Thursday 15 May 2014

ENTRI 40 : NGAJI.

Pengisian : Dua perkara yang ada dalam kehidupanmu. Angan-angan dan kematian. Angan -angan akan memanjangkan ia, manakala kematian itu akan memendekkannya.


Bismillah.

38 tahun yang lalu...

      " Semalam tu...kenapa?"
" Semalam?"
      " Semalam abah marah...kenapa?"
      " Alah kau ni.." kenapa tiba-tiba saja rosakkan mood saya? Tidak mahu ingatlah. Wajah bertukar suram. Sesuram semalam.
  
      " Aku tak nak ngaji hari ni..." saya buat keputusan muktamad.
      " Aku pun. Tak pasal-pasal aku pun kena" adik kedua menyokong membuta tuli.
      " Dah pukul berapa? Ada budak sudah datang?"
      " Dah petang ni. Jom." 
" Ke mana?"
      " Entah, mana eh....?"

Berposak kami dua beradik mencari 'pot' sesuai untuk bersembunyi. 
Di mana? 
Bawah katil bilik tengah!
Itu mungkin lokasi terbaik. Payah untuk dikesan walau abah gunakan radar sekalipun!
Kami matikan diri. Diluar kedengaran suara kanak-kanak lain. Berlarian merebut tempat dan giliran. Abah masih asar dimasjid. Suasana makin gamat, mereka mula bermain dihalaman rumah kami. Saya dan adik menelinga. Tiba-tiba adik menepuk dahi.. 
   " Alamak!"
   " Napa?"
      " Dah janji dengan Talib nak bawa getah, nak main skipping."
      " Uh ingatkan apa tadi. Tak payah, esok-esok boleh. "
Tiba-tiba senyap sunyi. Rasanya kami tahu kenapa.
  " Syhhhh!!!!"

Suara abah kedengaran. Seorang budak lelaki mula membaca. Tersekat-sekat pula. Membaca mukaddam pada mukasurat yang sama tiga hari berturut-turut! 
Habeslah.
Kami pasang telinga. 
Yang diserambi menanti giliran, dibawah katil menunggu habuan. 
PANG!!! 
Tamparan ke lantai itu memeranjatkan semua orang!
     " Baca!!" tengking abah. 
Talib teraba-raba. 
Kasihan sungguh. 
Semalam saya yang kena!
     " Dah...pergi balik!! menderas dekat rumah. Esok kalau tak dapat....siap!!"Talib mengesot- esot perlahan, ketepi, ketepi, menghampiri pintu dan terus cabut dengan sedu sedan yang ditahan. Airmata berjuraian. 
Yang lain menikus, sibukkan diri menderas. 
Saya memandang adik. Dia juga memandang saya, pandangan yang saling bertukar itu seolah-olah berkata- nasib baik kita menyorok disini.....

Hari semakin gelap. Desingan nyamuk membingit telinga. Kesabaran kami benar-benar teruji!

Ada suara diluar. 
Suara orang dewasa. 
Lelaki dan perempuan. 
Alamak, itu emak dan abah!
    " Keluar!!!!" tengkingan tidak bersambut.
"Aku kata keluuuaaarrrr!!!"
Gunung berapi sudah meletus.Wajah sudah pucat lesi.

Kami diikat pada tiang dapur dengan tali. Kemudian ditinggalkan disitu. Abah kembali keserambi  menyambung semula tugas yang terbengkalai.

Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya dua-dua kena ikat kat tiang dapur juga!

Kenangan sungguh!

Seingat saya, dua kali kami diikat. Sekali diikat pada batang pokok ciku!
Hai abah, mujur kita tidak tinggal kat Sweden kan?.
( saya khatam semasa darjah 3. Masih terlalu kecil untuk memahami semua peraturan dan ilmu tajuid)


Saya kembali belajar mengaji untuk baiki bacaan. Berdua bersama seorang jiran. Dua dewasa bersama selebihnya kanak-kanak. Alhamdulillah, sudah pun sampai ke juz 10 .
Semoga mampu istiqomah,ameen.


Sekian.

 
    
        

No comments:

Post a Comment