Wednesday 24 May 2017

ENTRI 209 : GUBAHAN COKLAT / GULA-GULA 5.

Dengan lafaz Bismillah bicaraku bermula...


Bulan lalu, ada permintaan untuk buat hantaran perkahwinan. Semua barang sudah diberi kecuali coklat dan gula-gula. Tidak boleh beli awal katanya. Sementara menanti (hantaran lain sudah lama siap), saya berkira-kira untuk buat preparation. Tidak suka betul kerja last minute.

Hendak buat lagu mana pula kali ini?
Jenuh termenung.
Pikiaq punya pikiaq, takdak idea jatuh dalam kepala.


Dulu pernah buat bentuk bakul. Senang juga.
Hm membakullah akhirnya.


Buat simple saja. Saya buat atas perkiraan saiz gula-gula dan coklat yang selalu saya beli. Tidak terfikir yang kali ini dibeli pula oleh budak muda. Kalau orang tua- sah-sah gula-gula ada sekampit dua, coklat kecil-kecil sebungkus dua, yang selalu kita jumpa.

Berbalik pada bakul tadi, saya cuma gunakan apa yang ada dirumah, renda dan reben yang sangatlah old fashion....


Apa salahnya, nanti sudah ditampal coklat dan gula-gula, sudah tidak nampak semua itu. 
Bakul sudah siap. 

Tunggu punya tunggu akhirnya satu bungkusan beg plastik yang agak berat sampai. 
Uih banyaknya coklat.

Mak ai.
Makan besar.

C A D B U R Y.

4 variety.

Tiada gula-gula. 
Yang ada sebungkus sumi pelbagai warna.

Bakul ku comel yang amat.
 Termenung sekejap bersambung sejam...
Apo den nak buek?

Try dulu, adjust mana yang patut.

Coklat dalam tin empat segi leper itu, sesuai jadi base.
Coklat bar 3 keping , mano hendak sumbat?
Blank sekejap.

Cuba punya cuba, akhirnya....


Coklat bar letak saja ditepi. Susun agar nampak macam ada hiraki. Maniskan lagi dengan reben satin.
Nampak macam kereta berhiaslah pula!
Tapi apa salahnya.


Saya tampal coklat kecil-kecil dan sumi dengan double sided dan pada lebihan cover plastik sebelah atas sumi, saya cucuk dengan jarum berkepala pebagai warna agar lebih kukuh.





Coklat Zip disusun serong ditampal juga guna double sided dan lambakkan lebihan sumi didalam.


Alhamdulillah dipermudahkan.
Coklat memang tidak akan beku pada suhu luar, sudah gubah takkan nak masuk peti sejuk. Biar saja begitu. Sampai ketangan orang sebelah, pandailah depa sejukkan semula.


Sekian.

Lihat juga :BINA MASJID
                 :GUBAHAN COKLAT/GULA 1
                 :GUBAHAN COKLAT /GULA 2
                 :GUBAHAN COKLAT/ GULA 3
                 :GUBAHAN COKLAT/GULA 4

No comments:

Post a Comment