Wednesday 6 April 2016

ENTRI 179 : REBEN DARI KAIN.

Dengan lafaz Bismillah bicaraku bermula....


Hujan.
Alhamdulillah....
Semoga ia turun bersama kebaikannya.

Sejuk sejuk begini membangkit mood untuk menulis. Kalau orang lain, cari bantal busuk  buat pendamping kalbu.
Saya pula susah tidur siang. 
Tidak mengapa, kita buat sesuatu yang lebih bermanafaat.

Saya hendap rumahnya pagi tiada, malam pun tidak ada juga.
 Aik kemana gerangan si penempah langsirku yang pertama.
Kerja shift mungkin.
Akhirnya terpaksalah saya minta phone numbernya dari jiran sebelah.
Dia janji hendak hantar. 
Pagi tadi baru selamat sampai ketangan.


Inilah yang saya cari itu.
Sudah berusia 9 tahun, masih elok lagi. 
Ukuran reben dalam simpanan hilang entah kemana, jadi saya usaha dapatkan reben yang pernah saya jahit ini untuk rekod kembali.


English style?
Apa kata kita belajar cara membuatnya. Prepare barang-barang yang diperlukan.


Sudah berbulan tidak menjahit. 
Warm up lah ni sebab anytime from now akan sibuk jahit baju raya pula.


Saya sudah kira dan bahagikan kepada 3 bahagian.
        A   11 1/2 inci x 8 inci
        B    18 inci x 7 1/2 inci
        C    3 inci x 2 inci
Mula dengan kain A iaitu kepala reben.


Terbalikkan kain. Lipat dua dengan bahagian berukuran 8 inci bertemu hujungnya yang juga 8 inci. Kemudian sematkan dengan pin agar tetap kedudukan kain dan tandakan tengah kain. Tandakan 1 inci pada kiri dan 1 inci lagi pada sebelah kanan titik tengah agar terbentuk bukaan dengan jarak 2 inci.(gambar 2). Jahit bahagian ini dahulu. Selepas itu buka kain untuk letak bahagian berjahit pada kedudukan tengah. Akhirnya jahit pada sebelah kiri dan kanan kain.


Bila sudah siap, masukkan jari untuk terbalikkan. Masukkan sesuatu yang berhujung tajam pada bahagian setiap penjuru agar cantik bucunya. Saya masukkan hujung pen. Kita akan kedutkan bahagian tengahnya bila nak cantumkan semua.


Beralih ke kain B. Juga perlu diterbalikkan dan perlu juga ditanda bahagian tengah. Dari titik tengah tanda 1 inci pada sebelah kiri dan 1 inci pada sebelah kanan. Saiz 2 inci itu ok untuk proses terbalikkan kain. Perlu juga tandakan 1 inci pada hujung kain yang tidak bercantum dan buat garisan menyerong ke arah bucu kain yang dilipat ( gambar 3 ). Mulakan jahit pada bahagian tengah pada basi anggaran 1/4 inci. Sesudah itu, terbalikkan kain. Hujung pada kedua-dua belah akan kelihatan sedikit serong.


Kain C yang comel. Juga kena terbalikkan. Jahit sahaja dengan biarkan satu hujungnya terbuka. Cara terbalikkan- Cuba lebarkan bahagian bawah yang berjahit dan cucuk dengan belakang pen. Terus masukkan hingga kain yang menyaluti pen keluar, kemaskan bahagian bucu menggunakan hujung pen ataupun hujung jarum.

Masa untuk siapkan.


Mulakan dengan kain A- Pastikan betul-betul centre dan cekup dengan ukuran yang sama. Pegang kedut dengan kejap dan terus masukkan jarum. Jahit dengan pusingkan benang, matikan. Begitu juga dengan kain B. Pastikan bahagian yang ada lubang sebelah atas. Rapatkan keduanya dan letak kain C.


Kontrol betul-betul, terbalikkan. Masukkan bahagian yang tidak berjahit kedalam dan tarik dengan kejap bahagian yang selebihnya dan tutup keatas. Ambil jarum dan sembat dengan kemas. Siap.



Kalau mahu kreatif lagi, buat layer, different colour pun cantik juga.


Sebaik tamat menulis, panas teriklah pula, alhamdulillah.
Allah ada percaturannya.

Sekian.
Semoga perkongsian membawa manafaat.

No comments:

Post a Comment