Tuesday 6 May 2014

ENTRI 30 : SUPERWOMEN

Pengisian : Bukan keaiban jika kamu terjatuh..tetapi keaiban adalah kegagalan kamu untuk bangkit.


Bismillah...


Suami menggeleng kepala,tanda kagum. 
Kagumkan saya? 
Er itu sangat tidak mungkin. 
Sebenarnya kepada kakak belakang rumah.

Bunyi itu bergema lagi,bagai telah menjadi lagu latar kehidupan kami setiap hari.
 Berbunyi pula tidak kira waktu.
    
Greeeeeng!...senyap....greeennngggg....lagi.. dan lagi...!
Kami saling berpandangan.
      " Buat kuih lagi ke kakak tu"
     " Ada orang hendak beli kelapa parut agaknya"
Cawan berisi Neslo panas masih berbaki,diteguk dengan asyik sekali. Topik perbualan berkisar mengenai kakak tersebut. Suaminya baru bersara dari kerjaya sebagai pegawai polis di Kuala Lumpur. Sekarang hanya bergantung kepada duit pencen yang diterima setiap bulan. Si suami kini  dirumah, tidak bekerja lagi.
     
" Kalau suami akak keluar siapa nak hantar makanan kerumah mak akak? Siapa nak ambil anak dari sekolah? Siapa nak ke kedai beli barang-barang kalau ada orang order kuih? Siapa yang.... bla...bla...bla..." begitulah yang selalu diceritan kepada kami.
    Rajin sungguh mencari duit. Sebutlah apa sahaja, semua dia sanggup!
Jaga anak orang, jahit langsir,baju pon dia terima. Jahit tepi pun boleh. Hingga pernah juga terfikir,kuat betul kudrat kakak yang sebenarnya sebaya dengan suami saya itu. Malah pada sebelah petang dia akan ajar mengaji pula. Bukan sahaja kanak-kanak, orang dewasa juga.
     Minggu sudah, jiran berdekatan telah mengada majlis perkahwinan anaknya yang ke lima. Menjelang petang semua anggota kendarat yang bertugas mula beransur pulang. Kakak itu memegang satu bungkusan kelihatan seperti plastik sampah hitam. Kutip botol air mineral kosong untuk dibawa balik.
Suami saya terus geleng kepala.
Sebagai seorang yang kuat naluri, saya dapat tangkap apa sebenarnya maksud gelengan itu.
Engkau pun sepatutnya mencontohi dia!
    
" Akak tak jaga anak orang ke hari ni?..." tanya saya semasa kami merewang tempohari. Ini kerana saya lihat kakak itu berada disitu sejak pagi.
    " Suami akak jaga".

Pertanyaan untuk suami : bolehkah jaga anak dirumah?

******

 Dua cawan Neslo telah habis. Jam di dinding menunjukkan pukul 11 pagi. Mata saya terpandang ke arah belakang rumah. Ada kelibat seseorang mundar-mandir didapur rumah mereka.
Tinggi orangnya. Tidak mungkin kakak itu kerana dia agak rendah . Terdengar pula bunyi kelentang kelentung, kuali dan sudip berlaga-laga.Bau harum tumisan menusuk ke lubang hidung.
    " Suami akak itu sedang masak"..ujar saya.
    " Mana tahu?"
    " Iya,itu kan dia. Abang tu kan tinggi orangnya."
 Suami saya terdiam.


Pertanyaan kedua untuk suami : Boleh masak kalau saya sibuk siapkan tempahan?

******

 Disatu petang dihari yang lain, terdengar perbualan kakak itu bersama kawan baiknya di belakang rumah..
   " Pak Mat( panggilan untuk suaminya) tengah lapar, ada kat dapur tu...buat cekodok."

Pertanyaan ketiga untuk suami : Boleh self service bila saya hendak ber' me time' dengan kawan-kawan?



Sebenarnya kita tidak boleh dapat semua dalam satu masa dalam hidup ini.
Cermin diri. Cermin diri suami juga. Semua ada ego. 
Suami  kakak itu boleh merendahkan egonya sebagai lelaki untuk masuk ke dapur kerana si isteri sibuk dengan komitmen lain. Adakah suami kita boleh berbuat begitu?
Tuhan kan adil. Untuk lelaki yang mahu makan pakainya tersedia,Tuhan beri isteri yang tidak suka hendak sibuk. Untuk suami yang tak kisah,boleh berdikari-Tuhan kurniakan seorang bionic women yang sentiasa ada kerja lain untuk dibereskan. 
Get my point??

Sekian.

No comments:

Post a Comment