Monday 5 May 2014

ENTRI 29 : MISI MENCARI/ MENOLAK JODOH ( EPISOD 3 )

 Pengisian : Biar kamu tidak cantik dimata penghuni bumi tetapi namamu menjadi perbualan penghuni langit.


Saya berjalan seorang diri. Kelas Binaan Bangunan telah pun berakhir kira-kira setengah jam yang lalu. Rakan-rakan lain terus ke studio, menyiapkan kerja-kerja subjek design yang masih tertangguh. Laluan pejalan kaki dari batuan konkrit bersulam rumput itu menghasil pandangan yang tersusun rapi, dipayungi deretan pohon-pohon rendang yang saya sendiri tidak tahu namanya. Dari kejauhan kelihatan bumbung-bumbung asrama perkampungan pelajar perempuan, terletak di kawasan yang agak berbukit. Di sebelah kiri jalan terdapat tiga blok pelajar lelaki. Di celah kesunyian petang itu, terdengar suara orang berbual-bual dalam nada yang sangat perlahan. Sesekali terselit gelak tawa. Kedengaran pula siulan kecil dari tingkat paling atas. Saya biarkan sahaja. Ah mereka ini! Kalau makcik India lalu pun mereka akan 'pheeewitt' kan juga! 

Keesokkan hari, di studio.

        " As...ada orang nak kenal "
Airmuka saya berubah. Dahi berkerut kerana terkejut.
Sebenar-benarnya,tidak rasa apa pun. Cuba juga berlagak biasa.

                          "Dengar tak ni?                        
        " Kau tak ada pakwe kan?"

   Aduh!

Esok punya esok:

       Sekeping surat diletak  dihujung adjustable drawing board .
Hai masalah sudah mari. 
Mengeluh perlahan,menghela nafas dalam-dalam.
Berdialog dengan diri sendiri:
Berapa usia kau sekarang?
20.
Sudah ready untuk semua ini?
Entahlah.
Sampai bila?
Dulu pernah target hendak kahwin umur 21 tahun kan?
Alah itu cakap kosong sahaja. 
Belum ready....
Bukan tidak mahu,cuma self esteem sekarang sangat rendah.

".....khabarnya saudari merupakan pelajar perempuan yang paling rajin di fakulti ini......"
Amboi pandai sungguh mengayat .
Mesti lembut gigi dari lidah.

Ok! positif please.

Saya tahu angkara siapa.
Menjaja cerita kerajinan saya.
Rushdan! 
Budak lelaki yang berasal dari Batu Pahat dan berketurunan Jawa itu adalah rakan sebiliknya. Saya tahu dialah yang selalu 'pheewiittt'kan saya selama ini!

 ".......saya mahu bertemu saudari...esok.....di library....."

Berdebar.
Adakah saya akan pergi?
Pergi?
Tidak?
Pergi?
Tidak?


Kami akhirnya berbual di perkarangan luar library. Meja dan kerusi menjadi saksi. Bersembang itu dan ini. Saling bertukar cerita peribadi. Masa berlalu, berjalan beriringan menuju ke asrama masing-masing. Banyak mata memandang. Teman-teman rapat mula berbisik sesama sendiri.
Terkejut beruk barangkali. 
Kerana selama ini rekod saya bersih.

Suka ?
Tak.
Rasa semak .
Semalam engkau sudah pon berdating.
Ha?!!

Esok punya lusa :

      " Tak payah keluar dengan budak itu lagi!!" Wan Nor beri amaran.
Kenapa?
      " Semalam Nor nampak dia dibandar, naik motor dengan seorang perempuan!"
Ha..? 
Celaka, sumpah saya berbakul-bakul dalam hati.
Walau belum wujud sebarang rasa terhadap si Jawa itu, hal ini betul-betul meranap imej saya.  
Malu yang amat. 
Suhu membuak,mendidih.
Bukan pada siJawa tapi pada Rushdan!
Grr!


Sekeping kertas dicapai. Segala rasa marah.+ geram.+ sakit hati.+ tertipu diluah kepada seorang hantu bernama Rushdan.
Sampai hati.
Reputasi saya tercalar.
Puas dia meminta maaf dan menerangkan bahawa roomatenya sudah clash dengan perempuan itu.
Oh none of my business!
Memang si Jawa 'tak bersih' di mata saya!
Syukur Allah lindungi dengan menggerakkan hati Wan Nor untuk memberitahu, Alhamdulillah.

Pertemuan yang cuma sekali itu ibarat menconteng arang ke muka sendiri!

Pengalaman pahit untuk dikenang, tentang saya yang bongkak dan susah membuka hati, tiba-tiba tergerak untuk belajar menerima cinta tetapi diperlakukan demikian rupa pula.

Namun saya percaya itu semua telah tertulis. Takdir menemukan saya dan dia. 
Allah always knows what best for me.


Sekian


No comments:

Post a Comment