Thursday 12 January 2017

ENTRI 203 : RESEPI AYAM GORENG BEREMPAH

Dengan lafaz Bismillah bicaraku bermula...


Kepak. Itu kesukaan saya!
Kena pula ayam goreng berempah.
Kalau suka bagai dikata, rugi jika tidak cuba.

Kita campak-campak saja.
Bahan, saya agak-agak, untuk makan keluarga besar.

2 ekor ayam- potong kecil
20 ulas bawang putih
4 inci halia
15 batang serai
4 sudu besar ketumbar
4 sudu teh jintan manis
3 sudu besar serbuk kari
2 sudu besar cili kisar
3 sudu besar serbuk kunyit
garam halus secukupnya
daun kari 

Boleh adjust sesuka hati. 
Nak tambah perasa supaya kesedapan berganda pun boleh.

Mula sekali, kenalah bersihkan ayam. Bila sudah buang lemak dan kulit yang banyak kolestrol itu, terus cuci bersih. Masukkan 1/2 kampit tepung gandum dan gaul rata-rata. Biar beberapa minit supaya tepung menyerap hanyir ayam. Kemudian, cuci bersih dan tos.


Sediakan bahan bahan perap- kupas apa yang patut.


Rempah biji -ketumbar dan jintan manis perlu disangai (goreng tanpa minyak). Bila sudah naik bau wangi, tutup api dan biar ia sejuk seketika. Kisar kering kedua-duanya.


Hiris serai dan halia, kemudian blend  bersama bawang putih. Letak air seminima mungkin.


Gaul bahan kisar pada ayam. Masuk segala bahan yang lain.


Bila sudah sebati perap dalam petisejuk selama mungkin. Makin lama makin bagus. Bahan aroma akan lebih meresap.
Saya perap separuh hari.
Lepas itu, goreng secara deep fry. Masuk segenggam daun kari untuk lebih aroma.
Goreng hingga garing. Tos atas tisu serap minyak.


Hatiku sudah tidak keruan.
Sila cuba.


Sekian.

No comments:

Post a Comment