Tuesday, 23 May 2017

ENTRI 205: PRAKTIS PSV- KOLAJ IKAN.

Dengan lafaz Bismillah bicaraku bermula....



Lazimnya bila kertas yang menyenaraikan pilihan soalan subjek Pendidikan Seni Visual sampai ketangan saya, kami- ibu dan anak, akan duduk berbincang. Apa mahu dibuatnya selalu saja tidak mendapat perkenan. Selaku ibu yang kebetulan sukakan kerja seni, sudah tentu saya lebih tahu. Tidak kira berapa inci panjang muncungnya, ibu tidak boleh turutkan.
Nasib awaklah anak.

Kali ini, untuk peperiksaan setengah tahun pula. Setelah berdiskusi sedikit lebih kurang, saya sarankan buat yang mudah. Kenalah ukur baju ditangan sendiri ya sayang!

Well ibu rasa adik patut buat 'bunga dan kumbang'.
Senang. Buat apa hendak buat susah-susah?

Hmmm.....(nada protes)
Tidak mengapa. Meh ibu sketchkan bunga dan kumbang. Adik kena praktis dululah. Kan ibu sudah banyak kali pesan, kalau tidak tahu -tiru. Pergi ambil kamus bergambar, banyak gambar kumbang dalam itu kan.


Senang kan?

Setelah diwarna asasnya dengan crayon, perlu pula lidi untuk lukis gambar bunga dan kumbang yang semua sudah tidak nampak lagi dah tu...
Sebab itu kena berlatih lukis duhulu.

Hmm....
Ok ke ni?
Hmm....ok?


Boleh dapat A tak?

Kan adik sudah cakap, tidak mahu buat yang ini....
Wah wah wah dia melepas perasaan.
Oklah kita buat lain.
Apa pilihan yang ada?
Kolaj ikan.
Sound interesting!

Tapi adik hendak buat pedang.

Pedang?
Bahan-bahannya- kotak terpakai.
Pedang dari kotak? Nonsense!
Pedang sah-sah panjang dan kotak takkan strong enough hendak kekal lurus begitu...

Kita buat kolaj.

Saya minta sikakak cari image kolaj ikan. 
Ditunjukkan gambar yang ini.


Macam ini saja?
Alleh...ibu gerenti adik boleh buat.
Esok kita cari barang yang disyaratkan- pinggan kertas,kertas warna, gam, bijirin dan manik.

Esok dia mulakan kerja.
Begitu tekun sekali sedang saya sibuk membaca. Tidak exited nak turut serta seperti selalu...

Siap?


Ayaya!

Hai adik ini...kena ibu juga masuk campur.


Ini barang yang diperlukan.


Sikecik saya melukis bentuk ikan didalam kawasan yang rata sahaja. No wonder ikannya bersaiz kecil. Saya buat ekor sampai hujung pinggan.


Kertas-kertas warna kenalah disiat-siat. Saya pilih dark purple, kuning dan peach.


Bijirin yang saya pilih- beras dan halba juga sedikit manik .


Bila sudah gunting bentuk ikan, sapu gam dan lekatkan dengan kemas. Jangan kelam-kabut.


Jangan lupa alas dulu ikan tu dengan suratkhabar.


Untuk lekatkan manik sebagai mata, guna gam yang kuat sikit macam UHU.


Bahagian sirip, lekatkan kertas warna peach, sapu gam dan susun beras dalam susunan yang teratur.
Halba pula lekatkan pada bahagian warna kuning.


Buat elok-elok.
Macam sudah malas saja tu....


Buat kelainan. Pada ekor campur warna dan lekatkan halba. Baru ada texture.


Siap. Baru ada harapan dapat A.






Adik sentiasa ada dibelakang ibu.


Rupanya diam-diam dalam biliknya sudah tersangkut pedang yang diusahakan secara rahsia..!



Pergh anak ibu memang begitu.

Sekian.

Monday, 22 May 2017

ENTRI 204 : GUBAHAN TUALA BENTUK BUNGA.

Dengan lafaz Bismillah bicaraku bermula...



Sudah lama memendam hasrat, berangan sendiri hendak gubah tuala ke bentuk bunga bungaan. Lain dari kebiasaan. Rasanya boleh buat. Tidak mustahilkan. Cuma perlu berfikir diluar kotak.


Setiap gubahan sama ada hantaran perkahwinan, bunga segar atau tiruan- ada mukanya, bermaksud bahagian yang perlu dihadap kehadapan kerana itu yang akan memancing pandangan. Muka yang sudah sempurna tidak lagi perlu hiasan kerana ia sudah punya kekuatan tersendiri, malah eksesori tambahan kadangkala menjadikan visual keseluruhan kelihatan sarat. Apa yang perlu ditambah hias adalah bahagian belakang atau yang kurang kemas akibat lebihan kain / tuala dan sebagainya.

Ok bagaimana gubahan ini direalisasi?

Saya diberi sehelai tuala yang ada tertulis ' Selamat Bertunang'. Saya akan cuba sedaya upaya agar tulisan ini dinampakkan. Tuala kecil-kecil saya beli sendiri kerana dalam otak ini sudah ada macam-macam gambaran.


Cotton towel bersaiz 35cm x 75cm berharga RM 4.80 sehelai manakala tuala berpetak yang lebih kecil-hand towel bersaiz 24cm x 24cm berharga RM 18.95 sepeket yang mengandungi 12 helai.


Mula sekali, buat bekas untuk bunga. Saya buat dari kotak terpakai. Balut kotak yang sudah siap dengan tuala besar sekemas boleh dengan bahagian yang bertulisan dibiarkan menjadi lebihan. Pastikan setiap bucu adalah tajam. Untuk menampakkan tulisan, saya bentukkan love daripada dua keping kepingan kotak agar sedikit tebal, lebih bagus kalau gunakan gabus yang sudah sedia dipotong. Masukkan kepingan love kebahagian belakang tulisan dan ikat guna gelung getah.


Gunakan peniti supaya bahagian tuala dibahagian belakang kelihatan terik supaya bentuk love lebih terserlah.


Ambil hand towel yang berwarna pink. Hendak gubah bunga ros lah kononnya. Sudah siap atur elok-elok dipenjuru kotak.


Giliran tuala yang besar sedikit dan bersaiz memanjang ini pula. Saya guna kotak-kotak terpakai juga untuk membentuk kelopak-kelopak bunga. Tapi tidak tahulah apa nama bunga ini. Ikut saja gerak hati.


Tuala memanjang pink ini saya buat konon-konon bunga filler. Jenuh juga hendak menyiapkan. Kalau bunga diatas saya guna gelung getah, yang akan ada problem ternampak getah dari celah-celah sudut tertentu, kali ini saya cuba guna benang dari warna yang sama. Sudah boring dengan bentuk ini, bahagian hujungnya saya cuba gubah bunga lain pula. Belasah saja.


Tuala kecil berwarna kuning. Kita hentam saja!


Sebab tuala kecil-kecil ini banyak, jadi kenalah fikir macam-macam design. Letak pin yang ada kepala berwarna sebagai penyeri. Saya juga ada lebihan renda untuk menghias kotak.


Belek punya belek, macam tidak sesuai pulak ros ini, so saya keluarkan dan bentuk bunga yang ada kelopak. Baru match dengan bunga yang lain. Sehelai tuala memanjang hijau saya gunakan sedikit sebagai daun dan selebihnya dibentuk berombak untuk menutupi bahagian belakang kepingan love .

OK overall sudah siap.
Gandingan warna yang agak soft dan nampak full. Tidak perlu lagi bunga hiasan tambahan.


Untuk membuat sekuntum bunga bukan semudah yang disangka. Kena pandai adjust kedudukan kelopak dan samakan semuanya pada peringkat akhir. Juga susunan bunga-bunga juga perlu diadjust turun naiknya agar kelihatan balance.


Letak reben yang simple sebagai pemanis.





Semoga perkongsian ini membawa manafaat.

Sekian.

Lihat juga :GUBAHAN TUALA BENTUK TEKO
                 :GUBAHAN TUALA BENTUK BUAH

Thursday, 12 January 2017

ENTRI 203 : RESEPI AYAM GORENG BEREMPAH

Dengan lafaz Bismillah bicaraku bermula...


Kepak. Itu kesukaan saya!
Kena pula ayam goreng berempah.
Kalau suka bagai dikata, rugi jika tidak cuba.

Kita campak-campak saja.
Bahan, saya agak-agak, untuk makan keluarga besar.

2 ekor ayam- potong kecil
20 ulas bawang putih
4 inci halia
15 batang serai
4 sudu besar ketumbar
4 sudu teh jintan manis
3 sudu besar serbuk kari
2 sudu besar cili kisar
3 sudu besar serbuk kunyit
garam halus secukupnya
daun kari 

Boleh adjust sesuka hati. 
Nak tambah perasa supaya kesedapan berganda pun boleh.

Mula sekali, kenalah bersihkan ayam. Bila sudah buang lemak dan kulit yang banyak kolestrol itu, terus cuci bersih. Masukkan 1/2 kampit tepung gandum dan gaul rata-rata. Biar beberapa minit supaya tepung menyerap hanyir ayam. Kemudian, cuci bersih dan tos.


Sediakan bahan bahan perap- kupas apa yang patut.


Rempah biji -ketumbar dan jintan manis perlu disangai (goreng tanpa minyak). Bila sudah naik bau wangi, tutup api dan biar ia sejuk seketika. Kisar kering kedua-duanya.


Hiris serai dan halia, kemudian blend  bersama bawang putih. Letak air seminima mungkin.


Gaul bahan kisar pada ayam. Masuk segala bahan yang lain.


Bila sudah sebati perap dalam petisejuk selama mungkin. Makin lama makin bagus. Bahan aroma akan lebih meresap.
Saya perap separuh hari.
Lepas itu, goreng secara deep fry. Masuk segenggam daun kari untuk lebih aroma.
Goreng hingga garing. Tos atas tisu serap minyak.


Hatiku sudah tidak keruan.
Sila cuba.


Sekian.

Wednesday, 11 January 2017

ENTRI 202 : RESEPI PENGAT KUAH SERABAI

Dengan lafaz Bismillah bicaraku bermula....


Orang dulu kata, kalau makan kuih serabai lawankan dengan serawa durian,barulah terangkat. Takpun pengat pisang. Tidak boleh kedekut gula. Kalau kuah manis-manis buah, golek-golek kuih tidak terasa sedap. Tu sebab kuah serabai selalu melekat manis.

Paling bagus tentulah pakai santan segar tapi saya selalu guna santan kotak saja.
Modern mom lah katakan.


Bahan-bahannya.

5 sudu besar (membukit) gula merah
1 sudu besar gula pasir
1/2 cawan air

1 kotak santan saiz kecil
1 1/2 cawan air
1/2 sudu kecil garam halus
4 helai daun pandan


Bahan-bahan sudah sedia. Kena ada faktor penambah sedap. Sama ada tambah buah pisang ataupun isi durian. Kalau mahu lebih lemak, setelah tutup api tambahkan secawan dua susu cair.


Tengok gambar pun sudah rasa sedapkan.
Lihat cara-cara membuatnya.


Mulakan dengan masak air gula. Panaskan gula merah, gula pasir bersama 1/2 cawan air. Bila sudah hancur- padam api dan tapis. Masukkan sekotak santan kedalam periuk. Masuk 1 1/2 cawan air kedalam kotak santan tadi dan kocak-kocakkan. Tuangkan sisa-sisa santan kedalam periuk, tambah daun pandan, garam dan air gula. Masak hingga mendidih, masuk isi durian atau pisang yang dihiris. Masak seketika agar mesra dan sebati. Padam api. Tuang susu cair untuk lebih kenikmatan.
Rasa dan tambah gula jika perlu.
 

Sedapnya!
Selamat menjamu selera.


Sekian.

ENTRI 201 : RESEPI SERABAI BERSAMA SATU KISAH.

Dengan lafaz Bismillah bicaraku bermula....


Teringat beberapa tahun sudah, mak sudah siap masak pengat durian kaw-kaw, baru dia buka mulut, "jom try buat serabai..." 
Unplan. 
" Tahu ke resepi?"

Dia lodeh saja, main ingat apa yang diarah-arah mak long.
Ee mana boleh....
Tahu kan what to espect?
Heh.


Balik dari kampung saya menanam azam.
Nak belajar buat serabai, nak kasi mak makan.
Sudahnya, beberapa kali buat termasuk yang failed...mak kat kampung belum dapat menjamah walau secebis serabai air tangan saya!
Sori mak !
 Saya berjanji akan buat the best serabai in the world. 

Ok ada dua resepi yang banyak kali diulang tayang...dicopy...dipaste....
Adalah menjadi satu kerugian untuk tidak mencuba keduanya.
Ingat goal kita.


...the best serabai in the world!!


RESEPI 1.

300 gm tepung beras
100 gm tepung gandum
600 ml santan
1/2 peket yis
1 sudu kecil gula
1/2 sudu kecil garam
( Satukan semua- blend halus dan perap 10 minit )

Tidak susah pon. 


Bahan-bahan pun mudah didapati.


Caranya : Masuk santan sederhana cair kedalam periuk dan panaskan sekejap- asalkan sedikit suam sudah ok. Satukan semua bahan kedalam satu bekas, gaul rata-rata dan tuangkan santan. Kacau sebati dan tuang kedalam blender. Sudah halus, tuang adunan kedalam satu bekas. Tutup dengan tuala bersih dan perap selama 10 minit.

 
Sediakan sedikit minyak masak untuk lengser pada kuali. 
Ya puan-puan. Kuali.  
Cari penutup yang sesuai..biar ia masak beberapa minit.
Jadi la! 
Siap sudah serabaiku yang pertama.

Lepas itu timbul keinginan mahu mencuba resepi yang lagi satu.

RESEPI SERABAI 2.

500 gm tepung beras
300 gm nasi
1 1/4 air suam
4 cawan santan
1 1/2 sudu teh yis
sedikit garam
( Kisar nasi dengan 1 1/4 cawan air suam, masuk tepung, santan, garam dan yis. Kisar semua sekali hingga sebati- Perap 2 jam )  


Sediakan bahan-bahan yang diperlukan.


Kisar nasi bersama air suam, kemudian masuk bahan-bahan yang lain. Kisar lagi hingga sebati.


Tuang kedalam satu bekas,tutup dengan tuala bersih. Perap selama 2 jam. Adunan naik bersarang tanda yis bertindakbalas dengan jayanya.


Jangan lupa lengser kuali yang sudah dipanaskan dengan sedikit minyak. Tuang satu senduk dan tutup untuk proses memasak. Pastikan api mesti perlahan.
Saya kira adalah dalam anggaran 3-4 minit kuih akan masak sepenuhnya.
Pergh kuih yang ini sangat cantik berlubang-lubang.
Dalam 1 jam saya dapat hasilkan 14 keping kuih serabai. 
Je.
Huh ambil masa tu.
Tidak boleh jadi. 
Kena cari acuan.

Sukanya.
Harga pun tidak lebih 10 ringgit.
Tapi tidak dijual dengan penutup.



Yey baru betul tapi sebab bahagian bawahnya berbonggol- letak atas dapur jadi tidak seimbang pula.


Alaskan dengan dawai barulah seimbang. Nak cari penutup yang sesuai dan serasi pun satu hal. Macam-macam berlaku walau pakai acuan yang betul, walau sudah dipanaskan, walau adunan naik cantik lepas diaktifkan yis.
Hish..


Banyak kali berlaku- saya tidak letak pun gam tapi ia melekat!
Geramnya...
Last-last..guna kuali semula!
Lepas itu sanggup cari kat shopping- kuali non stick. Kenalah cari yang bersaiz comel.
Serabai punya pasal kan.
Jumpa sikecik 5 1/2 inci ini- ambil sajalah walau harga 16 ringgit. 
Hasilnya ok. Lebar serabai sah-sah 5 1/2 inci juga!


Past is past.

Hari ini.
Bila kenangan itu kian berlalu. 
Bila tiba-tiba tepung beras dan mauripan entah bila sudah ada diatas meja...

Cuba la.
Takkan selamanya gagal.
Suara siapakah itu cuba menggoda.
Give another try.
Ah menghasut pula.

Panaskan acuan lama sikit. Kasi panas betul. Jangan lupa oleskan sedikit minyak. Kali ini saya guna resepi 1 dan perap lama sikit- 30 minit.


Ulang semula semua proses.
Tidak melekat? 
Yeay!!
Laju sebab sekali jalan dapat 4 keping. Sekali masak 2 minit. Jimat masa.
Satu adunan dapat 33 keping.
Suka betul!

  
Serabai pujaan hati. 
Next time...hopefully menjadi ya. 

Alhamdulillah.
( tips: tinggikan sedikit acuan dari api untuk dapatkan kuih yang lebih tembam)


Sekian.