Sunday 11 May 2014

ENTRI 38: HARI IBU.

Pengisian : Jadikanlah masa yang berlalu itu pengalaman dan pengajaran.....masa yang sedang berjalan itu kita isi pula dengan amalan......dan masa hadapan jangan terlalu kita angan-angankan.


Hari ini saya bercuti.
Minta cuti.
Gantung sudip dan kuali.

Pagi yang indah, terlalu indah!
Anak bongsu yang umur 6 tahun mendahului yang lain.
Dipeluknya saya kuat-kuat, diciumnya seluruh wajah saya.

 " Pagi ni adik bagi ibu kad. Petang nanti adik jaga ibu dengan bagi ibu hadiah, malam nanti adik belanja ibu eh? Tak payah simpan kuah.." kemudian cepat-cepat dia ambil kad yang telah disiapkan. Hampir tidak percaya apabila membaca setiap yang dituliskannya. 

Selamat hari ibu. Adik sayang ibu. Adik suka ibu. Adik rindu ibu. Adik suka makan dengan ibu. Adik suka tidur dengan ibu. Adik suka peluk dengan ibu. Adik suka mengagi ( mengaji ) dengan ibu. Tamat.

Dan pada muka surat sebelahnya...

Mula tulis. Adik suka balik dengan ibu. Adik suka main kelitik dengan ibu. Adik suka menjait (menjahit ) dengan ibu. Adik suka nama adik Tamat.

Hendak ketawa pon ada.

Kad yang penuh dengan 'love'  itu saya belek,hanya ditulis dengan pensil. Tetapi nilai kad itu lebih dari segala isi bumi! 
Esoknya terima lagi kad dari dia, kali ini kerana disuruh cikgu. Sebab lukisan keknya sangat cantik maka ramai kawan  minta tolong untuk lukiskan kek yang sama atas kad mereka.
Cayalah anak ibu!..


HAPPY MOTHER'S DAY... untuk saya dan semua yang bergelar ibu.

           
   Kad istimewa dari anak dara saya.


                                  

Sekian.

No comments:

Post a Comment