Friday 9 May 2014

ENTRI 36 : ANAK.

Pengisian :  Janganlah bersedih hati dengan maki dan tuduhan nista yang manusia lemparkan kepadamu...Sesungguhnya ia tidak menghinakan dirimu sebaliknya ia menghina diri mereka sendiri.



Airmatanya mengalir. Bingkas dia bangun, menuju ke bilik belakang. Pintu di rapat. Mahu bersendirian mungkin. Saya dapat agak kenapa Ana menangis. Dalam hingar bingar kenduri itu, sudah tentu ada yang bertanya tentang anak. Usia perkahwinan Ana dengan sepupu saya sudah menjangkau 3 tahun. Masih belum ada tanda-tanda Ana hamil. Mungkin ada orang tua yang terlepas cakap, bergurau kasar. Tidak boleh diterimanya.
Semalam kami datang menolong apa yang patut. Terdengar suara budak terjerit-jerit dalam tangisan yang kuat. Disusuli suara perempuan dewasa ( mungkin si emak) yang suaranya lebih over dan power!

       " Apasal tu?...."
Kami memanjang leher, mencari dari mana datangnya suara terpekik terlolong itu.
     " Apalagi, si Dian pukul anak." terang Ana.
   " Itulah, ada anak dipukul-pukul. Ana kalau ada anak, takkan pukul macam tu...."
Dian adalah biras Ana. Walaupun Ana berkahwin lebih dahulu,tetapi rezeki Dian dapat anak dahulu. Puas Ana dibawa makcik saya pergi berurutlah, naikkan peranakanlah, bersengkaklah.
Allah lebih tahu. 
Tidak lama kemudian terdengar berita Ana hamil, lagi dan lagi dan lagi. Sekarang Ana ada 4 anak.
Allah tidak beri kegembiraan tanpa ujian.
Anak-anaknya sungguh hiper.
Yang perempuan bongsunya pun buas!
        
BERDEBANG!!! bunyi apa itu?...
Kami yang duduk menjamu selera dimeja luar terperanjat. Meja disebelah hampir terbalik! Beberapa mangkuk berisi makanan dapat diselamatkan.
Sepupu saya kelihatan bertungkus lumus menenangkan anak kecilnya yang sedang mengamuk. Ana cuma mampu memandang dengan geram. Bibirnya terketap-ketap menahan sabar!

      " Dengar cerita anak kau masuk hospital, betul ke Ana?"
  " Ya"
   " Sakit apa?"
        " Budak baik. Dia asah pensil warna banyak-banyak. Habuknya dimasukkan ke dalam telinga, boleh percaya ?"
Ha?
Bagaimana fikiran anak lelaki keduanya boleh sejauh itu. Ana semakin tegas. Lebih-lebih lagi ketika musim Raya. Anak-anak buat perangai di rumah orang. Memang tunggang-langgang. Kadang-kadang kasihan juga. Bagi saya Ana memang seorang yang sangat kuat. Dia kematian emak sejak kecil, dibesarkan oleh ayah, mengusahakan bisness kecil-kecilan. Jual ketupat daun yang siap direbus. Memang biasa kerja berat sejak kecil. Mengangkat periuk besar, mengadap dapur sepanjang hari, merebus ketupat sendiri, jadi rutin.  Ana pernah mengadu.....
     
" Semalam Ana keluar beli barang. Kat shopping itu, ada group buat check-up kesihatan secara percuma. Ana pun tidak lepaskan peluang. Disuruhnya Ana berdiri atas alat penimbang. Mesin itu boleh kesan macam-macam rupanya. Tahu tak apa resultnya...?"
     
      " Katanya, walaupun Ana baru 29 tahun tapi organ dalaman Ana macam orang usia 40an..."
Ana sangat down.

Kini anak-anaknya kian membesar dan sudah boleh dikontrol berbanding semasa kecil dahulu.


Dan khabar lain yang saya dengar, Ana selalu memukul anak-anaknya dengan hanger!!

The End!


Sekian.



     

No comments:

Post a Comment