli kain lain lagi nanti....hahaha!."

Ya lah! kelakar sangatlah tu kan?

Gembira juga nampak  Zara pakai baju biru bunga besar yang telah saya jahit itu. Baju yang tersalah gunting saya alter untuk buat sepasang kurung anak daranya. Kata mereka, baju-baju itu sedap dipakai. 
Syukur.


Sekian.


 
 




Friday, 16 May 2014

ENTRI 43 : APAM SERIAYU.

Pengisian : Kebijaksanaan menjanjikan kejayaan dan kebahagiaan tetapi jika disalahgunakan akan mewujudkan penderitaan.


Bismillah.....


    " Inilah kuih yang paling abah tak suka.."
Tidak apalah abah. Kami semua suka.

Selalu juga buat kuih ini, asalkan ada daun pandan. Kerana saya sebolehnya cuba untuk tidak pakai pewarna tambahan. Lainlah jika berniaga.

APAM SERIAYU. 

3 biji telur
2 cawan tepung gandum
1/2 sudu teh soda bikarbonat
1 cawan gula halus
1 penutup esen vanilla
1 sudu besar ovalett
santan kotak
10 helai daun pandan 
3/4 cawan air
secubit garam
( Saya buat begini- 10 helai daun pandan diracik dan diblend dengan 3/4 cawan air. Tapis 2 kali kemudian penuhkan 3/4 cawan air daun pandan itu dengan santan pekat dari santan kotak sehingga penuh. Campurkan secubit garam kedalamnya dan kacau rata-rata)

kelapa parut putih
2 sudu besar tepung gandum atau tepung ubi
1/2 sudu teh garam halus
( gaul rata )

Cara-cara membuatnya:
Kali ini saya tidak menggunakan santan kotak sebaliknya kelapa parut segar untuk dapatkan santan. Kenalah cuba cara lain juga untuk tahu hasilnya.Jadi resepi kali ini harus ditukar menjadi begini...

1/2 biji kelapa parut
1 1/2 cawan air
10 helai daun pandan
secubit garam


1/2 biji kelapa parut diblend bersama 1 1/2 cawan air. Tapis untuk dapatkan 1 cawan santan.


  10 helai daun pandan diracik-racik, masuk kedalam blender. Tambahkan 1 cawan santan tadi.Tapis 2 kali. Jangan lupa masuk secubit garam dan kacau rata-rata. Ketepikan.


Step 1 : Sukat tepung gandum dan tapis soda bikarbonat. (supaya tidak ada soda yang berketul, adakala terasa sedikit pahit jika soda tidak ditapis,saya sudah rasa pengalaman itu-guna saja penapis kopi yang kecil)
Step 2 : Gunakan gula castor. Kalau hendak guna gula pasir- blend kering. Kalau tak, memang payah hendak hancur bila dipukul dengan telur nanti.(ini pun saya sudah rasa)
Step 3 : 3 biji telur yang segar ( sebagai langkah berhati-hati, pecah secara berasingan supaya kejadian tercampur telur rosak tidak berlaku (pernah terjadi juga)
Step 4 : ovalett dan esen vanilla


 Minyakkan acuan supaya kuih tidak melekat bila hendak dikeluarkan. 
( pernah juga rasai pengalaman kuih melekat pada acuan)


Kelapa parut putih digaul rata bersama 2 sudu besar tepung gandum dan sedikit garam halus (tepung adalah sebagai agen pemekat-jika tidak letak-kelapa akan berderai). Cubit sedikit dan tekan-tekankan kedalam acuan. Panaskan periuk kukusan, letak beberapa helai daun pandan kedalam air kukusan.


Putar telur, gula dan esen vanila dengan kelajuan maksima selama 5 minit sehingga putih gebu.


Perlahankan speed, masuk 1/3 tepung gandum-putar berselangseli santan sehingga betul sebati. Akhir sekali masukkan 1 sudu besar ovalette. Pastikan ovalette betul-betul hancur. Kuatkan speed pada setengah minit terakhir.
(boleh juga masuk ovallete awal- selepas 5 minit memukul telur,sebelum dimasuk tepung dan santan)


Sudukan kedalam acuan dan kukus 10-15 minit. Jangan lupa balut penutup periuk kukusan supaya air wap tidak jatuh keatas permukaan kuih.


Sementara menunggu kuih masak, masih ada lagi separuh adunan yang tinggal. Jadi saya hendak tunjuk cara nak buat pattern. Bahagi adunan kepada 2. Satu- biarkan warna asal. Yang lagi satu- titiskan sedikit pewarna hijau. Ambil acuan. Sudukan separuh dari adunan berwarna asal dan sengetkan sedikit acuan tadi kearah kanan.. Cepat-cepat sudukan  adunan berwarna hijau terang pula memenuhi acuan tadi sebelah kiri pula.


Cantikkan? Masukkan kedalam periuk kukusan setelah kuih yang mula-mula tadi sudah masak.


Yang diatas, kuih tanpa pewarna tambahan. Yang dibawah-kuih yang ada pattern. Warnanya lebih terang.
 
 
  Sudah pun siap. Gebu tau! 
Tanpa kelapa itu,untuk sekecil saya.

                                        
 Delicious...!

                                           
 Sangat sedap.

                                           
  Gebu.

                                         





                    
   Yang ini, hanya warna asli daun pandan- wangi.!


Saya pernah juga terima tempahan. Yang leceh cuma proses sumbatkan kelapa.




Sekian.




Thursday, 15 May 2014

ENTRI 42 : LUKISAN JIWA.

Pengisian : Madu adalah penyembuh penyakit dan Al Quran adalah penyembuh bagi penyakit dalam hati, maka hendaklah kamu berubat dengan madu dan Al Quran.

Bismillah...


Kertas hebahan bertulis PAMERAN LUKISAN itu saya teliti. Setiap bait yang tertulis mesti dibaca. Tidak mahu tersalah tempat atau tersalah masa atau tersilap tarikh.Yang pasti, saya wajib pergi.! Kali ini di galeri Petronas Dayabumi. Pernah beberapa kali juga kesana atas tujuan yang sama.
 Menyaksikan sebuah pameran lukisan.
Esoknya saya keluar awal, ambil bas untuk ke bus stand Kelang dan dari situ saya perlu menapak sahaja. 
Berada di situ bagaikan tenggelam dalam dunia sendiri.


Tenang.
Terpesona.
Meneliti setiap karya.
Menghalusi setiap yang tersirat.
Kagumi setiap lontaran visual .
Tiba-tiba saja,
saya membulat suara
Mahu jadi seperti mereka
Mahu menzahir subjek agar tampak realistik.
Mahu mentafsir objek agar nampak bernyawa.
Mahu buat itu semua .
Kerana saya tahu saya mampu
Jangan bandingkan saya dengan mereka..
Mana mungkin.
Mereka dan saya
Ibarat langit dan bumi


Minggu itu saya ke pasar seni. Memang selalu singgah disitu,walau tiada motif tertentu. Kadang-kadang melihat pelukis tekun menyiapkan lukisan.Namun hari itu kedatangan saya sedikit berbeza. Terus naik ke tingkat atas. Meneliti setiap yang ada di kedai stationary itu membuat saya kalut. Ah...as a beginner apa salahnya aku beli setakat yang termampu. Dari memilih berus lukisan, kertas dan warna yang hendak diguna. 
Maka bermulalah aktiviti melukis saya.
Bukanlah yang terbaik. Banyak kekurangan dan kelemahan dari pelbagai aspek. 


Mencari subjek memang agak payah. Ada antara pelukis profesional akan keluar mengambil gambar. Untuk originality. Untuk itu mereka sanggup meredah hutan,menyelami dasar laut, memasuki penempatan setinggan, menyusuri perkampungan nelayan- mengikut kecenderungan dan minat.  
Saya? beli saja poskad apek sorong basikal. 
Tidak kisahlah, baru hendak berjinak-jinak.
Walaupon lukisan ini siap,tetapi tidak begitu sharp.


Ini juga dari sebuah poskad. Melukis figura tidak digalakkan dalam Islam kerana bagai memberi nyawa- maka saya sudah kurang memilih manusia sebagai subjek selepas itu.
Lukisan ini tidak begitu siap. Masa berkarya adalah selepas balik kerja-bertempat dirumah sewa ketika masih bujang dulu. Melukis pon dalam keadaan serba kekurangan.


Rasa menyesal kerana tidak menyudahkan lukisan batu-batuan ini,sebab rasa sangat susah.

Pengalaman hidupku : very priceless!!


My favourite . Tidak percaya juga saya pernah hasilkan gambar sebaik ini seumur hidup.
Yang menarik adalah costume wanita ini. Gambar berdasarkan potret yang saya jumpa dalam sebuah majalah. Lukisan ini pula agak besar, bila sudah diframe memang berat dan menyusahkan untuk dibawa pulang menaiki bas mini yang sempit, dan bersesak-sesak.


Ha comelkan? Ini pun saya suka, lupa pula dimana terjumpa gambar budak ini.

*******

Adakah anak-anak yang mengikut?


Ada! skill sudah ada! malah nampaknya dia lebih advance!  Boleh pula klasifikasi setiap komponen sebuah kapal terbang. Dia bagaikan seorang engineer!


Malah boleh juga membaraikan sebuah bas, kemudian menulis semua komponen yang ada.
 Sudah tentu bukan kerja mudah!


 'name : ayah'
Kenapa ada jam diatas kepala ayah tu dik?
Jawabnya: Itu jam kat belakang ayah lah!
Tak muat kertas, apalah ibu ni, itu pun tak tahu...


  "Name : Ibu "
Ibu ke tu? nape gigi ibu jadi macam tu ?


Siapa ni ?
Ibu tak tahu ke? Ini gambar kawin adik nanti. Sebelah pengantin lelaki  tu pengapit pegang payung. Ditepi tu tempias-tempias rambut pengantin perempuan. Kenapa rambut tu nampak lain macam. Tu, orang ramai lah tapi jauh kat belakang. Masa adik kawin nanti mestilah ramai orang datang.


Cantikkan adik masa jadi pengantin?
Yang sebelah, berbadan bengkok tu-pengapit penganti. 


    Kenapa gambar si Ain ni kemain lawa ?
Tahulah bestfriend awak!


 Ini gambar siapa pula?
Tak payahlah besarkan. Scary...

Lukisan jiwa si kecil saya.


My favourite.....
 

Big improvement, maklumlah sudah darjah dua.

Pada usia sekarang, rasanya skil saya semakin tumpul.
Adakah si kecil itu mampu menjadi seorang pelukis yang baik suatu hari nanti?
biarlah masa yang menentukannya.


Sekian.

ENTRI 41 : REPLIKA MASJID ( 1 ) UNTUK HANTARAN.

Pengisian : Agak menghairankan. Ada manusia mencuci wajahnya berkali-kali namun tidak pula teringat untuk mencuci hatinya walau sekali.

Bismillah....


    " Acik nak bagi something untuk hantaran..boleh?" 
Gadis awal 20 tahun itu tersenyum. Mengangguk tidak. Menggeleng pun tidak. Sedar tidak sedar sudah lima bulan saya dan seorang jiran mengaji di rumahnya. Anak dara ustazah yang belajar disekolah tahfiz itu akan melangsungkan perkahwinannya penghujung musim raya nanti. Kerana rasa terhutang budi kerana mengajar kami tanpa bayaran (ikhlas kata umminya) maka amat berpatutanlah saya beri sesuatu sebagai hadiah.

Bermula sesi memerah idea.
     Apa ya yang boleh buat dia impress? Diakan ustazah yang bakal mendirikan masjid. Apa kata buat sebuah replika masjid, tampal dengan coklat dan gula-gula?.Senang atau tidak,bukan isunya. Yang penting,cuba buat. Dia mesti suka.

Mula mengumpul barang terpakai. 


Barang-barang pertukangan, serta kotak-kotak terpakai- kali ini saya gunakan gabus putih berukuran 12x12 inci sebagai base utama.


Saya memang selalu kumpul kotak-kotak terpakai untuk recycle semula.


Projek begini memerlukan  perancangan yang teliti. Hendak bina masjid mana boleh hentam keromo. Buat plan dulu. Kena ada peralatan yang sesuai dan otak kena cergas .
Base adalah 12x12 inci. Jadi tapak bangunan yang perfect adalah lebih kurang 10x10 inci. Kita akan mereka bangunan within that area.
Sesiapa yang pernah berangan mahu jadi arkitek- ini adalah suasananya, sudah boleh rasai tekanan kerja-kerja yang memeningkan.
Jadi mulakan dengan memotong kertas dari kotak sebagai asas building


Saya sudah ukur, ketinggian yang sesuai adalah 5 inci. Ikut pelan yang sudah dibuat. Cadang-cadang mahu bina tunnel ditengah-tengah supaya building tidak monotonous bahkan menjadi lebih impressive.


 Balut dulu dinding, lebih-lebih lagi bahagian tunnel dan the base. Saya gunakan kertas crepe berwarna gold. Lepas itu bolehlah gamkan mana yang patut.  Bagi memudahkan semua bahagian bercantum dengan tepat, ukuran yang dibuat mestilah betul.


 Ada laluan ditengah-tengahnya. Saya siapkan penutup yang akan diletakkan diatas dinding-dinding itu -sebagai silingnya (ini pun kena refer plan) Lepas itu boleh ambil kotak-kotak kecil dan acukan pada binaan, pilih mana yang paling suitable and boleh beri features yang menarik.


Habis acuan lompangku. Guna apa yang patut. Saya guna kotak ubat gigi, penutup kotak selinder kain pelikat, kotak kon ais krim dan lain-lain.


Acara yang menakutkan. Mengorbankan barang-barang kesayangan.
Jangan gam dulu sebab belum finalised mana yang paling sesuai. Mana rasa kurang menarik,buang tepi.
 

Fikir....fikir....kepala arkitek sudah mula berasap.
Fikir something yang unik. Maybe sedikit touch of arabic architecture ke, moroccon ke, mongol ke, ah whatever!
At last terfikir sesuatu yang awesome!
(mood  jadi tidak stabil sebab ruang tamu rumah sudah macam tongkang pecah)


Acu balik. Tengok dari segala sudut- front elevation - rear elevation - right and left elevation. 
Semua kena diambil kira.Tengok proportion.


Tengok dari pandangan mata burung, lepas itu tengok dari dalam tempurung.


Para pengkritik bangunan akan berasa kagum.
Tambah detailing. Setelah dibungkus cawan kopi kapal api kawww, ia menjadi sungguh tidak kawww lalu keluarkan mereka dari senarai.


Cari alternative lain -apa yang bercirikan seperti dome masjid. Acuan lompang nampaknya kurang suitable.
Cuba botol air mineral- ok solve problems!. Penutup botol pun boleh digunakan pada tempat yang memerlukan perincian.
 
 
Potong bahagian atas botol. Buatlah detailing yang wow sikit. Saya sudah pun balut keseluruhan binaan dengan kertas gold. Renda coklat lebihan menjahit langsir, memang banyak membantu.Bukan bahagian muncung botol air mineral sahaja yang berguna, bahagian bawah juga diguna sebagai kubah masjid.

Jom kita lihat hasilnya

1
                                                     
 2

  3
                                          

Lawa?
Memang agak stress menyiapkan projek ini, tapi saya berpegang pada prinsip-setiap kepayahan itu pasti akan berakhir dengan kemanisan. Satu kepuasan yang sukar digambarkan.

                               
  Macam architecture dulu-dulu.


Banyak yang saya skip, tidak sempat snap step by step.

  
Balcony atas dibuat untuk melambakkan gula-gula didalamnya, banyaklah gula-gula dapat diisi nanti.
Boleh juga diguna  pengantin untuk berlari-lari sekeliling tiang. Sambil menyanyi, sambil menikmati secawan kopi kapal api betul-betul kaww...!


Pada dinding-dinding yang kosong akan dilekatkan coklat bersaiz kecil bersampul warna pink atau mengikut tema warna majlis.

                                         
   Pandangan dari sudut lain.
.

Dalam penutup botol itu ada keratan botol plastik air mineral yang lebih kecil sedikit saiznya dan saya lekatkan batu-batu dari renda langsir dengan susunan yang membulat, menghasilkan effect yang amazing.


Ini pula bahagian bawah botol air mineral 1.5 liter yang diterbalikkan. Juga saya lekatkan dengan batu dari renda langsir.

                                                
  Guna saja bahan recycle.

                                                   
 Finally.

 

Well done.

Sengaja saya buat awal supaya tidak kelam kabut nanti. Musim raya mana ada masa, sibuk bertandang dan memenuhi undangan open house.Tambahan pula saya memang tidak gemar kerja last minutes. Biar rumah saya bersepah sekarang. Kerja saya nanti cumalah tampal coklat dan tabur gula-gula pada kawasan yang telah ditetapkan. 

The end! and they live together happily ever after....

Peringatan : apabila sudah ditampal coklat dan gula-gula,replika ini akan bertambah berat. Perlu ambil kira juga faktor ini,apatah lagi jika majlis melibatkan perjalanan yang jauh.

Sekian.

Lihat juga : BINA MASJID
                 : GUBAHAN COKLAT/GULA (2)
                 : GUBAHAN COKLAT/GULA (3)
                 : GUBAHAN COKLAT/GULA (4)