Friday 9 May 2014

ENTRI 35 : RIMAS.

Pengisian : Antara sifat munafik adalah menganggap nasihat orang sebagai sindiran kepadanya...maka tidak diterimanya nasihat itu.



Pernahkah temui seseorang yang merimaskan? 
Suka pula memaksa-maksa!

     " Banyak daging korban tahun ni?"
      "Banyak juga....kenapa?"
      " Bagi kak Z sikit ? Kak Z suka simpan daging fresh."
      " Boleh, apa salahnya. Budak-budak ini sudah bosan makan daging selalu."

Itu perbualan 2 tahun lepas.

       " Banyak daging tahun ini?"
       " Ada juga. Baru balik dari kampung. Dapatlah sebungkus dua."
       " Untuk Kak Z tidak ada ke? heh..heh.."
       " Ada dua bungkus saja. Itu pun emak kat kampung yang bagi. Kat taman belum ada orang hantar"
        " Na!....telefon mak kau, tanya ada lagi tak"
Takkan saya nak telefon mak saya semata-mata hendak minta daging korban lagi? Bahagian saya emak sudah beri. Sudah tentulah jika ada orang hantar daging lagi emak akan bagi pula kepada adik-adik saya yang tinggal berdekatan. Macamana saya mahu menerangkan ini kepada Kak Z ?
        
" Na!..Kau telefon je,nanti Kak Z datang ambil kau. Sekejap lagi suami Kak Z balik kerja. Kita pergilah balik kampung kau sekejap." Saya terdiam.

Wujud juga manusia begini.
   
15 minit kemudian telefon berdering lagi. Saya biarkan saja.
Tolonglah aku wahai Tuhan! 
Dia yang 2 tahun lebih tua ini sebenarnya memang baik hati, sangat peramah dan friendly. Anak kami sebaya dan belajar di kelas yang sama. Semasa darjah 2 dan 3, anak kedua saya dan anak tunggalnya pernah berkawan baik. Semenjak itulah kami sebagai ibubapa turut berkawan juga. 
Deringan terhenti sendiri.

Bosan juga melayan tekaknya. Mungkin kerana dia anak bongsu dalam keluarga, apa yang dimahu mesti dapat walau apa pun cara.

*********

Mangga kunci sudah terbuka. Perlahan-lahan pintu kaca ditolak. Penat bukan main. Padahal cuma duduk sahaja, bertepuk tangan, bersorak-sorak saja. Entah apa yang penat.
Pada awalnya memang tidak kuasa juga hendak ke acara sukan sekolah itu, tapi bila terkenangkan sikecil saya ambil bahagian dalam acara tarian prasekolah, pergi jugalah. Tiba-tiba telefon berbunyi.
     " Assalamualaikum."
     " Waalaikumsalam.....pergi sekolah tak tadi?"
     " Oh Kak Z! Pergi."
     " Kenapa kau tidak cari akak?"
Hai kenapa saya kena mencari dia pula? Kami tidak berjanji! Saya berkawan juga dengan ibu-ibu kawan anak saya yang lain.
     " Tak nampak Kak Z pun...." saya beralasan.
     " Akak nampak anak kau menari. Wah bukan main lagi, akak ada ambil video tau..."
     " Saya datang lambat sikit. Duduk sebelah emak Maisarah kat tepi meja hadiah."
      " Akak pun duduk dekat situlah, tak nampak kau pun...bla...bla...bla....."
Kepala saya mula serabut. Bila berdepan dengan dia, saya selalu mati kata. 

Teringat pula cerita semasa anak kami sama-sama mengambil bahagian dalam acara perarakan maulid nabi (berarak dari sekolah agama mereka menuju ke masjid).
     " Jom tengok anak kita berarak"
Saya memang tidak mahu pergi. 
 "Duduk dalam kereta saja. Akak dengan suami akak baru saja keluar rumah ini, kau siap ya?"
     " Eh Kak Z saya sibuk ni. Hendak masak lagi"
     " Ah sekejap saja"
     " Tidak mahulah Kak, leceh ada anak kecil ini, bukan boleh duduk diam lama-lama.." 
Pada masa itu anak bongsu saya masih kecil lagi.
     " Bolehlah, bukannya lama pun!"
     " Taknaklah kak"...letak telefon.
Apa punya manusia.

Siapakah yang bermasalah sebenarnya?

Dalam hal memberi sesuatu barang atau apa sahaja pun kita sebenarnya perlu mendapat keizinan dari orang yang hendak diberi itu. Bukan memaksa. Dalam hal ini saya puji emak saya.
     " Kau nak pasu ini tak? Mak nak simpan dalam stor ni..." Saya belek-belek pasu yang dimaksudkan. 
  " Taknak lah."
   " Taknak sudah'"
Dan sikap emak itu saya warisi.
     " Zara, kau nak tak baju t-shirt? Ada saudara yang susahkan? Ni aku ada bawa baju adik aku. Dia budak sukan, banyak dapat t-shirt, orang taja. Macam-macam warna ada...Aku tanya je....kot-kot kau nak..." dan si Zara jiran saya membelek-belek baju yang penuh satu beg plastik .
    " Kalau macam ini aku pun nak. Tak payah lah bagi saudara aku tu...heh..heh..heh...buat baju basahan apa salahnya..."  


Suatu petang yang entah bila, tiba-tiba kedengaran hon kereta di hadapan rumah saya.
Siapa? 
Kak Z!
Dia sudah pun berdiri di tepi gate rumah. Tangannya memegang satu bungkusan berisi sesuatu.
" Masuklah.."
     " Tak payah, nak cepat. Ini ada buah markisa dari kampung,ada ulam. Teh strawberry  dengan coklat dari Cameroon. Kak Z pergi hari tu. Bagi anak-anak makan."
 " Terima kasih"
    
 " Ha asyik kita je yang bagi dia"

????

Dia memang pakar matikan mood saya


Sekian.


 



 
     
   


       

     

No comments:

Post a Comment